View: 5675|Reply: 1
|
Lelaki cabut lari masa 1st date- Wanita gemuk kena bayar bil makan, balik sendiri naik Grab
[Copy link]
|
|
Di TikTok, seorang wanita berkongsi pengalamannya yang dilayan teruk oleh lelaki gara-gara keadaan fizikalnya.
Menerusi hantaran tular itu, pengadu berkata dia berkenalan dengan lelaki tersebut menerusi sebuah aplikasi temu janji.
"Saya pernah pergi Bumble date dengan seorang lelaki ini, dah beritahu yang saya ini gemuk dan buruk tapi dia tetap berkeras nak jumpa. Saya setuju dan dia jemput saya.
"Kemudian dia cadangkan kami pergi makan tengah hari di sebuah kafe. Masa nak pesan makanan, dia tanya saya ada duit tunai tak sebab kedai itu terima duit tunai saja.
"Dia tak bawa duit. Jadi saya gunakan RM100 yang ada untuk bayar makan kami berdua dan tinggallah baki RM20," tulisnya memulakan cerita.
Menurut wanita itu, semuanya berjalan lancar sepanjang pertemuan, namun lelaki itu tiba-tiba menghilangkan diri ketika dia ke tandas selepas mereka menjamu selera.
"Lepas makan saya pergi ke tandas, bila keluar, dia dah tiada. Saya hubungi banyak kali tapi tak diangkat. Apa yang saya mahu cumalah balik ke rumah.
"Saya tunggu sampai 40 minit dan putus asa. Saya guna baki RM20 untuk bayar Grab. Aku doakan kau tak tenang," kongsinya lagi.
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa berang terhadap tindakan lelaki itu.
Malah, netizen turut berkongsi tip di ruangan komen agar kaum Hawa lebih berhati-hati untuk keluar bertemu lelaki pada masa akan datang.
"Tip pergi date dengan seseorang yang awak tak pernah jumpa, jangan biar dia ambil awak. Pergi dengan kenderaan sendiri.
"Sebelum keluar date, pastikan dah lama chat, bukan kenal kejap terus jumpa. Biar ambil masa, memilihlah sikit.
"Tak baiknya buat macam tu. Kalau betul tak suka pun, dah kau ambil, kau hantarlah balik," tulis beberapa netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|