CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26647|Reply: 0

Usah Perlekeh Kedatangan Ramai Jemaah Ke Masjid

[Copy link]
Post time 3-3-2025 10:33 PM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Umat Islam diingatkan agar tidak memandang sinis terhadap peningkatan jum­lah jemaah yang datang mengimarahkan masjid pada awal Ramadan.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) berkata, kehadiran ramai jemaah ke masjid tidak seharus­nya diperlekeh, sebaliknya ia mencerminkan penghormatan mereka terhadap bulan yang mulia.

Jelasnya, ia juga menunjukkan keimanan umat Islam terhadap janji besar yang telah Allah tetapkan pada bulan Ramadan.

“Jangan sesekali kita berkata, ‘itu hanya semangat awal sahaja’ atau ‘Ramadan baru nampak muka di masjid’.

“Kelemahan sebahagian daripada kita untuk terus istiqamah sepanjang Ramadan adalah ca­baran yang berlaku kemudian, bukan sesuatu yang mencacatkan kemeriahan awal Ramadan,” katanya.

Menurut Mohd. Asri, ke­me­ria­han masjid pada awal Ramadan juga merupakan antara bukti umat Islam mengagungkan syiar Allah.

Beliau berkata, umat Islam tidak seharusnya mempertikai­kan fenomena tersebut, sebaliknya berusaha untuk terus isti­qamah sepanjang Ramadan.

“Bayangkan jika umat kita tidak mempedulikan kehadiran Ramadan dan masjid kekal de­ngan jemaah yang sama seperti biasa. Itu merupakan satu bentuk kelalaian terhadap Allah dan Rasul.

“Sebaliknya, apabila ma­sya­ra­­kat berpusu-pusu ke masjid pada awal Ramadan, itu menun­jukkan rasa hormat serta keima­nan mereka,” katanya. – UTUSAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.094217 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list