CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 34618|Reply: 22

[Tempatan] JKM cari waris demi masa depan dua budak lelaki

[Copy link]
Post time 1-3-2025 07:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-3-2025 03:53 AM


JKM cari waris demi masa depan dua budak lelaki

Mac 1, 2025 @ 8:31am[email protected]




JKM sedang mengesan waris kepada dua kanak-kanak, Muhammad Iman Haikal Abdullah, 12, dan Mohamad Rizky Shafrin Khan Abdullah, 12. - Foto JKM




TAMPIN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan waris kepada dua kanak-kanak, Muhammad Iman Haikal Abdullah, 12 dan Mohamad Rizky Shafrin Khan Abdullah, 12.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, Tuan Dandan Tuan Sulong, berkata ia bagi membantu mahkamah untuk membuat keputusan terbaik demi masa depan kanak-kanak terbabit.

"Muhammad Iman Haikal dirujuk kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, selepas dijaga pasangan suami isteri, Anuar Idris dan Mazian Khalilah Mustapha, sejak kanak-kanak ini masih bayi pada 2012.

"Ibu kandung kanak-kanak terbabit, Zuraidah Zulkfly, dengan alamat terakhir di Lot 4107, Jalan Sungai Yu, Kampung Kelanang, Banting, Selangor. Dia mempunyai sijil lahir ketika diserahkan kepada penjaga," katanya.

Beliau berkata, Mohamad Rizky Shafrin Khan pula dijaga penjaga bernama Zureda Jamaludin sejak kanak-kanak berusia dua tahun pada 2014.

"Ibu kandung kanak-kanak bernama Sharina Mohd Yusof dengan alamat terakhir adalah di 3-1M Blok C Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Kuala Lumpur. Kanak-kanak mempunyai sijil lahir sewaktu diserahkan kepada penjaga," katanya.

Jelasnya, Perintah Jagaan Sementara mengikut Seksyen 19 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu meletakkan kedua-kedua kanak-kanak ini dalam pemeliharaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) dipohon pada 3 Januari lalu.

"Penjaga masing-masing sebagai OYLS menguruskan permohonan MyKad bagi kanak-kanak dan kini kanak-kanak sudah memiliki kad pengenalan," katanya.

Justeru katanya, Pelindung JKM, Nur Shahirah Mohd Nor Azlan kini dalam usaha mengesan ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak terbabit.

"Sehubungan itu, kami mengalu-alukan waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung atau waris kanak-kanak untuk menghubungi Pelindung di talian 06-4411646.

"Atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, bagi memberikan maklumat yang dapat membantu mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu mahkamah untuk membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan mereka," katanya.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 04:24 PM | Show all posts
Kenapa nak cari juga waris budak2 tu, demi masa depan? Why, dengan penjaga sekarang tak ada masa depan ka?

btw, aku sorang ja ka rasa susunan caption bawah gambar tu macam terbalik ja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorang paki, sorang Indon..

Relax2 dpt IC biru nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 12:04 PM | Show all posts
nazzse replied at 2-3-2025 08:39 PM
Sorang paki, sorang Indon..

Relax2 dpt IC biru nanti

owhh patut arr dibuang keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 12:21 PM | Show all posts
bin Abdullah....anak x sah taraf kan? ke kebetulan dua2 bin Abdullah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 12:24 PM | Show all posts
15 taun lagi itu budak sudah drive kereta H, ramai le ngaku waris.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2025 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 2-3-2025 08:39 PM
Sorang paki, sorang Indon..

Relax2 dpt IC biru nanti

"dptkan dulu IC tu nak..pastu baru 'kita' ngaku anak"-asing worang
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 12:54 PM | Show all posts
Skuau replied at 3-3-2025 12:47 PM
"dptkan dulu IC tu nak..pastu baru 'kita' ngaku anak"-asing worang

Diorg dah ada IC...meols rasa for family angkat nak officially adopt diorg, tu yg carik waris.

