CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7093|Reply: 7

2 hari lagi nak puasa, Siti Nurhaliza dah fikir menu sahur Aafiyah

[Copy link]
Post time 27-2-2025 02:53 PM | Show all posts |Read mode



SETIAP kali menjelang Ramadan, ramai tidak sabar mahu melakukan ibadah umrah bagi mengejar pahala pada bulan istimewa itu.

Perkara sama turut dirasai Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merancang berpuasa di Tanah Suci seperti beberapa tahun terdahulu.

Bagaimanapun, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin masih belum mengesahkan lagi tarikh untuk berangkat ke Mekah.

  


“Niat nak ke sana pada hujung Ramadan memang ada tetapi semuanya bergantung dengan panggilan Allah.

“Siapa pergi umrah tahu rasa rindu itu, tambahan pula momen di sana pada bulan Ramadan lain rasanya.

“Kerinduan yang tidak dapat digambarkan lebih-lebih lagi dapat menikmati 10 malam terakhir mencari lailatulqadar,” katanya kepada HibGlam.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 46 tahun itu turut mengingatkan orang ramai agar memperbanyak amalan baik sepanjang Ramadan.

“Ramadan memang kena kumpul banyak pahala bukan sahaja beribadah tetapi juga dengan bersedekah.

“Rezeki yang kita dapat kena bagi semula kepada orang ramai.

“Bukan bermakna selepas raya jadi hantu balik tetapi bulan istimewa ini perbaiki kelemahan diri,” ujarnya lagi.

Aafiyah berpuasa

Selain perancangan berkampung di Mekah, Siti juga teruja apabila kali ini anak sulungnya, Siti Aafiyah akan turut serta berpuasa.

“Tahun ini Aafiyah akan mula berpuasa, Afwa belum lagi sebab masih kecil.

“Saya sudah fikir menu sahur untuk Aafiyah supaya lebih kenyang sebab dia susah makan.

“Dahulu saya jaga sangat pemakanan dia sewaktu kecil, sekarang Aafiyah jadi memilih sikit,” jelasnya.

  


Bersempena bulan penuh rahmat itu, Siti turut memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta Kasih yang menggalakkan pembelian sambil beramal.

Dia bakal memperkenalkan produk terbaharu daripada BeauSiti by SimplySiti iaitu Oat Me Up! minuman berkhasiat bagi menyokong gaya hidup sihat sepanjang Ramadan.


Sumber : Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2025 03:29 PM | Show all posts
bagus siti ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 05:42 PM | Show all posts
aku jealous dia mampu jejak tanah suci tu berkali berkali kali kali kali kali
bulan puasa mak2 pening dengan menu sahur n berbuka
lepas tu ada yang mula rajin masa kuih muih traditional
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 27-2-2025 05:42 PM
aku jealous dia mampu jejak tanah suci tu berkali berkali kali kali kali kali
bulan puasa mak2 penin ...

Ye, aku pon jeles.
Die siap pegi 10 mlm terakhir tau.
Time tu waktu kemuncak org berlumba2 beribadah, berdoa.
Harga pon kemuncak
Tetiap taun lak tu pegi.


Mampoo tgk jela nokkk.
Ckp lebih2 org x paham
Huuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 27-2-2025 05:42 PM
aku jealous dia mampu jejak tanah suci tu berkali berkali kali kali kali kali
bulan puasa mak2 penin ...

Takyah jeles la u...balik umrah dia tetap bergelek nari2 nyanyi2 konsert dpn public.... sepatutnya dah boleh stop tp makin galak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aafiyah 7 tahun kan
Dah kena puasa ke?
Dia sekolah kebangsaan mana?
Duk sebelah sapa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2025 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat satu video pasal sedekah. Harta kita yg sebenar adalah harta yg kita sedekahkan kerana Allah. Kiranya kalau dalam bank ade sejuta tapi sedekah rm1 ribu, harta kita sebenarnya rm1 ribu. Tapi ganjaran di akhirat untuk harta yg disedekahkan hanya Allah je yg tahu.  Jom la kita banyakkan sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 27-2-2025 07:49 PM
Takyah jeles la u...balik umrah dia tetap bergelek nari2 nyanyi2 konsert dpn public.... sepatutnya ...

Bethol tu ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.035626 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list