CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13696|Reply: 28

[Tempatan] Lain semua tak solat- Staf baru kena pecat, alasannya sebab solat lama sangat

[Copy link]
Post time 6-3-2025 12:53 PM | Show all posts |Read mode


Perkongsian oleh seorang pengguna media sosial baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila dia mendedahkan dirinya baru dipecat majikan atas alasan mengambil masa yang lama untuk menunaikan solat.

"Baru pertama kali kerja tapi kena pecat sebab 'solat lama sangat'. Bos tak kasi warning, terus pecat je," tulis seorang wanita.

Tidak berkongsi lebih lanjut mengenai syarikat tempatnya bekerja, individu berkenaan meyifatkan tindakan majikannya keterlaluan apatah lagi langsung tidak mendapatkan penjelasannya terlebih dahulu.

"Saya solat kurang daripada 20 minit untuk setiap waktu. Nak tanya kakak-kakak, kira lama ke saya solat? Logik ke dipecat sebab ini?

"Staf lain ada yang Islam tapi saya tak pernah nampak mereka pergi solat selain solat Jumaat," luahnya lagi.

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Namun rata-ratanya menyarankan supaya individu tersebut mengambil tindakan undang-undang kerana layanan majikan yang tidak adil, terutama sekali apabila melibatkan urusan solat.

"Kesiannya. Tak lama pun 20 minit untuk female. Itu standard la. Nak pakai telekung bagai, pakai tudung balik... memang makan masa.

"Saya sedang hadapi situasi ini. Staf lain tak solat jadi mereka bising saya ambil sedikit masa untuk solat. So terpaksa solat satu hujung waktu dan after masuk another waktu terus solat.

"Pergi pejabat buruh terus. 20 minit tu tak lama. Saya kerja office, lelaki cuma pergi solat Jumaat je, jadi bos bukan Islam tak tahu dan tak cakna sangat pasal waktu solat yang wajib," demikian antara komen netizen.

Sebagai maklumat tambahan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ada mengeluarkan garis panduan menunaikan solat dalam waktu kerja untuk dijadikan rujukan pekerja dan majikan.

Garis panduan itu menyatakan, pihak majikan hendaklah memberi pelepasan kepada pekerja yang beragama Islam untuk menunaikan solat iaitu sekurang-kurangnya 20 minit bagi waktu solat, dan sekurang-kurangnya satu jam 30 minit untuk solat Jumaat.

Ia turut menyebut, pelaksanaan kewajipan seseorang pekerja beragama Islam untuk menunaikan solat boleh diselaraskan oleh majikan mengikut kesesuaian waktu rehat.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2025 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 6-3-2025 01:11 PM

Syarikat apa tuu. Klau ada lunch time blh solat time tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
I cuma nak ckp islsm itu mudah...klu co tekankan soal masa...10 min tu dah ckp utk buang air..ambik wudhu dan solat...x pyhlah ambil masa lama utk mekap tapi kata solat. Itu menipu namanya or kata nak solat tapi tdo kat surau..you yg buat non muslim pandang serong..cuba jgn timbulkan fitnah pd agama
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 6-3-2025 01:28 PM
I cuma nak ckp islsm itu mudah...klu co tekankan soal masa...10 min tu dah ckp utk buang air..ambik  ...

iols somehow agree dengan uols..dah tahu bekerja dengan non muslim, solat jangan buang masa

lunch hour 1 jam, lepas makan boleh terus solat..asar kalau masih kat opis lama mana nya nak solat..ramai yang jenis combine zohor asar sekali..asar masuk 4.45 tapi seawal pukul 4 pakat penuh kat surau konon nak tunggu asar sekali..dah buang 45 min kat situ..lepas solat baru nak pakai tudung segala..ingat la ye, kerja tu ibadat jugak bukan solat semata
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 02:45 PM | Show all posts
Depends who you ask. Ko tanya orang Islam ofkos lah akan kata 20 min tu sekejap. Sholat kot, lagi lama lagi afdhal. Tapi ini company kapitalis.

20 minutes away from work while all your other colleagues berhempas pulas kena screw adalah sangat lama.

Cari kerja gomen ja lah dek atau company bumi.


nota kaki : aku assume semua yang diceritakan tu betul la especially bab 20 minit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 02:50 PM | Show all posts
"Staf lain ada yang Islam tapi saya tak pernah nampak mereka pergi solat selain solat Jumaat," luahnya lagi.
Bila dia sebut gini, iols dah sus dia kena pecat sbb benda lain.  Dah tu nak cakap orang lain tak solat sbb tak pernah nampak tapi yg lelaki boleh lak majikan kau benarkan gi solat jumaat?  Lagi lama kut solat jumaat tu, boleh lak majikan ok je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2025 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia solat apa time tu?