Penjaga masing-masing sebagai OYLS menguruskan permohonan MyKad bagi kanak-kanak dan kini kanak-kanak sudah memiliki kad pengenalan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2025 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 3-3-2025 12:54 PM
Diorg dah ada IC...meols rasa for family angkat nak officially adopt diorg, tu yg carik waris.

P ...

satu hari..saiya ank pirdana mintiri-pakis
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 05:42 AM | Show all posts
Kenapa kena published pic budak2 ni, kesian kat dorg. Ini yg terbaik yg jkm boleh buat? Apa kejadah jkm ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 05:44 AM | Show all posts
Kenapa kjaan tak blh buat satu sistem pendaftaran rakyat yg lebih baik,  apa2 semua dah ada record tak perlu nak tanya public, bodoh sampai skrg tak berjaya lagi benda simple ni huh
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 05:48 AM | Show all posts
tak faham
kenapa nak cari waris anak2 ni?
adakah "keluarga angkat" anak2 ni pulangkan balik depa ke JKM sebab dah tak nak jaga ?
kesiannya anak2 ni ..
nakal kah apa ?
kenapa published macam ni?
tak. jaga privacy abak2

kalau mak2 anak2 ni nak jaga depa. tidaklah dari awal serahkan kat orang ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 4-3-2025 05:42 AM
Kenapa kena published pic budak2 ni, kesian kat dorg. Ini yg terbaik yg jkm boleh buat? Apa kejadah  ...

Nak senang kerja. Dia tak fikir budak2 tu pergi sekolah ada kawan2 now satu sekolah dah tau mereka anak dibuang emak. Tah lah, ka kita yang over thinking.

Baik letak muka mak budak tu. Nama, alamat semua ada. Jaga aib orang tua maybe. Budak takpe.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 08:35 AM | Show all posts
memang nampak ehh muka anak2 pati
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
JKM ni sebenarnya entiti yg patut melindungi the identity of these 2 minors tapi dia pulak yg gi publish segala detail & gambo mereka
Lawyer boleh represent budak2 ni utk saman JKM bawah akta perlindungan kanak-kanak & satu lagi, perlindungan data peribadi ke apa tah
Dan boleh jadi precedent utk hapuskan SOP lapuk JKM
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 05:48 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-3-2025 11:10 PM
Nak senang kerja. Dia tak fikir budak2 tu pergi sekolah ada kawan2 now satu sekolah dah tau mereka ...

Kita tak overthinking mmg dah betul dah, yg bodoh tak betulnya jkm pegi published info n pic budak2 ni. Mcm tak sekolah cara dorg buat keja, padahal jkm, jabatan yg perlu protect budak2. Menteri dia acik nancy borneo dgn acik noraini, dua2 jenis mentality zmn tok kaduk, elok sgah jeniss pprt mcm ni pegang jawatan menteri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2025 06:12 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 4-3-2025 05:48 AM
tak faham
kenapa nak cari waris anak2 ni?
adakah "keluarga angkat" anak2 ni pulangkan balik depa ke  ...

Bukan keluarga angkat nak pulangkan ke JPN, rasanya ni memang SOP JKM dari zaman dulu lagi utk proses pengangkatan rasmi.

JKM kena hubungi waris melalui telefon, surat rasmi dan hebahan media massa. Kalau selepas masa-masa tertentu (tak pasti berapa bulan dari tarikh hebahan) takde waris tampil, jadi kes ni masuk mahkamah dan hakim boleh putuskan budak2 ni jadi anak angkat sah ibubapa angkat.
Buat masa ni ibubapa angkat tu taraf "penjaga" je.

Tapi memang tak patut la muka budak2 tu kena publish..

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 07:09 PM | Show all posts
Cari kat data str + sara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2025 08:16 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 4-3-2025 05:48 AM
tak faham
kenapa nak cari waris anak2 ni?
adakah "keluarga angkat" anak2 ni pulangkan balik depa ke  ...

Nak buat surat pengangkatan kot. Kena la waris sign borang2 yg patut.
Lg pun kena jgk cari waris takut nnt termenikah dgn siblings pulak nayo pak karim
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.479881 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list