CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16142|Reply: 19

Isteri Shuk Sahar Dinasihat Gugur Kandungan Sebab Masalah Jantung

[Copy link]
Post time 1-3-2025 03:31 PM | Show all posts |Read mode

SUSULAN masalah jantung dihidapinya, isteri pelawak Shuk Sahar dinasihatkan menggugurkan kandungannya yang kini sudah mencecah lima bulan.

Meletakkan soal ajal di tangan Allah, Fara, 33, tetap dengan pendirian mahu mempertahankan kandungannya walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa sendiri.

“Selepas berbincang dengan mak dan ayah serta pihak hospital, saya menolak ‘membuang’ kandungan ini apatah lagi janin sudah semakin besar.

“Saya sanggup teruskan walaupun risikonya adalah kematian atau bayi dilahirkan pra matang.

“Ada rezeki dapatlah saya tengok anak ini nanti. Apa pun saya mahu selamatkan anak saya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.


Berkongsi tentang kesihatannya, Fara memberitahu ketika ini keadaannya kurang baik dan terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Malah kata Farah, dia sekali lagi dikejarkan ke hospital pada pagi Jumaat disebabkan masalah jantung dihidapinya.

“Saya masuk wad 7 Februari lalu disebabkan pendarahan dalam rahim, daripada situ doktor mula mengawasi kandungan saya dengan teliti.

“Alhamdulillah pendarahan sudah okay tetapi sekarang masalah jantung saya pula… Hari ini (Jumaat) sudah tiga kali saya masuk hospital kerana masalah jantung,” ujarnya.

Ditanya tentang Shuk, Fara memberitahu pelawak itu mengetahui masalah kesihatan dihadapi namun tidak pernah ambil peduli tentangnya.

Bagaimanapun kata Fara, dia enggan menghubungi Shuk kerana tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan mereka suami isteri.

“Saya sendiri tidak hubungi dia sebab dia sendiri pun tak mahu ambil tahu fasal saya.

“Bila berhubung akan mengeruhkan keadaan. Tanya khabar pun paling-paling kena tengking, kena caci sahaja,” katanya.

Pada November tahun lalu, Fara mendedahkan mempunyai masalah jantung dan terkejut apabila dia disahkan hamil ketika melakukan pemeriksaan kesihatan.

Kata Fara, dia sepatutnya menjalani operasi pembedahan jantung, namun prosedur itu ditangguhkan.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.

Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.


Sumber: mstar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2025 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah kurma seperti iklan yusof taiyoob sempena ramadhan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok puasa. Malas nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la nanti boleh la guna anak untuk psiko2 ugut2 Shuk kan kataku jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 04:58 PM | Show all posts
kena bawa bertenang
jangan dok ngamok2 gaduh2
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2025 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 1-3-2025 04:02 PM
Ye la nanti boleh la guna anak untuk psiko2 ugut2 Shuk kan kataku jahat.

Exactly..iols terus terfikir camni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh caye ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 5 bulan ke gambar p europe tu nampak macam dah 6-7 bulan bulat dah perutnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 12:08 AM | Show all posts
Pompuan ni pernah menipu kata dia ada sakit kronik, pernah menipu kata dia pregnantkan anak Kecik, pernah menipu dah kawin kat Siam dgn Shuk etc etc. Siapa percaya dia bodoe
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bullshit. Nak tarik perhatian laki dan nampak lemah dan innocent di mata masyarakat je ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Oo kiranya dia dah lama la ada masalah jantung? Tp xtakut pon buat maksiat sblm kahwin tu? Dan xfikir pon psal jantung masa ngambik barang??
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sukar untuk di percaya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 2-3-2025 12:08 AM
Pompuan ni pernah menipu kata dia ada sakit kronik, pernah menipu kata dia pregnantkan anak Kecik, p ...

Betul tu. Track record buruk macam minah ni baik tak payah percaya la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 2-3-2025 02:05 AM
Oo kiranya dia dah lama la ada masalah jantung? Tp xtakut pon buat maksiat sblm kahwin tu? Dan xfiki ...

mengandung je dpt tau mcm2 msalah kesihatan...xda nya hari2 biasa nak g medical checkup...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo org lain mybe la rasa kesian..
Tp dgn ko ni google nama je mcm2 keluar dr dulu..cmna la parents ko hadap sanak saudara org kampung, tabah betul diorg..sayangi la parents ko tu..buat masa I'm sure diaorg je sentiasa ada utk ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergh hidup mcm cerita dlm novel.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 02:01 AM | Show all posts
rayna_raynes replied at 2-3-2025 12:08 AM
Pompuan ni pernah menipu kata dia ada sakit kronik, pernah menipu kata dia pregnantkan anak Kecik, p ...

kira dia tak kawin ke dengan syuk?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
nasibla ko lah syuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.065857 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list