Kalau kata zohor kan ke boleh buat waktu rehat sejam tu.

Kalau kata asar, boleh buat waktu habis keje, atau balik buat kat umah je kalau sempat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 03:02 PM | Show all posts
20minit tu lama untuk solat! kalau nk solat lama2 mcm tu, sila korbankan masa 'lunch time' anda!  lunch time kan sejam...so 20mins for zohor, 20mins for asar.  cukup!  ni tak...nkau nak luntime tak kurang sejam, lepas tu nkau nak solat pulak lebihkurang 20mins!  melampau.  yes, saya muslim, dan, saya juga solat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2025 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Solat waktu rehat lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 03:15 PM | Show all posts
i syak dia sejenis solat lepas lunch hour. Kalau during lunch hour xde siapa nk kisahkan.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 03:19 PM | Show all posts
20 minit rasa nya reasonable for women...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 03:31 PM | Show all posts
Bos tak kasi warning, terus pecat je," tulis seorang wanita.

Pergi report pejabat buruh on ground constructive dismissal...majikan mana bole senang2 buang org, ada procedure majikan kena follow.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 6-3-2025 03:42 PM

laa siannya..
lama sgt ke.i kdg lama jgk kt surau
mcm i akan pergi surau kul 4.20 cmtu...sampai 5 lebih sbb smbg zhr n asar terus....
kdg tu terlajak sampai 5 lebih dk borak ngn akk security..masuk ofis je angkut beg balik..
TL i xckp pape sbb she xsolat..dlm dept i..i sorg je solat
so sbb tu kot i mengular lama pun diam je semua..
diam sbb xnk ckp psl hal solat ke apa ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 03:43 PM | Show all posts
20 min for female aku rasa ok dah tu...
pi surau...buka tudung...buka stokin..buka sarung lengan....amik wuduk..solat.. lepas tu...pakai tudung..pakai stokin...pakain sarung lengan...naik opis..  ni x makeup...klu makeup lebih lagi rasanya..sbb ada step nak cuci makeup and pakai balik makeup...boleh pi 30min++

biasa dlam 20-30min... tgk jarak surau dgn working area juga....
kalu sama level dlm 15-20 min.. considered x pakai makeup...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 03:53 PM | Show all posts
20 minit solat lama tu nyaaahhh...org solat 6 minit jer nyah oiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 03:53 PM | Show all posts
mohon report labor office la. kalau betul apa yg diceritakan, memang bodo sangat laimmediate termination gini. at least bagi la warning dulu ke apa. kampeni gini tah2 epf deduct tapi tak carum pun agaknya, offer letter pun mau 1 page je..apa details pun takdo..kalau kena rasakan la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2025 04:51 PM | Show all posts
saya rasa pekerja ni tak cerita dgn telus.  mesti ada kes lain yang dia tak ceritakan.  lagi satu, kalau dah tahu solat ambil masa 15-20min, silalah guna waktu lunch.  adjustkan waktu lunch untuk solat zohor.  dan solat asar dulu selepas habis waktu pejabat, sebelum balik rumah. ni tak, lunch sejam, solat zohor asar 40minit....nkau dah ambik waktu pejabat selama 40 minit tu!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 04:52 PM | Show all posts
SedihPedih replied at 6-3-2025 03:15 PM
i syak dia sejenis solat lepas lunch hour. Kalau during lunch hour xde siapa nk kisahkan.

ye!  saya rasa pun mcm tu!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kena menapak agak jauh nk ke surau tu ok la 20 minit.
Tp kalau dekat je surau tu patut 10minit dah cukup.
Berpada2 la guna mekap pon. Dah tau bekerja pastu kena solat takyah la guna mekap waterproof, known nk remove cuci segala ambil masa lagi2 yg jenis mekap berkati2. Gunalah mekap mesra wuduk mudah tanggal jimat masa.
Kita ni muslim jgn sampai non muslim pandang serong kita curi masa bekerja utk solat (personal matter).
Belum lagi gabung solat zohor+asar dah berapa minit meja you kosong unattendent?..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 05:06 PM | Show all posts
...dan amboiiiii...sedap2 mulut je cakap pekerja2 lain tak solat!  nkau tu sebenarnya yang terlebih nak tunjuk islamik kan!  org lain tu entah2 solat time lunch, or solat dalam 7min jah.  nkau tu yg suka canang buat ibadat kan!  org lain senyap2 jah depa tu solat....huhhh...dasar .....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 06:13 AM GMT+8 , Processed in 1.700660 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list