CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azwana_alia

we LOVE babyrempit Hazama - Kritikan anti fonen felda anggap jah bak ANGIN uolss

  [Copy link]
Post time 3-6-2011 11:18 PM | Show all posts
Esok nak afundi double than usual lah camnih........iols nak heols nyanyi Cinta teragung final nanti hokay....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2011 12:05 AM | Show all posts
Esok nak afundi double than usual lah camnih........iols nak heols nyanyi Cinta teragung final nanti ...
alyssasarah Post at 3-6-2011 23:18

konpem uols..harus gigih mengundi 20 ++..ama yer pasal makn biskut kering ngan air kosong pun iols relaa...cian ama dah lama sgt kempunan tu...ishk..ishk..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 12:19 AM | Show all posts
konpem uols..harus gigih mengundi 20 ++..ama yer pasal makn biskut kering ngan air kosong pun iols ...
nadsan80 Post at 4-6-2011 00:05



tak pe uols...........ada seminggu lagi nih AF pon dah abes, kira2 crash diet gitu,  tiba2 lak kena diet kan

iols pon seriau nengok heols dah turun no.3 lagipon rapat2 jer & afundi tuh....sapa2 pon boleh kuar esok, dah lah pagi tadi paknil citer nak kuar 2 orang...gigilss uols
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 12:21 AM | Show all posts
iols nak cari gambar kasi sume yg menatap makin murah menghantar duit afundi ke asto esok
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 12:25 AM | Show all posts
kesian kan heols...5 tahun nak masuk final katanya...

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 12:26 AM | Show all posts
tak pe uols...........ada seminggu lagi nih AF pon dah abes, kira2 crash diet gitu,  tiba2 la ...
alyssasarah Post at 4-6-2011 00:19

al rite la...iols nak gi jumpa ama jap...time beradulerr...jgn luper gerak gempur afundi esok hokey....chow..tata...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2011 12:31 AM | Show all posts
his AF4 and AF9 journey...dari konsert 3-8

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 12:33 AM | Show all posts
tolong AFUNDI Ama yea...."5 tahun saya tunggu nak pergi final"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2011 12:49 AM | Show all posts
tolong AFUNDI Ama yea...."5 tahun saya tunggu nak pergi final"
alyssasarah Post at 4-6-2011 00:33



   KESIAN DIER KAN...   GIGIH DAN TIDAK PUTUS ASA BABYREMPIT YG MANIS...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 01:19 AM | Show all posts
esk konpem iols spare credit byk tuk afundi ama.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 01:47 AM | Show all posts
Bestkan....lagu ni kalo sekali dengan orksetra and koir mmg gempaq sangat lah.....rasa cam ...
Iswara Post at 3-6-2011 14:45



    agreed!! lagu ni mmg sesuai sgt ngn orkestra n koir. susunan muzik sgt superb, melodi yg indah ditmbh vokal hazama yg ckup hebat!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 08:03 AM | Show all posts
korang undi bebanyak ye.. aku try bntu undi time final nnt
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 08:16 AM | Show all posts
morning sume

nak paste citer mistik kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 08:18 AM | Show all posts
jeng...jeng...
Joe Lee: Kata Orang, Ada Unsur Mistik Terlibat

Salam Sejahtera kepada semua pembaca Murai,

Sudah sembilan minggu berlangsungnya sesi pengajian Akademi Fantasia musim kesembilan, dan juga tugas saya sebagai tenaga pengajar tambahan dalam melaksanakan tanggungjawab mengelolakan kelas media dan komunikasi.

Sebenarnya, sebelum itu juga saya sudah berdepan dengan pelajar-pelajar Akademi Fantasia, dengan terlibatnya dalam proses ujibakat.

Dengan masa yang dihabiskan dengan mereka yang menyimpan seribu satu harapan dalam menyertai Akademi Fantasia, saya juga rasa setiap detik pahit manis bersama dengan adik-adik saya yang berhadapan bermacam-macam kritikan setiap kali mereka gagal memenuhi harapan dalam persembahan mereka.

