View: 17814|Reply: 30
|
Faizal Hussein banyak reject offer, tak nak bawa watak tak penting
[Copy link]
|
|
Bagi tahun 2025, pelakon Faizal Hussein memberitahu dia menolak banyak tawaran lakonan yang diterima.
Menurut Faizal atau Mohd Faizal Hussein, 58, dia hanya mahu menerima watak yang mempunyai peranan penting dalam sesebuah naskhah.
"Saya hanya terima 20 peratus daripada tawaran yang saya dapat, selebihnya memang saya tolak!
"Sebagai contoh, jika watak bapa itu penting seperti dalam drama bersiri One Cent Thief saya akan terima tapi kalau setakat watak bapa biasa, saya cuba elak," katanya kepada mStar.
Bukan bermaksud menolak rezeki, sebaliknya Faizal enggan penonton berasa bosan jika dia berterusan menerima tawaran sama.
Malah aktor itu juga mahu mencabar diri melakonkan watak yang tidak pernah dibawa sepanjang kariernya.
"Saya bukan nak tolak rezeki cuma saya nak elakkan penonton merasakan lakonan saya klise.
"Sebab saya sendiri pun mahukan watak yang susah dan mencabar," jelasnya.
Sementara itu, Faizal berharap drama lakonan terbaharunya iaitu Bidaah dapat memberikan mesej positif kepada penonton.
Malah dia mengakui watak itu sukar dilakonkan kerana menggunakan dialog panjang dan perlu menghafal petikan ayat Al-Quran.
Drama bersiri Bidaah yang merupakan idea asal penerbit Erma Fatima turut dibintangi oleh Fattah Amin, Riena Diana, Marisa Yasmin, Vanidah Imran, Fathia Latiff, Fazlina Ahmad Daud, Hasnol Rahmat dan Malia Baby.
Drama 15 episod itu akan mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 6 Mac depan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dah dpt offer, reject plak.. demand jugeks.
wife heols pun dah lama tak berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia tak berlakon dia ade bisnes lain ke |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia tak berlakon dia ade bisnes lain ke |
|
|
|
|
|
|
|
Duit dah kepok x pe la nak pilih pilih job... |
|
|
|
|
|
|
|
for me ok je, nak kekalkan class dan standard. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je utk pelakon berbakat mcm faizal hussein ni demand, kang nanti mula ambik watak tak penting, kena typecast pulak, sampai bila2 dpt watak lebih kurang je |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu ketika dia pernah bercinta & bertunang dgn NA selama 7 tahun kan, nape putus ye? |
|
|
|
|
|
|
|
royyy..dulu aunty iols punya gila si roy nih tampar poster penuh bilik,.jumpa dpn last year masih segak utk yg dah berumur |
|
|
|
|
|
|
|
Elok lah dia memilih
Karang muntah plk tgk asik merogol je wataknya |
|
|
|
|
|
|
|
Nah untuk acik por merembes waktu2 moreh ni. He mmg tasty sungguh masa muda yach? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
so so je...
|
|
|
|
|
|
|
|
sis dah bertahun2 x komen apa2 forum ni..sesekali masuk pun jd SR je..tapi kali ni nak kena komen gak psl cite Bidaah ni..since sis pun masa muda2 minat pakcik Roy ni kan jd saje la tengok sikit epi 1..lgpun nmpk watak dia dlm sedutan viu tu teringat watak dia dlm movie Imam dulu..sekali tgk geli geleman la ada scene dlm bilik yg tak sepatutnya ada..tah pape la..seolah2 memburukkan imej islam je..bongok betul |
|
|
|
|
|
|
|
chandrahusin replied at 7-3-2025 09:02 PM
Elok lah dia memilih
Karang muntah plk tgk asik merogol je wataknya
Macam ahli geng roy yg sorang tu ke?
Oh peperiksaan..  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada punca pendapatan lain ... pasif income misalnya .. bolehlah tolak2 Roy. |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 8-3-2025 01:57 AM
Macam ahli geng roy yg sorang tu ke?
Oh peperiksaan..
Tau takpe
Tak silap diorg ni bkn ada kena mengena ke?
Sepupu ke apa ke
Oh by the way..
Aku tinggal sama area dgn Faizal ni kat Gombak
Faizal pun asal dr sini |
|
|
|
|
|
|
|
sbb dia bleh demand la dia demand tu..cer kalu x byk offer, mesti sauk jugak apa yg dtg..tapi syok jgk dgr citer gini kan..asyik dgr retis veteran terpinggir je.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan, kat mata iols nampak arwah ayah dia masa muda mcm lagi hensem dari dia..tgk lam citer Nasib Do Re Mi tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|