View: 4981|Reply: 5
|
Khai Bahar tak nak balik raya di kampung
[Copy link]
|
|
Kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi cukup berbeza buat penyanyi Khai Bahar apabila tidak dapat menyambutnya bersama ibu tercinta yang meninggal dunia tahun lalu.
Khai atau Khairul Baharuddin, 31, berkata, kebiasaannya dia akan pulang ke kampung di Arau, Perlis menyambut kedatangan Ramadan namun tahun ini memilih meraikannya di Kuala Lumpur.
Jelas Khai, dia mahu mengelak daripada dibelenggu perasaan sedih jika pulang ke kampung kerana akan terkenangkan arwah ibu tersayang.
"Tahun ini saya berpuasa tanpa ibu. Saya perlu membiasakan diri dengan keadaan ini.
"Kemungkinan saya tidak pulang ke Perlis sebab ia akan mengundang rasa sebak.
"Saya tidak mahu Ramadan ini dipenuhi kesedihan," katanya kepada mStar.
Khai berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media siri vertikal K-Drama Salju Di Busan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Khai berhasrat untuk menyelami perasaan anak-anak yatim yang menjalani Ramadan tanpa ibu bapa di sisi.
Dia merancang untuk berbuka puasa di beberapa buah rumah anak yatim serta berkongsi kasih sayang dan kegembiraan bersama mereka.
"Saya mahu merasai sendiri bagaimana perasaan anak-anak yatim menjalani Ramadan tanpa ibu bapa di sisi.
"Insya-Allah, saya akan mengadakan aktiviti amal sepanjang Ramadan ini. Saya bercadang untuk berkunjung ke beberapa rumah anak yatim, berbuka puasa bersama mereka dan memberikan duit raya.
"Saya mahu beramah mesra, memeluk mereka dan mendengar luahan hati mereka pada saat itu," ujarnya.
Salju Di Busan akan ditayangkan di TikTok Nongshim mulai 3 Mac ini.
Untuk rekod, ibu Khai iaitu Allahyarham Rosnah Mohamad menghembuskan nafas terakhir pada 2 Januari tahun lalu di kediamannya di Kangar, Perlis.
Dalam perkembangan lain, drama pendek Salju Di Busan mencatat sejarah sebagai drama bersiri TikTok pertama di Malaysia.
Selain Khai yang membawa watak sebagai Omar, Wany Hasrita (Hanna) turut membintangi drama pendek ini.
Dengan sembilan episod keseluruhannya, Salju Di Busan akan ditayangkan secara eksklusif di akaun TikTok Nongshim Malaysia bermula 3 Mac ini.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak ajak raya rumah hakak...rupanya ada shube   |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup ini adalah pinjaman dn kapan2 saja akan Allah akan ambil semula. Sedih kehilangan ibu dn orang2 yg dikasihi, itu natural, namun jgnlah brlarut2 meratapi kehilangan. Seolah2 tak redha pemergiannya, Allah tak suka. Terimalah hakikat bahawa mati itu pasti walaupun sesukar mana untuk menghadapi kenyataannya.
Demi menghilangkan rasa rindu kpd almarhum, perbanyakkan kiriman doa, bacaan yassin/tahlil untuk arwahnya. Bukan harus berkhenduri-kendara, tapi tahlil bersendiri, InsyaAllah, kesedihan, rasa kehilangan akan teratasi. |
|
|
|
|
|
|
|
shuben masih orang yang sama ke |
|
|
|
|
|
|
|
okay, noted.
sendu benar benang kau |
|
|
|
|
|
|
| |
|