View: 32634|Reply: 9
|
Bapa sindir cikgu dalam grup WhatsApp, tak puas hati anak ditegur datang lewat
[Copy link]
|
|
Memasuki minggu kedua sesi persekolahan bagi penggal baharu 2025, pelbagai kisah menarik dikongsikan di media sosial.
Lewat ke sekolah antara perkara yang biasa berlaku kepada mana-mana pelajar, namun ada ibu bapa terasa hati apabila anak mereka didenda atas kesalahan itu.
Seorang ibu berkongsi tangkap layar grup WhatsApp kelas anaknya, di mana seorang bapa mempersoalkan teguran guru atas kelewatan anaknya ke sekolah.
Lelaki itu menyatakan anaknya tidak harus dihukum kerana dia adalah punca kelewatan gara-gara terlajak tidur.
"Cikgu, nak tanya. Tadi saya terlewat jaga (daripada tidur), bukan minta tapi kadang terbabas. Tapi saya hantar juga mereka ke sekolah, jadi anak ditegur datang lewat.
"Cuma saya nak tanya... kalau terjadi lagi (lewat bangun), tak payah hantar anak ke sekolah. Macam tu ke?
"Anak pergi sekolah ibu bapa yang gerak bangun. Kalau ibu bapa terbabas kira tak payah hantar. Ponteng, macam tu ka?" soal lelaki itu.
Bagaimanapun menurut wanita yang berkongsi hal berkenaan, dia memahami sekiranya anak tersebut berada di tahun satu dan ibu bapa pertama kali berdepan situasi seperti itu.
"Kalau darjah satu, boleh juga faham mungkin ibu bapa tiada pengalaman lagi tetapi ini sekolah menengah.
"Memang ada masa kita terlewat tetapi bagaimana kita mengatasinya. Sepatutnya WhatsApp cikgu secara peribadi untuk maklumkan kelewatan dan minta maaf," katanya.
Warga maya berpandangan sebagai bapa, lelaki itu tidak seharusnya menulis sedemikian kerana ia seolah-olah meletakkan kesalahan berkenaan kepada guru.
"Sepatutnya awak kena minta maaf kat anak sebab sikap awak. Bukan awak nak menegakkan benang yang dah basah. Tolong matang bukan ikut emosi.
"Awak menunjukkan ketidakmatangan dalam grup yang semua ibu bapa memerhati sikap awak.
"Kalau dah jadi mak bapa tu, kena la jadi manusia bertanggungjawab. Tak kan nak suruh cikgu pula kejut? Logik ka?
"Cikgu tegur anak, bermaksud tegur ibu bapa. Minta maaf, dah selesai. Dia pula tanya seolah tak boleh terima anak ditegur," kata netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sah2 ler subuh pun leboh.....kalau qada kira bertuah le....sendiri dah bg contoh x baik kat anak2....jenis x tau malu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah beranak pinak pun masih terlajak tido??hp berjahit pun tak reti2 set alarm..[em:9:] |
|
|
|
|
|
|
|
anak dah sekolah menengah bulu jembut pun dah bersimpul masih harap mak bapak kejut jugak ke, mak pak pun sampai lajak bangun penat kongkek je ke...tak kerja ke.. semua benda nak cari silap ni, baik takyah hantar sekolah, kalau aku jadi cikgu memang aku makikan balik mak bapak jenis bodoh sombong macam ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu mak pak yang rotan anak kalau liat nak bangun pagi, kali ni anak la pula libas mak pak yang liat bangun pagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak gen Z mmg kuat sentap.
Esok lusa anak jd org tak guna..rosak akhlak..diluahkan pula melalui tulisan di medsos...
Org dulu..kena bantai dgn penyapu dgn cikgu pun diam x ckp dgn mak bapak tp dr situ la didikan menjadi manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dewi_rina at 10-3-2025 01:26 AM
Ibubapa genz, sekarang budak genz paling tua tahun 1997.. Ada yg dah jadi bapak org, mak org.. Cikgu makin penat nak hadap mak bapak gen ni
2025 gen alpha lahir, kita tunggu 5-10 tahun lg kisah mak bapak budak2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Tulah kan, dah tahu salah diam jelah.. Nak jugak panjang cerita, jenis nak betul je.. Mental hadap org mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
meols dulu pernah mengajar kelas tuisyen rakyat ye, yang free of charges/bayar ikut kemampuan, kira seikhlas mungkin lah, meols pun ikhlas mengajar sebab bosan dulu baru habis study....tapi mak pak punya cerewet mengalahkan hantar tuisyen ratus2 ribu macam kat Kumon ye, dah lah kawasan PPRT, anak2 pulak jenis liar2 punya budak, jenis kelas belakang, tapi mak bapak macam2 cekadak ye, ada yang jenis kejap2 nak gambar anak, kejap2 suh fokus kat anak dia, ada yg jenis tanya silibus apa kita pakai, compare dengan sekolah, walhal anak kau sekolah gomen pun kelas peralihan khas, feeling ye nak compare2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Itulah, lagi group sekolah mmg asyik tanya je pasal anak siap suruh ambik gmbar anak dia tengah buat apa.. Kalah anak murid PPKI.. Hadap jelah cuols selagi boleh hadap, sekarang mmg mak bapak tak sama mcm zaman dulu.. Zaman kita dulu serah je, jgn sampai mati sudah.. Tapi tulah org kata jgn nak samakan zaman skrg dgn zaman dulu, zaman dah berubah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|