View: 10058|Reply: 13
|
[Tempatan]
Ingat nak tolong peniaga sendu di bazar, rupanya memang makanan semua hauk!
[Copy link]
|
|
Bazar Ramadan sering menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa, tetapi kualiti dan harga makanan kerap menjadi isu.
Demikian juga pengalaman wanita ini yang membeli kuih daripada seorang peniaga warga emas di sebuah bazar.
Menurut wanita tersebut, ketika dia singgah ke gerai pakcik itu masih banyak kuih yang belum terjual kerana kurang mendapat sambutan pelanggan.
Bagaimanapun, dengan niat untuk membantu dan menyokong peniaga kecil, dia membeli empat jenis kuih yang dijual.
"Saya pergi la beli dekat bazar dia. Saya fikir air tangan orang tua mesti sedap. Kuih murah empat ketul RM2 je.
"Masa berbuka, saya makan la kuih dia. Patut la tak ada pelanggan (membeli).
"Kuih ketayap inti hanya hampas kelapa, kuih limas dan inti popia pula basi dan kuih gelang keras 'kejung'," ujarnya.
Berdepan situasi itu, persoalan timbul dalam dirinya sama ada dia patut kembali ke gerai pakcik itu keesokan hari untuk memberitahu mengenai kualiti kuih-kuih yang dijual.
Sebagai pelanggan, dia beranggapan mungkin peniaga itu tidak sedar tentang rasa atau kualiti kuih yang dijual memandangkan tidak ramai pelanggan membeli.
Selepas hantaran itu tular, ramai netizen tampil memberikan pandangan mencadangkan agar wanita tersebut menegur peniaga itu secara baik.
Menurut pengadu, dia berharap tegurannya itu boleh membantu pakcik itu memperbaiki resipi dan kualiti kuih jualannya demi kebaikan bersama.
"Serba salah juga sebenarnya (nak tegur). Risau dia tak boleh terima feedback (maklum balas). Bukan nak cakap kuat-kuat pun, nak tegur slow-slow. Harap pakcik tu okay la.
"Rasa serba salah. Tapi kena bagitau juga la kan. Mungkin dia jual kuih yang semalam ke apa. Kasihan tengok sebab orang tua yang niaga tapi kalau tak bagitahu dah macam aniaya pembeli je," katanya tanpa memaklumkan lokasi bazar Ramadan.
Ada juga warga maya yang mencadangkan supaya teguran dibuat secara tidak langsung, seperti menulis surat kepada peniaga tersebut sekiranya dia tidak berani bersemuka.
"Kalau tak berani nak berjumpa dia secara berdepan, tulis surat hantar dekat dia. Entahnya dia cuma tolong jualkan kuih orang je.
"Cakap baik-baik. Kata dengan pakcik tu, pakcik berniaga bukan ikut sedap hati, tapi nak masuk poket. Kalau sedap hati poket tak sedap, sia-sia sahaja.
"Pak cik buat R&D (research and development) dalam dua hingga tiga hari dulu lepas tu jual balik dekat sini. Kalau tak nak terima, kubur masing-masing," antara komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Masih dapat menahan diri dr jejak ke bazar ramadan.
Iols beli murtabak dan lauk pauk dkt kedai makan area rumah.
sah2 la dh tau sedap  |
|
|
|
|
|
|
|
Seperkara nak tanyalah. Skr ni pbt yg keluarkan lesen adakan aturan ketat iaitu lesen hanya diberikan kpd peniaga asli, yg benar2 mau meniaga dn bukan dialibabakan.
