View: 29118|Reply: 4
|
Pelakon Gene Hackman, Isteri dan Anjing Ditemui Mati di Rumah, Tiada Unsur Jenayah
[Copy link]
|
|
PELAKON Gene Hackman dan isterinya iaitu Betsy Arakawa ditemukan sudah meninggal dunia di kediaman mereka di Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat.
Memetik laporan Daily Mail, selain pasangan berkenaan turut ditemukan tidak bernyawa adalah anjing peliharaan mereka.
Menurut Syerif Santa Fe County iaitu Adan Mendoza, hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah melibatkan pelakon veteran itu bersama isterinya.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut punca kematian pasangan berkenaan.
Malah waktu sebenar kematian mereka juga masih lagi dalam siasatan.
Difahamkan, kali terakhir pasangan ini muncul di khalayak ramai adalah pada Mac tahun lalu.
Hackman, 95, memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1956 dan cukup terkenal dengan watak Jimmy 'Popeye' Doyle dalam filem The French Connection.
Mediang juga pernah memenangi dua trofi Academy Awards, dua Bafta Awards, empat Golden Globe Awards dan Screen Actrors Guils Award.
Manakala isterinya Arakawa, 63, pula merupakan seorang pemain piano klasikal.
Sumber : mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Apa punca kematian ni? Keracunan gas kah?
Baru perasan yg mendiang ni jadi org jahat dlm filem Superman dulu2 |
|
|
|
|
|
|
|
ini yg di katakan sehidup semati.. |
|
|
|
|
|
|
|
kurusnya tapi yelaa umur pun dah 95thn |
|
|
|
|
|
|
|
tu laa tu, dia sesaing clint eastwood juga kan, umor dah 90an juga..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|