Memang susah untuk saya menghabiskan setiap saat bersama mereka, kerana saya adalah tempat mereka mengadu masalah peribadi, dan segala kesukaran yang perlu mereka berdepan.

Bukan semua yang boleh diceritakan.

Walaupun Akademi Fantasia dinamakan TV realiti, namun banyak lagi kisah mereka yang mungkin tidak diketahui peminat di luar.

Dalam keengganan mereka dilihat sebagai memberi alasan, ramai yang memilih mendiamkan diri untuk mengadu mengenai soal kesihatan mereka yang kadang-kadang menjadi penyebab kegagalan mereka untuk menampakkan kemampuan dan kebolehan mereka dalam persembahan masing-masing di Konsert mingguan Akademi Fantasia.

Dari minggu pertama lagi, bermacam-macam masalah kesihatan melanda. Walaupun itu, kebiasaan setiap musim, mengikut pengalaman saya terutamanya ketika bersama pihak tenaga pengajar ketika musim ketujuh, namun kali ini berbeza sekali.

Kata orang, terdapat unsur mistik yang terlibat dalam segala yang terjadi.

Benar atau tidak, saya tidak mahu fikirkan kemungkinan benda yang mengarut menjadi gangguan kepada adik-adik saya.

Tapi memang banyak cerita pelik yang sampai ke telinga saya.

Eka yang pandai menari, tiba-tiba naik bengkak kaki. Afif sebelum tersingkir sudahpun mengadu sakit gigi yang pelik berulang kali. Fina sendiri pernah hilang suara selama seminggu, manakala Hazama pula mengadu terasa pelik setiap kali mendekati waktu persembahan.

Itu belum masuk cerita Amir muntah keluar rambut, ataupun Kay yang tiba-tiba demam pelik, dan pelbagai lagi masalah kesihatan pelik yang menghantui Azri dan yang lain.

Yang tambah pelik, dengan tersingkirnya masing-masing, tuan badan mengadu yang sejurus mereka mereka mengusung beg meninggalkan Akademi Fantasia, terus keadaan mereka sihat seperti sediakala.

Sekali lagi, saya tidak ingin memikirkan yang bukan-bukan. Saya hanya ingin anggap keadaan mereka yang tertekan dengan segalanya, telah mengganggu mereka secara fizikal, kerana tiada lain alasan yang munasabah, tanpa melibatkan soal mistik dan tahyul.

Soal kesihatan menyerang tenaga pengajar juga, termasuk saya sendiri yang tidak dapat menghadiri kelas minggu ketujuh ini kerana terseliuh kaki, yang kemudian membengkak mengakibatkan saya terpaksa bertongkat seketika.

Ini realiti.

Apapun dugaan dan cabaran yang melanda, saya doakan adik-adik saya di dalam Akademi Fantasia mampu menyahut segalanya dengan penuh semangat, dan berperang habis-habisan untuk memenuhi tanggungjawab, bukan saja pada diri mereka sendiri dan demi harapan keluarga, tapi juga kepada peminat-peminat tegar yang terus menghantar biasiswa AFUNDI setiap minggu tanpa gagal untuk melanjutkan tempoh pembelajaran mereka.

Apa yang menunggu mereka di luar, jauh lagi mencabar dari situasi terkawal di dalam Akademi Fantasia dan ini cuma sesi 'memanaskan badan'.

Berbekalkan doa dan selawat, restu ibubapa, serta keinginan berjaya, tidak ada apa pun yang mampu menghalang mereka menuju puncak.

Sekian dari saya,

Joe Lee.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 08:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by alyssasarah at 4-6-2011 08:31

dari artikel mistik meh layan artikel makan hati uols..........pepagi dah makan hati cissssss kosser



Cemburu Fina dapat imuniti

         
BERTUAHNYA Fina kerana mendapat imuniti dan ini melayakkan ia menempah tiket ke final Akademi Fantasia 9 (AF9) pada 11 Jun nanti. Maknanya, untuk konsert malam ini yang juga peringkat separuh akhir, Fina tidak perlu buat persembahan.

