CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6769|Reply: 2

Terkedu harga bihun goreng dan ayam di bazar Ramadan! Macam mana b40 nak beli?

[Copy link]
Post time 4-3-2025 12:09 PM | Show all posts |Read mode


Ramai tak sabar menanti waktu petang sepanjang bulan Ramadan kerana mahu berkunjung ke bazar untuk membeli juadah berbuka puasa.

Sebut sahaja apa yang diingini, hampir kesemuanya ada dijual di sana.

Dalam keterujaan untuk membeli lauk di sebuah gerai di bazar Ramadan, seorang pemuda tidak terkejut dengan harga makanan yang perlu dibayar.

"Aku singgah gerai di bazar tadi. Aku tanya, bang bagi bihun tu, bagi dengan seketul ayam tu ya bang.

"Di tangan terlipat kemas antara RM6 ke RM7. Berapa la sangat harga 'tapau' kecil tu kalau difikirkan," kongsinya menerusi satu hantaran di laman sosial tanpa mendedahkan lokasi bazar Ramadan tersebut.

Namun, dia terkejut sebaik dimaklumkan harga sebungkus bihun goreng berlaukkan seketul ayam.

"10 ringgit, abang tu senyum menghulur tapau. Duit tadi aku simpan. Cari 'penambah' duit dalam poket.

"Rasa hiba seketika, mengenang orang lain yang wang sakunya perlu dibahagi rata untuk isteri dan anak kecil yang tidak mengerti apa. Moga anda semua, Allah berikan kekayaan yang luar biasa," ujarnya.

Mengulas lanjut, dia menjelaskan bahawa barisan beratur di gerai berkenaan agak panjang sambil mendakwa peniaga tersebut tidak meletak atau mempamerkan tanda harga.

"Itu bazar, yang beratur bukan tiga atau empat orang. Di kawasan kami, jadi budaya bazar lauk kaut tak letak harga.

"Tak manis rasanya mahu berdebat dengan abang tu di khalayak ramai, ditonton oleh orang ramai. Benda makan kan, hari ini tahu esok tak payah pergi lagi," katanya.

Dia berkata demikian bagi menjawab persoalan netizen mengapa dia tidak menegur peniaga tersebut kerana menjual makanan pada harga mahal.

Malah ada yang berpandangan kenapa tidak batalkan saja pembelian sekiranya merasakan harga yang ditetapkan peniaga itu tidak munasabah.

"Abang (netizen) ni jenis yang tapau nasi campur, peniaga tu cakap harga tertentu, dan abang akan cakap 'Eh, mahalnya!' dan lepas tu abang blah (beredar), tinggalkan dan tak bayar.

"Maaflah bang, saya masih mampu bayar RM10," tambahnya.

Tegasnya, dia bukan merungut mengenai harga makanan yang dijual, tetapi lebih bersimpati dengan nasib pelanggan lain yang kurang berkemampuan jika berada dalam situasi sepertinya ketika itu.

"Saya tak merungut pasal harga dia. Saya kasihan orang yang duitnya tak berapa nak banyak lepas tu dengan kadar harga begitu, berapa yang perlu dia belanja sehari di bazar Ramadan," katanya lagi.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2025 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Masaklah sendiri. Adoimak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 08:35 PM | Show all posts
memang sejenis tak tanya harga ya before beli?
tak pelah..lepas ni tok sah beli dah kat bazar
setiap tahun benda sama je isu nya kan
tapi tetap pilih nak ke bazar
alasan tak sempat masak
before puasa, elok je makan lewat sikit
berbuka lah seadanya
lepas tu masak lah seperti biasa, atau tgu saja moreh selepas tarawih
pasti ada di setiap masjid waima surau juga sediakan moreh
harga makanan memang tak ada yang murah zaman ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.100164 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list