View: 7028|Reply: 9
|
[Tempatan]
Sedih melampau kena reject awek, lelaki nekad terjun Sungai Kuantan
[Copy link]
|
|
KUANTAN – Dipercayai tidak dapat menerima hakikat putus cinta seorang lelaki disyaki bertindak nekad terjun ke dalam Sungai Kuantan daripada atas Jambatan Putra di sini malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, lelaki berusia 22 tahun yang memberhentikan motosikal di atas jambatan membuat panggilan video dengan seorang wanita yang dikatakan bekas kekasihnya.
Difahamkan mangsa dengan teman wanitanya menjalinkan hubungan selama setahun sebelum putus pada Disember tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, polis menerima maklumat mengenai sebuah motosikal ditinggalkan di atas jambatan dalam keadaan enjin hidup malam semalam telah bergegas ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan siasatan, saksi terjumpa sebuah telefon bimbit di atas motosikal sedang membuat panggilan video dengan seorang perempuan.
“Saksi terus bercakap dengan perempuan tersebut yang memberitahu pemilik telefon bimbit mahu terjun ke sungai sebelum saksi terus menghubungi talian 999 untuk memaklumkan kejadian,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya, susulan itu operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan bermula pukul 11.30 tengah malam dengan bantuan agensi penyelamat daerah Kuantan.
Katanya, Op mencari dan menyelamat yang melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) memulakan pencarian di sepanjang Sungai Kuantan.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aku faham perasaan pompuan tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
nyah memang faham perasaan orang pompuan.... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai dik nak masuk ramadan ni ko pi terjun kenapa, iols syak muslimla sbb de perempuan bertudung kt situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah bunuh diri bulan Romadon, tak ada siksa kubur |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg bebetul dia terjun ke? Ada saksi yg nampak?
Atau dia sebenarnya acah2 je then lari menyorok kat memana
Kalau bebetul terjun alamatnya dah selamat dikenduri dek buayalah tu
Ankerlah pulak jambatan ni nnt
Penyewa rumah aku kerja komplek LKIM Kemunting tiap pagi sebelum pukul 5 dah lalu sini bawak moto utk ke tempat kerja
Kang tetiba berat pulak moto dia sebab ada makhluk menumpang |
|
|
|
|
|
|
|
kalau terjun bagus la kurang seorang manusia tak cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
rasa kecewa kan,sbb kalah bet dengan pakwe baru hehhehe,
|
|
|
|
|
|
|
|
try daftar ngn Persekutuan Renang Msia le dek...nt depa latih la nk terjun papan anjal atau platform. |
|
|
|
|
|
|
|
ingat bulan puasa setan dh kene ikat... aduhai ikut hati.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|