CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25817|Reply: 26

PDRM terima 6 laporan ke atas DJ Era FM (ASTRO)

[Copy link]
Post time 4-3-2025 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 4-3-2025 08:43 PM

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan terhadap kakitangan stesen radio Era FM milik Astro kerana disyaki mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya menerima enam laporan di seluruh negara berkaitan kes itu.

Beliau berkata, laporan awal dibuat seorang jurutera berusia 44 tahun yang melihat satu hantaran video di aplikasi Facebook memaparkan beberapa individu daripada pihak stesen radio terbabit didakwa mempersendakan agama Hindu.

"Beberapa individu daripada radio terbabit didakwa bersorak perkataan 'Vel, Vel', manakala seorang lelaki sedang menari.

Pengadu membuat laporan polis kerana perkara itu mempersendakan agama Hindu dan sensitiviti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin berkata, semakan terhadap video asal yang dimuat naik oleh pemilik stesen radio terbabit sudah dipadamkan dan mereka turut mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka melalui laman rasmi aplikasi Facebook stesen radio itu.

Video itu telah ditonton 95,400 tontonan dan dikongsi sebanyak 204. Susulan itu, kita menjalankan siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci mengenai aduan kakitangan stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial pagi tadi.

Menterinya, Fahmi Fadzil dilapor berkata, antara lain MCMC juga perlu memanggil semua yang terlibat termasuk pihak Astro dan pengurusan stesen radio Era FM hadir ke ibu pejabat agensi berkenaan bagi memberikan penjelasan penuh.

"Kami sudah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain yang dimuat naik dalam platform media sosial pagi tadi.

"Jadi, saya arahkan MCMC menjalankan siasatan terperinci termasuk memanggil pihak Astro dan pengurusan stesen radio itu hadir memberi penjelasan lanjut di ibu pejabat MCMC" katanya.

Terdahulu, media melaporkan penyampai radio 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani, memohon maaf di atas video kontroversi mempersenda tarian kavadi iaitu upacara suci penganut Hindu ketika Thaipusam.


Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 48 Users voted

Count down: 9997 Days15 Hours29 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2025 10:56 PM | Show all posts
Edited by JoyahMengayah at 5-3-2025 04:43 AM


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suruh hire artis "cerdik " "sekolah tinggi" jd DJ...

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah lama ku tinggalkan radio era nie..jiwa tak leh terima kalau bingit memekik ketawa tak ketahuan punca..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah nabil bakalan berubah? Jaga pertuturan? Kita tunggu jawapannya.


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tercidukkk..smpi ketua polis buat announcement
Kire besar jgak la kan kes ni

Da lame meluat ngan dj pelawak ni..
Ckp2 pastu gelak2... Ntah hape ntah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2025 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya lah kan,
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
boss asteruk tu pun indian kan.
buang je lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2025 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-3-2025 03:04 PM
Adakah nabil bakalan berubah? Jaga pertuturan? Kita tunggu jawapannya.

Masa untuk nabil tahu yang dia bukan kebal ... Kalau tak dia buat apa takde pun nak kena tegur .

Dah ko buat macam tu, gelak mcm mempersendakan pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaa nabil ni bukan first time dekat GV pun banyk kali dia jenis perli2 .. azad ni jenis buat lawak hambar and bingit
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Melampau sangat.. gam je..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la. Good riddance
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 06:10 AM | Show all posts
Paling meluat dgn si Haji Nabil..kat GV sibuk panggil dia Ji…tapi perangai cam apa tah .malu doh…orang tgk Haji peel cam ni??? Senda ugama orang…kalau Islam di senda…tahu lak marah…Nabil dah dapat ubat…RamliMS tegur dia mulut fitnah…di ketawakan orang tu..hah ambik kau..dah lam benau mendongak langit…orang tak berapa cerdik dok keliling dgn orang yg satu taraf…ni la hasil nya
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ayot tak tayot
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 08:20 AM | Show all posts
Nabil ke? Ironic, mmg selalu nampak dia ni banyak controversi, tapi Astro asyik muliakan dia je and as a result audience at large pun tgk dia seorang yang respected.

Hebat benar propaganda Asstro ni. Meerqeen yang shit pun diorang manipulate the media utk nampak Mershit tu hebat walaupun forumers kata dia sendu and bakal kena cancel ke apa. Hell even Amelia Henderson yang smug pun diportraykan sebagai orang yang peramah.
Kesimpulannya, jadi artis Astro confirm kau kena jilat. Indahnyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 09:07 AM | Show all posts
dari amatan aku, pak azad tu tiru gaya miki... sbb mula2 takde pun vel vel tu.... masa dah rancak pak azah menari, nabil lak dok tambah vel vel tiba2.... so punca bukan dari pak azad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2025 09:58 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 10:33 AM | Show all posts
SANKURIANG replied at 4-3-2025 10:10 PM
Paling meluat dgn si Haji Nabil..kat GV sibuk panggil dia Ji…tapi perangai cam apa tah .malu doh…o ...

duit dan kemasyuran tak boleh beli akhlaq ...gitulahh.


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 11:09 AM | Show all posts
Dia org pun dah minta maaf. Move on.
Hope depa on air soon.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 11:26 AM | Show all posts
bagus boleh tido lama dok rumah layan keluarga bebuka sahur terawih etc.. bulan penuh rahmat jika diberi peluang rehat dan tidak bekerja..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.636180 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list