View: 35654|Reply: 0
|
Gadis Pantai Timur tak dapat restu keluarga BF orang utara,tak rela lepas anak lelaki kahwin orang jauh
[Copy link]
|
|
Rasa cinta antara dua hati sahaja tidak cukup jika ia tidak dibajai dengan restu daripada keluarga.
Bagi seorang wanita, dia baru saja hendak merasai fasa pertunangan namun hasratnya itu mungkin terpaksa dilupakan.
Berkongsi cerita, wanita itu berkata dia mula menjalinkan hubungan mesra dengan seorang lelaki sejak awal Oktober tahun lalu.
Selepas beberapa bulan kini kedua-dua mereka mula merancang untuk ke peringkat yang seterusnya.
"Dia serius nak kawan dan sama-sama berbincang untuk bertunang pada hari raya nanti. Pada awalnya okey je sehinggalah tiba-tiba salah seorang ahli keluarganya kata mereka tak setuju dengan hubungan kami.
"Alasannya masih terlalu awal berkenalan. Keluarga dia beritahu dia nak tanggung diri pun tak mampu sebab kerja sendiri dan kadang kerja tak tetap," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Tambah pengadu, dia akur sekiranya isu kewangan menjadi sebab utama hasratnya untuk berumah tangga dengan jejaka berkenaan menjadi penghalang.
Bercerita lanjut, wanita itu berkata teman lelakinya berasal dari Utara, manakala dia dari Pantai Timur tetapi bekerja di Kuala Lumpur.
Justeru menurutnya, jarak jauh itu berkemungkinan turut menjadi punca dia bukan menjadi calon menantu pilihan.
"Turut menjadi salah satu punca adalah mak ayah dia tak nak anak mereka kahwin dengan orang jauh. Saya pun tak tahu sama ada nak teruskan hubungan ini atau tidak.
"Sebab dia betul-betul nak dan usaha untuk pujuk keluarga, tapi keputusan mereka sama untuk tak (setuju) teruskan pertunangan ini. Adakah ini petunjuk atau jawapan?" soalnya yang buntu dengan status hubungannya ketika ini.
Walaupun pahit untuk ditelan, itulah hakikat yang terpaksa diterimanya daripada membiarkan hubungan kekeluargaan terputus kerana cinta.
Baginya, mendapat restu keluarga itu amat penting untuk menjalinkan hubungan sehingga ke jenjang pelamin.
"Saya tak kisah kalau saya tak dipilih. Biar dia hilang saya daripada dia hilang keluarga.
"Biar saya sedih sekarang daripada saya menderita selamanya sebab tak dapat restu keluarganya," luahnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|