Edited by JoyahMengayah at 6-3-2025 03:09 AM
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyerahkan notis niat bagi penggantungan lesen kepada stesen radio Era FM susulan insiden tiga penyampainya yang disyaki mempersenda tarian kavadi Hindu dalam satu rakaman video.
Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan pemegang lesen diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan maklum balas sebelum sebarang keputusan diambil.
Menurutnya, SKMM juga akan mengemukakan kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya esok berhubung video itu yang dimuat naik ke akaun TikTok milik stesen radio itu.
“SKMM telah memanggil pengurusan tertinggi Astro semalam dan satu kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan selepas pindaan akta.
-Free Malaysia Today
|