|
TIADA yang lebih mengujakan bagi ibu bapa menjelang perayaan selain dapat menggayakan anak masing-masing dengan busana raya yang menarik.
Maklumlah setahun sekali, baju raya yang selalunya menampilkan busana tradisi tampak menarik apabila dipakaikan pada kanak-kanak.
Bagi pereka pula, musim perayaan juga antara detik dinantikan apabila dapat menghasilkan busana yang boleh digayakan kanak-kanak.
Dari segi luaran nampak mudah, tetapi hakikatnya dalam menghasilkan busana raya untuk kanak-kanak, pereka perlu peka keperluan selain memahami tema dan padanan sesuai dengan imej mereka.
Menurut pereka busana kanak-kanak, Nik Mohd Hafiz Muhamad @ Afandi, selain merujuk trend terkini, dia gemar bereksperimen dengan memberi sentuhan moden pada busana tradisi.
"Musim perayaan, nostalgia dan sentimen memainkan peranan penting dalam rekaan busana raya termasuk untuk kanak-kanak.
"Raya tahun apa pun, kecenderungan pereka fesyen terarah kepada busana tradisional.
"Potongan busana lama seperti kebaya, baju kurung, baju kurung Kedah, baju kurung Pahang dan busana dari lain-lain negeri masih menjadi rujukan pereka fesyen.
"Busana raya untuk kanak-kanak juga mengekalkan konsep potongan tradisional kerana itu kebiasaan dalam masyarakat kita.
"Apatah lagi busana tradisional dikatakan menonjolkan sisi ayu dan segak pemakai, ia kekal menjadi menjadi pilihan utama sebagai busana raya," katanya.
Tambah pereka berusia 39 tahun itu, perkara yang membezakan ialah kreativiti pereka untuk menghidupkan rekaan lama.
"Apabila pereka fesyen termasuk saya mahu memberi nafas baharu kepada gaya lama, elemen moden dimasukkan untuk memberi pembaharuan kepada rekaan busana terbabit.
"Contohnya potongan kebaya, saya akan masukkan elemen moden iaitu gaun labuh dalam rekaan busana terbabit.
"Peralihan dapat dilihat daripada konsep tradisional atau gaya klasik konvensional kepada sesuatu yang lebih moden dan segar.
"Konsep ini juga dikenali sebagai tradisional kontemporari antara gaya busana yang bakal popular untuk pilihan gaya tahun ini," katanya.
Menjengah idea tradisional kontemporari untuk rekaan busana raya kanak-kanak kata Nik Mohd Hafiz, dia menyesuaikan corak atau motif digunakan mengikut zaman dan usia.
"Busana tradisional yang saya pilih biasanya mudah digayakan kanak-kanak ketika beraya.
"Perincian manik yang terdiri daripada bunga tiga dimensi, manik mutiara dan manik 'chunky' untuk menampakkan busana lebih mewah serta menarik apabila digayakan kanak-kanak," katanya.
Pemilihan material busana antara aspek lain yang ditekankan pereka itu apabila menghasilkan busana raya untuk kanak-kanak.
"Saya menggunakan material seperti opel, songket, kapas, renda dan kain sutera. Cabaran dalam menyiapkan busana terletak pada jenis rekaan.
"Malah saya turut memilih rekaan ringkas dan selesa untuk majlis perayaan. Rekaan yang dipilih memiliki ciri-ciri mudah dipakai selesa dan senang bergerak.
"Tidak hairan material aspek dinilai ketika memilih ciri-ciri selesa dan tidak panas dalam rekaan busana raya untuk kanak-kanak," katanya.
Menurut pereka itu juga, warna dijangka popular bagi raya tahun ini ialah warna merah keunguan (burgandy), perang dan warna pastel antara warna menjadi pilihan ramai orang dalam busana raya.
"Mengenai pilihan warna, ada juga jangkaan warna merah keunguan antara bakal mendapat permintaan ramai bagi tahun ini.
"Warna lembut seperti pastel juga antara pilihan selamat. Boleh serlahkan pemakaian warna polos itu dengan penggayaan aksesori yang ringkas.
"Saya akan memilih aksesori seperti subang dan gelang tangan potongan ringkas serta tidak terlalu besar untuk digayakan ketika beraya," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|