View: 29989|Reply: 11
|
[Dunia]
Lelaki saman pawagam tayang terlalu banyak iklan
[Copy link]
|
|
NEW DELHI – Seorang lelaki menerima pampasan lebih 17,423 rupee (RM890) daripada pengurusan sebuah pawagam di India kerana menayangkan terlalu banyak iklan sebelum tayangan filem bermula, lapor agensi berita United Press International semalam.
Abhishek M R, 31, menyaman pawagam PVR INox selepas tidak berpuas hati dengan pengalamannya ketika menonton filem Sam Bahadur pada 26 Disember 2023.
“Filem itu seharusnya tamat pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) tetapi ia ditangguhkan sehingga 7 malam (waktu tempatan).
“Filem itu juga didahului oleh dua pengumuman perkhidmatan awam serta 17 iklan, menyebabkan saya terlepas daripada panggilan kerja yang telah dijadualkan,” kata Abhishek.
Menurut Abhishek, dia menuntut pampasan sebanyak 47,650 rupee (RM2,400) untuk perdagangan tidak adil, 4,966 rupee (RM250) bagi gangguan mental serta 10,018 rupee (RM510) bagi kos guaman.
Suruhanjaya Penyelesaian Pertikaian Pengguna Bengaluru membenarkan Abhishek menerima pampasan 20,907 rupee (RM1,100) dan 8,015 rupee (RM410) untuk kos guaman.
“Masa dianggap sebagai wang dan sangat berharga. Duduk sambil menonton iklan yang tidak diperlukan selama 20 hingga 30 minit adalah lama.‘
“Orang yang memiliki jadual padat tidak ada masa untuk dibazirkan,” tambahnya. – AGENSI
Sumber: Kosmo! Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah tu kenapa tak kuar je dah tahu lambat lg habis |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia pun sama.Punyalah banyak iklan dan pesanan khidmat masyarakat sebelum tayangan |
|
|
|
|
|
|
|
tak nak saman ke

klu iol bila nk tgk wayang time btl2 free
xde setting nk jumpa org ke ape right after the movie
dan iol ok je iklan pnjg sbb kdg ambik masa sikit nk cari parking
jd sempat la smpi cinema sblm mula
plus layan je tgk iklan dgn teaser filem2 baru
kot menarik blh next visit plk
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh saman asteruk jugak nih, byr bulan2 utk tengok iklan |
|
|
|
|
|
|
|
hebat..cemana dia boleh justify tu sampai hakim pun bagi dia menang.
tapi yelah banyak nau iklan berderet. dekat 20 minit extra menengok iklan je. aku bayar nak tengok movie bukan tengok iklan..masuk lambat dah gelap teraba2. masuk awal kena hadap iklan pulak..haih
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm ada je idea ..
boring2 x de duit saman ..
kita pun byk gak iklan.. boleh dpt idea pi saman pawagam nie.. hahah |
|
|
|
|
|
|
|
cikdot replied at 6-3-2025 10:46 AM
hebat..cemana dia boleh justify tu sampai hakim pun bagi dia menang.
tapi yelah banyak nau iklan ...
Tau takpa
Kalau takde iklan ntah2 kita dapat tiket lagi murah tak |
|
|
|
|
|
|
|
makin mahal la kot sis. dia dapat income dari iklan juga. kurang iklan makin banyak la dia nak cover untung. macam astro. bayar pun still kena nengok iklan juga..huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
cikdot replied at 6-3-2025 11:31 AM
makin mahal la kot sis. dia dapat income dari iklan juga. kurang iklan makin banyak la dia nak cov ...
Betul jugak
Iklan yang bayar deolss |
|
|
|
|
|
|
|
haha hebat pridavan skang |
|
|
|
|
|
|
| |
|