View: 19430|Reply: 16
|
[Tempatan]
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac
[Copy link]
|
|
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac
Oleh Wartawan BH - Februari 28, 2025 @ 8:12pm
Jawatankuasa Hilal Ramadan Wilayah Persekutuan melakukan cerapan anak bulan bagi menentukan tarikh permulaan puasa ketika Majlis Rasmi Cerapan Hilal Ramadan 1446 Hijrah di Menara Kuala Lumpur. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Ahad 2 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.
Pada 20 Februari lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan hari ini bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa buat umat Islam di Malaysia.
Menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan sudah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang hari berkenaan di 29 lokasi di seluruh negara.
Lokasi terbabit termasuk di Pontian Kecil, Johor, dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat; dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.
Seterusnya, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamu'alaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, maka adalah dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa tarikh puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad 02 haribulan Mac tahun 2025.
Sekian, wassalamu'alaikum warohmatullahiwabarokatuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua ahli forumer. Semoga puasa kita semua tahun ini lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya. Semoga ahli2 forumer menjaga tatasusila semasa mengomen agar puasa tidak 'kurus'  |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berpuasa kepada semua andartu-andartu, andartu junior, andartu senior dan andartu forever. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 28-2-2025 08:43 PM
Selamat berpuasa kepada semua andartu-andartu, andartu junior, andartu senior dan andartu forever.
Tuju kat andartu saja ke kat yang bukan andartu taknak ucap selamat ke  |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berporum lepas bukak poser apakah hukumnya? Lebih diharuskan daripada di siang hari ketika ibadah berpuasakah  |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 28-2-2025 08:43 PM
Selamat berpuasa kepada semua andartu-andartu, andartu junior, andartu senior dan andartu forever.
Tak wish kat janda ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berpuasa semua forumers. Semoga Allah terima ibadah kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua forumers ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berpose semua..semoga kita semua berjaya meraikan Ramadan tahun ni sampai ke akhir... |
|
|
|
|
|
|
|
selamat berpuasa semua.... jangan membazar sampai membazir ye adik2....
tingkatkan keimanan ketaqwaan seiring dengan peningkatan tarif elektrik serta harga minyak petrol yg bakal meningkat tidak lama lagi.., 
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang kalah betting warna baju melayu ke? Kih kih kih |
|
|
|
|
|
|
|
makcik kaki puasa ke tak ? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berpuasa kepada semua acik por iya. Dah order kuih raya ke belum? tiber |
|
|
|
|
|
|
|
Indonesia dah start sabtu puasa
Iols tgk pengumuman wakil dorang
Terus sebut hari raya ya
Raya dorang 31/3
Jdnya kita nnt raya 31/3 gak ke atau 1/4?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kami umat islam di Amerika start berpuasa pd hari Sabtu 1 March 2025. Malam ini kami dah berterawih.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|