View: 13249|Reply: 5
|
[Dunia]
Berlakon bunuh diri, pelajar mati perut tertusuk gunting
[Copy link]
|
|
Persembahan lakonan di sebuah sekolah menengah bertukar menjadi tragedi apabila seorang pelajar maut selepas perutnya tertusuk gunting.
Kejadian dilaporkan berlaku pada Khamis lalu di Padalarang, Bandung.
Memetik laporan media tempatan, mangsa yang berusia 17 tahun memegang watak sebagai gadis hamil dalam persembahan berkenaan.
Menurut polis, mangsa yang melakukan adegan membunuh diri dengan menikam perutnya seperti mana tuntutan skrip, tanpa sengaja tertusuk gunting dengan dalam sehingga menembusi perut.
"Mangsa sepatutnya menikam belon yang dimasukkan dalam bajunya menggunakan gunting mengikut adegan yang dirancang.
"Namun apa yang berlaku, gunting itu seolah-olah menembusi perut mangsa hingga menyebabkan dia meninggal dunia," kata Ketua Polis Cimahi, Pesuruhjaya Kanan Tri Suhartanto.
Ujarnya, mangsa dikejarkan ke hospital namun tidak dapat diselamatkan.
"Kami sedang menyiasat kejadian ini dan meneliti peralatan yang digunakan ketika persembahan. Kami kini telah mengambil keterangan daripada tiga orang saksi," kata Tri.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lain machiam method acting arwah ni. Takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
"Mangsa sepatutnya menikam belon yang dimasukkan dalam bajunya menggunakan gunting mengikut adegan yang dirancang."
Kalau ko tikam belon haruslah meletup kantoi lah dek. Pekat nya lah bodoh pengarah drama ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
TERNYATA...negara tertangga ketar ketir.... |
|
|
|
|
|
|
|
laa, theyall xtau ke prop pisau yg boleh tenggelam dlm hulu tu, apesal guna pisau betol.. kan lakonan je |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm tetapi kenapa guna benda real?
tidak guna props kah?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|