Berbalik kpd soal mak cik/pak cik yg meniaga tu, adakah lesen itu atas nama mereka atau nama siapa sebenarnya. Kuih tak sedap yg dijual, mungkin saja mereka penjual sahaja sedangkan yg membuat kuih2 trs adalah pihak lain. So, tak adil pakcik/makcik dipersalahkan ttng kualiti makanan yg dijual. Tapi kalau mereka sendiri yg masak/buat, memang kena perbaiki lagilah kualiti kuih-muihnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga kena bertanggung jawab lah barang yang dia jual. Apa pulak tak adilnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 6-3-2025 07:35 AM
Bazar paling sedap di KK meols discover adelah bazar Hospital Likas yang kat tengah2 bangunan tu yang berapa kerat payung ja niaga tu tapi boleh tahan sedap2 suma makanan. Kecuali air balang. Don't buy. Gaya Street ka Kg Air ka Menggatal ka Inanam ka mana2 punya bazar suma lauya ja makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
i teringin nk mkn popia pedas..bkn yg basah tu..yg tu lembek..i ingt thn lps salah beli..xsdp..
btw mmg betul pun org pilih gerai yg ramai org beratur |
|
|
|
|
|
|
|
sila la beli dgn peniaga atau kedai yg biasa beli utk elak nanti komplen serba tak kena di bulan posa nih… |
|
|
|
|
|
|
|
sapa suh hegeh2 nk tolong
lantak la sana dorg
kau pun beli pape bercatu simpan duit
sebok nk tolong peniaga tamak lak |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 6-3-2025 03:39 PM
i teringin nk mkn popia pedas..bkn yg basah tu..yg tu lembek..i ingt thn lps salah beli..xsdp..
btw ...
Popia sira ka?
Buat la sendiri.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
ya btol..
beli kat yg biasa beli
kat tempat yg biasa beli ni berniaga sepanjang tahun
mgkn kat bazar Ramadhan
ada peniaga yg baru pes time buat makanan n jual makanan
tu mgkin x sedap n mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya fikir air tangan orang tua mesti sedap.
Takdanya dia buat kuih tu sendiri.
Skrang kuih2 yg pack 4 piece tu vendor yg distribute kat gerai2. Most probably pakcik ni cuma reseller aje |
|
|
|
|
|
|
|
i tak pegi pasar ramadan, tapi hb selalu bawak balik 2,3 biji kuih kat masjid yang tak laku… ada sekali tu , nampak luaran macam sardine roll yang buat drp roti celup telur tu.. sekali je bila makan, rerupanya memang roti digelek & celup telur, tapi isi letal mihun, probably ambik dari esbok jualan semalam punya tak habis sorry i tuduh yang leftover sbb apa jenis kuih pun tak tahu la. Mihun goreng letak dalam roti? Haih, memang lah tak sedap
i malas ikut hb & anak2 lelaki buka kat masjid.. hari2 hb masak nasi putih & lauk bawak pegi masjid utk potluck, so i kat rumah buka sorang2 apa2 je yg ada. Stakat ni memang tak pegi pasar ramadan, dah byk tahun. Kalau masih lapar, lagi prefer pegi kedai yg kita biasa pegi utk dinner masa hari bukan ramadan, pegi lepas terawih |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 6-3-2025 01:40 PM
Seperkara nak tanyalah. Skr ni pbt yg keluarkan lesen adakan aturan ketat iaitu lesen hanya diberik ...
Siapa yg jual, dia lah yg responsible |
|
|
|
|
|
|
|
So in that case, boleh je beritau makcik seller tu kuih yg dijual tak berkualiti dn minta dia khabarkan kpd supplier to improve the quality. Kekadag tu terdapat inti kuih masin! Air pun sangat manis, kena pula tambah air putih sendiri di rumah n finally spoil the taste. However, I cuma beli air tebu je, air2 juice yg lain buat sendiri.
Rata2 harga makanan semua naik. Satu bekas hidangan mi/soto/laksa kalau dulu Rm5/, skr dah naik Rm7/. Martabak S'pore, kecil RM11, besar Rm15/ sedangkan thn dulu RM8 n Rm10/ je. Kalau maintain harga lama, kuihnya pula jadi kecik molek je.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|