View: 9898|Reply: 89
|
Kembar kembar kembar, arghhhh, byknye kembar!!! (pic post #8)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by blackred99 at 3-5-2011 09:10
Jodoh doktor kembar
Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]
[url=] [/url] [url=] [/url] [url=] [/url]
JOHOR BAHRU: Impian dua doktor lelaki kembar untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing yang juga dilahirkan sebagai kembar tetapi bukan adik-beradik, menjadi kenyataan apabila mereka diraikan sebagai raja sehari dan berkongsi detik bersejarah itu di Taman Sri Pulai Perdana di sini, semalam.
Lebih manis, majlis persandingan mereka menjadi tarikan ramai apabila menjadi medan pertemuan empat pasangan kembar termasuk adik-beradik pasangan pengantin perempuan, selain pasangan kembar yang menjadi pengapit pengantin lelaki.
Menceritakan detik perkahwinan itu, Dr Mohd Azreen Ezainy Mohmad Sallih, 25, berkata, dia dan adik lelaki kembarnya, Dr Mohd Azreen Ezairy, tidak menyangka bertemu jodoh dengan pasangan masing-masing yang turut dilahirkan kembar.
Doktor di Hospital Sultan Ismail (HSI) itu berkata, dia berkenalan dengan isterinya, Nurul Syzzeren Zulkifli, 25, menerusi sebuah laman web sosial sebelum tertarik dengan hati budi wanita yang berasal dari Bandar Baru Uda di sini.
“Secara kebetulan, saya dapat tahu isteri bekerja sebagai juruteknologi makmal perubatan di hospital sama, sebelum berkongsi kisah kehidupan masing-masing.
“Umpama bermimpi, apabila isteri memberitahu dia juga dilahirkan sebagai kembar hingga perkara itu menambah kemesraan kami yang mula menjalin hubungan cinta sejak lebih setahun lalu.
“Seronok apabila mendapat isteri yang juga anak kembar kerana percaya, dia lebih mudah memahami perasaan saya kerana mempunyai kakak kembar,” katanya.
Dr Ezainy berkata, dia dan adiknya bercadang berbulan madu bersama pasangan masing-masing di Kaherah, akhir Mei ini iaitu tempat mereka melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
“Kami memasang impian memperoleh cahaya mata kembar pada masa depan bagi membolehkan kami merasakan pengalaman menjadi ibu bapa pasangan kembar seiras, selain membesarkan mereka sebagai insan berjaya,” katanya yang menambah majlis itu dihadiri kakak iparnya (kembar Syzzeren), Nurulsyzzenie. Sementara itu, Dr Ezairy berkata, sempena perkahwinan itu, dia dan abangnya yang berkhidmat di hospital sama memilih konsep perkahwinan klasik moden dan taman kerana berkongsi warna kegemaran iaitu hijau.
Menurutnya, mereka juga menyambut baik cadangan sepupu mereka, iaitu Mohd Rahman Mustafa, 29, dan adik kembarnya, Mohd Rahim untuk menjadi pengapit di majlis perkahwinan itu yang berlangsung di kediamannya.
Artikel asal : MyMetro
P/S : Satu pasangan kembar tu member aku, cun sgt.. =) |
|
|
|
|
|
|
|
sah2 dapat anak pun kembar... amennn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# bbalik
genetik kembar tu da ade, mmg tinggi la kot chances nak dpt anak kembar.. |
|
|
|
|
|
|
|
so sweet...
semoga berbahagia... |
|
|
|
|
|
|
|
pening nak baca artikel tu ...kembar kembar kembar hehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
wah...sure hebat majlis perkahwinan ni nanti...
everything kembarrr... |
|
|
|
|
|
|
|
syoknye... teringin gak nk dpt anak kembar... |
|
|
|
|
|
|
|
meriah ..meriah..sok lahir anak pun kembar..kembar2..kembar2..cucu cicit pun kahwin ngan org kembar gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah...moga berbahagia
pasni leh dpt baby kembar pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Jodoh doktor kembar
Oleh Mary Victoria Dass
...
blackred99 Post at 3-5-2011 08:31 
pening sket nak paham berita ni, kena khatam 2-3 kali |
|
|
|
|
|
|
|
Reply bbalik
genetik kembar tu da ade, mmg tinggi la kot chances nak dpt anak kembar..
blackred99 Post at 3-5-2011 08:38 
kebiasaan bila dia dah kembar.. dai tak mungkin akan mendapat anak kembar lagik... tetapi kemungkinan cucunya atau cicitnya nanti akan mendapat anak kembar semula.... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan salah masuk bilik pasangan sudah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# alahai
yep, sebab ni kire macam rare punye berita kan..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# totokreturn
ooo, camtu hek? nape mcm langkau satu generasi? |
|
|
|
|
|
|
|
saya harap doc dpt clarify psl mitos yg mengatakan keluarga kembar bkl melahirkn kembar jua
saya sedikit "konfius" dan pelik sbb rmi kata it has something to do with genetic |
|
|
|
|
|
|
|
Reply totokreturn
ooo, camtu hek? nape mcm langkau satu generasi?
blackred99 Post at 3-5-2011 09:33 
tak tau.. dah mmg camtuh kot gen-gen kembar nih.. pasangan kembar, tak mungkin dapat kembar lagik anaknya... kalau dalam masa terdekat yg dapat anak kembar musti belah sedara mara dia jerk... kalau gen dia 2-3 keturunan nanti possible untuk dapat semula...
biasanya kembar nih keturunan.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dapat anak kembar lak pas ni, mesti lagi meriah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# blackred99
its happened in my family. lapis tok & wan I ada kembar. Lapis makpak & makpak saudara takde kembar langsung. now lapis I & my sepupu berderet2 kembar.. infact i sendiri ada 2 pasang kembar.. seronoknya kalau dapat menantu kembar satu hari nanti |
|
|
|
|
|
|
| |
|