Berbeza dengan empat rakannya, Lena, Erul, Hazama dan Azri, masih perlu meneruskan perjua�ngan untuk memastikan dapat berentap ke final seterusnya merebut gelaran juara.
Bagaimanapun, Fina tetap akan muncul malam ini menyampaikan satu lagu istimewa dan tidak memerlukan komen pengkritik. Apakah lagu yang akan dinyanyikan Fina? Adakah Fina akan berduet ataupun menjadikan minggu ini sebagai latihan untuk konsert final nanti?

Itu Kak Eton tidak tahu kerana produksi AF9 zip mulut mengenai persembahan Fina. Tapi apa yang Kak Eton dengar, Lena makin cemburukan Fina selepas rakannya itu mendapat imuniti. Kak Eton dengar Lena sampai mengamuk sebaik saja selesai persembahan dan cuba menyakiti Fina. Betulkah?


Apapun, minggu ini Lena gembira kerana diberikan lagu Badarsila (Datuk Siti Nurhaliza) kerana sudah lama mengimpikan lagu berentak mencabar, berlenggok dan membolehkannya menari. Lena juga semakin tertarik hati dengan Azri selepas pemergian Nera.


Erul pula akan menyanyikan lagu Nadiku (Sabhi Saddi) yang juga salah seorang rakan baiknya. Kak Eton difahamkan, ia membuatkan Erul lebih bersemangat minggu ini.

Kedatangan penyanyi dari Indonesia, Ressa Herlambang juga cukup menggembirakan Erul kerana Ressa banyak memberikan tips bagaimana untuk menari sambil menyanyi. Kini, Erul makin yakin akan mara ke konsert akhir.

Hazama pula membawakan lagu Angin (Dewa) dan amat menjiwai lagu ini hingga tidak sabar untuk menyanyikannya di Konsert 9. Dengarnya, minggu ini juga agak memenatkan buat Hazama kerana jadual hariannya padat dengan rakaman muzik video dan kelas.

Menariknya, Hazama juga antara pelajar yang banyak menerima hadiah dari peminat di rumah kaca. Apapun, Hazama mula merindui buah hatinya dan Hazama juga sering berselisih faham dengan Lena.


Berbeza dengan Azri kerana panik apabila buat pertama kali perlu menyanyikan lagu Inggeris, Here Without You (3 Doors Down), tetapi apabila melalui beberapa sesi latihan, Azri mulai menyukai lagu ini. Persoalannya, dapatkah Azri memberi sebutan yang betul dengan ajaran tenaga pengajar?

Kisah cinta pula, Azri tahu Lena meminatinya tetapi hanya melayan Lena sebagai seorang kawan, tidak lebih dari itu. Wah, jual mahal nampak.

Minggu ini juga, rumah kaca sentiasa dipenuhi peminat memandangkan cuti sekolah dan pelajar juga diberi pelbagai hadiah dari peminat.

Kak Eton juga ingin berkongsi berita lagu-lagu bonus yang akan dinyanyikan pelajar minggu ini iaitu Never Say Never (Justin Bieber) serta Kalau Cinta (Aliff Aziz & Joanna). Pengkritik undangan pula ialah Datuk Siti Nurhaliza.

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 09:55 AM | Show all posts
uols...camne nak pergi konsert.. iols nak pergi la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2011 11:01 AM | Show all posts
pagi2 nak tempek picca Ama
[img][/img]
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 11:06 AM | Show all posts
pelbagai gaya melepas tension...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 11:08 AM | Show all posts
2 more pages to go....cepatlah rempit...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 11:20 AM | Show all posts
jeng...jeng...
alyssasarah Post at 4-6-2011 08:18



iols taknak berprasangka buruk siape pembawa unsur mistik tuh (wpun jauh di sudut hati tu terprasangka jgk-u know who??)...tapi harap ade yg bole sampaikan kt ama mintak die semayang 5 waktu, baca quran, selawat & mohon dijauhkan dr sebarang keburukan & moga2 hasrat jd juara tu tercapai!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.133642 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list