|
RAMADAN semestinya menjadi bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.
Bukan sekadar dapat meraih pahala menjalani ibadah puasa, waktu berbuka puasa dan sahur bersama ahli keluarga juga antara momen indah ketika Ramadan.
Namun bagi seorang isteri, dia berasa sedikit terbeban setiap kali tibanya waktu sahur kerana perlu mengejutkan suaminya.
"Dalam rumah tangga kenapa kena layan suami macam anak-anak? Kena ingatkan tanggungjawab kerja-kerja rumah.
"Dan sekarang Ramadan, kena kejutkan suami bangun sahur," soalnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Namun katanya, situasi suami perlu dikejutkan seperti kanak-kanak untuk bangun sahur tidak berlaku dalam rumah tangganya.
"Bukan dalam perkahwinan saya. Sebabnya, saya ni sejenis keras. Kalau kejut sekali tak bangun, bukan masalah saya lagi.
"Saya akan lihat suami sedang tidur sambil saya menikmati minum air coklat panas. Kami sama-sama dewasa," ujarnya.
Menurut wanita itu, suaminya adalah seorang yang senang bangun pagi dan mudah dikejut.
"Buat masa sekarang, suami saya selalu bangun bila dikejutkan. Walaupun lambat sikit, dia turun ke bawah.
"Secara logiknya, bukan saya yang kena turun naik, turun naik kejut suami, nak siapkan makanan untuk sahur lagi," ujarnya, merujuk mereka sekeluarga yang tinggal di kediaman dua tingkat.
Sebagai suami isteri, katanya, masing-masing perlu saling memainkan peranan tanpa hanya mengharapkan pasangan semata-mata.
"Perkahwinan seharusnya bukan hanya memanfaatkan satu pihak saja," katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan luahannya sambil memberikan pandangan serta reaksi masing-masing.
"Samalah. Nak suruh kita kejut empat, lima kali turun naik tangga tu maaflah. Nak bangun, bangun tak nak bangun sudah. Perut masing-masing. Banyak lagi ladang pahala cara lain boleh kutip, tak payah nak manjakan sangat. Lama-lama letih kita.
"Layan suami seperti raja. Tak ada siapa suruh layan suami macam anak. Ataupun meh aku kejutkan suami kau bangun sahur nak?
"Apa akan jadi kalau sebaliknya? Suatu hari, dia bangun awal untuk sahur dan kejut awak sekali je tapi awak tak bangun, bangun. Kemudian dia biar je awak tak sahur dan dia makan sahur, tengok awak tidur sambil minum air coklat panas?
"Berbakti dekat suami, niat dapat pahala. Awak harap dia layan awak macam permaisuri tapi awak layan dia sebaliknya. Dia suami awak, pasangan hidup awak, bukannya anak-anak. Awak patut hormat suami," demikian antara komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|