View: 8576|Reply: 2
|
Tok Ram lah paling romantik sekali - Tok Jalal
[Copy link]
|
|
Rancangan Travelawak Projek Bapak - Bapak telah masuk Musim ke 4 .Ke manakah destinasi Bapak - Bapak pada musim ini ?Hint yang diberikan oleh trio Bapak -Bapak yang terdiri daripada Dato Ramli Ms ,Dato Jalaluddin Hassan & Roy Azman dalam rancangan Meletop Moreh yang diacarakan oleh Amira Othman & Namie semalam cuma lah "negara bermusim sejuk " .Pada musim 1 (Jepun ) ,Musim 2 (Australia ) ,Musim 3 ( Korea ,Dubai ,Hatyai ) + Projek Bapak Bapak Raya turut disertai oleh vokalis kumpulan Black Dog Bone , Jatt Ali .Walau bagaimana pun ,untuk Musim ke 4 ini ,Jatt Ali tidak dapat menyertai Projek Bapak- Bapak atas faktor kesihatan .Oleh sebab itu ,sama ada bapak baru ataupun mungkin bapak - bapak baru yang akan menyertai Projek Bapak - Bapak untuk musim baru ni yang bermula pada Jumaat 7 Mac 2025 ,pukul 9 mlm .
Dalam rancangan Meletop Moreh itu jugak ,Tok Jalal tidak melepaskan peluang untuk " membahan " Tok Ram dengan mengatakan "Tok Ram lah paling "romantik" sekali " apabila pengacara Amira Othman bertanya kepada Tok Ram ,tak rindu anak ke sebab kan shooting Projek Bapak -Bapak di luar negara & mengambil masa yang panjang .Jawapan Tok Ram ada dalam video tiktok .Memang bila dah ada anak kecik ni call pun cari anak dulu ya Tok Ram
Dato Ramli Ms & Datin Alyah telah mengambil seorang anak angkat bernama Nur Izzara pada April 2024 setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga .
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 5-3-2025 09:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Promo Projek Bapak - Bapak Musim 4 |
|
|
|
|
|
|
| |
|