View: 17926|Reply: 0
|
GDragon Tidur Tiga Hari, Pengurus Risau Ingatkan Dah Tak Bernyawa
[Copy link]
|
|
GARA-GARA tidur selama tiga hari, penyanyi G-Dragon pernah disangka sudah tidak bernyawa oleh pengurusnya.
Mendedahkan perkara itu, G-Dragon memberitahu pengurusnya panik sehingga berulang kali memeriksa keadaannya untuk memastikan dia masih bernafas.
Sepanjang tempoh itu, bekas anggota Big Bang itu memberitahu dia juga langsung tidak makan atau minum sehingga membuatkan pengurusnya bertambah bimbang.
"Pengurus saya akan masuk ke bilik dan menyentuh hidung saya untuk lihat sama ada saya masih bernafas atau pun tidak.
"Dia akan berulang kali memeriksa keadaan saya apatah lagi saya tidak makan, minum atau pun bangun untuk ke bilik air," katanya.
Penyanyi lagu Power itu memberitahu dia tidur selama tiga hari kerana terlalu penat selepas mengadakan konsert jelajah di beberapa lokasi di Amerika Syarikat.
Katanya, dia menyangka hanya tertidur selama beberapa jam namun terkejut apabila diberitahu sudah tidur selama tiga hari berturut-turut.
"Saya sendiri terkejut sebab macam tak percaya saya sudah tidur selama tiga hari sehingga membuatkan orang di sekeliling saya bimbang," ujarnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|