View: 12939|Reply: 3
|
[Dunia]
Suami lunyai dibelasah, terpaksa tengok isteri dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berusia 27 tahun mendakwa dirogol oleh tiga pekerja asing di hadapan suaminya pada malam Isnin lalu.
Menurut polis, ia berlaku selepas mangsa bersama suami dan anaknya tiba di Tiruppur, Tamil Nadu, India pada hari sama.
Keluarga yang berasal dari Odisha itu bersiar-siar di bandar Tiruppur sebelum tiga pelaku mendekati mereka.
Selepas berborak, pasangan itu memberitahu tiga lelaki tersebut yang mereka sedang mencari pekerjaan.
Tiga lelaki itu kemudiannya berjanji untuk memberikan pekerjaan kepada pasangan tersebut.
Selepas berbincang, keluarga itu dibawa ke sebuah bilik sewa dan diberikan penginapan percuma.
"Ketika berehat selepas makan malam, suspek menyerang dan mengikat suami wanita itu. Mereka diugut dengan pisau sebelum wanita itu dirogol.
"Penyerang bagi amaran kepada pasangan itu supaya tidak buat laporan polis. Mereka turut menerima ugutan bunuh," kata seorang pegawai polis.
Pasangan itu memfailkan aduan di balai polis Tiruppur sebelum tiga suspek ditahan pada Selasa.
Menurut polis, tiga suspek lelaki itu berusia 25, 24 dan 17 tahun.
Dua suspek yang direman kini diletakkan di tahanan kehakiman di Penjara Pusat Coimbatore, manakala suspek bawah umur dihantar ke Sekolah Pembaharuan Juvana Coimbatore.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
India dan rogol berpisah tiada  |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan pasal India ka China ka Indon. Negara besar sehingga satu billion ummah memang lubuk konten untuk wartawan. Google ja macam2 ada. Senang kan hidup. Wartawan cari juga yang untung.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|