CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19767|Reply: 12

Laporan kimia dah keluar, Along Cham akan beri kerjasama

[Copy link]
Post time 28-2-2025 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Pihak pendakwaan sudah pun memperoleh laporan kimia kes dadah membabitkan pelakon dan pelawak Along Cham.

Perkara itu dimaklumkan Pegawai Pendakwa iaitu Inspektor Sutri Patang pada sebutan kes tersebut di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor pada Jumaat.

Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan menetapkan 7 April depan sebagai sebutan semula kes berkenaan bagi serahan dokumen.



Ia susulan Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, tetap mengulang pendirian tidak bersalah selepas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis seberat 1.49 gram dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sementara itu, Along memberitahu bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang prosiding berlangsung kelak.

"Saya akan memberikan kerjasama yang penuh," katanya kepada pemberita.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 1.49 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya di sini, pada jam 3.10 petang, 14 Disember tahun lalu.

  


Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pelawak berkenaan turut berdepan dua lagi kes dadah iaitu didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 49.61 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.Along juga didakwa memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan disyaki jenis tetra hydrocannibol (THC) di lokasi sama, pada pukul 10 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor.

  


Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Sesyen Sepang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan dadah jenis kanabis pada 14 Disember lalu.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2025 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Satgi salahkan bini jugak kalau ternyata ko amek barang tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cmne dia bole masukkn dadah ke dlm badan masa kt balai polis...tak kn la si along ni bodoh sgt nk buat mcm tu kat balai...dpt stok dr mane..kn stok dadah dh kena rampas ngn polis
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
2x kawin. Jantan yg problem.


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia masuk live angah aku meluat.dia xda bbaru aku ok.menempellll ajalahhh..angah tu steady aja dia..nyah ko along dari industri.semakkk aja
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 2-3-2025 06:08 PM
Kalau dia masuk live angah aku meluat.dia xda bbaru aku ok.menempellll ajalahhh..angah tu steady aja ...

minggu lepas iol masuk live angah, masa tu ada angah dengan harris laki intan ladyana, steady & chill jah diorang 2 orang live, best layan

tak macam kalau yang sekor ni menyemak, dia aje yang nak memekak dalam live padahal live angah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2025 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka mcm Mawi dah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan..Angah chill aja..Harris tu pun matang aja..bersih aja...kalau dia ada dh mcm apa dah ..angah layankan aja..deep down Angah tu tahu aja peel kwn dia ni.tp sbb kawan sekampung kan...tp mmg meluat selama sblm kes ni lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2025 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg nyampah kat mamat terpaling nih.. sembang mcm dia bagos sgt padahal ….. moga kena sumbat dlm penjara!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 1-3-2025 10:27 PM
Cmne dia bole masukkn dadah ke dlm badan masa kt balai polis...tak kn la si along ni bodoh sgt nk bu ...

taik dadah ni panjang akal ..kalau ada stock in hand sanggup telan tunggu berak barang keluar ada yg sanggup sumbatbkat bontot la  eh macam2 yg korang fikir x logik tp dorang buat. g la tanya yg pnh bertugas sabit kes dadah ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 1-3-2025 10:27 PM
Cmne dia bole masukkn dadah ke dlm badan masa kt balai polis...tak kn la si along ni bodoh sgt nk bu ...

Tu bahasa undang2. Bahasa pasarnya dia buat urin test pukul 10 pm kat ipd tu keputusan awalnya positif (before hantar ke jab kimia)
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
zeitabaei replied at 4-3-2025 08:31 AM
taik dadah ni panjang akal ..kalau ada stock in hand sanggup telan tunggu berak barang keluar ada  ...

Gelinya...kembang tekak
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
HappyGumbira replied at 4-3-2025 08:36 AM
Tu bahasa undang2. Bahasa pasarnya dia buat urin test pukul 10 pm kat ipd tu keputusan awalnya pos ...

Oooook...fhm..tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.517545 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list