CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4156|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penduduk kesal pihak buang 100 bangkai babi dekat Bukit Pelandok

[Copy link]
Post time 7-3-2025 09:09 AM | Show all posts |Read mode


BANGKAI babi dianggarkan sebanyak 100 ekor yang dibuang di tanah persendirian di kawasan Pig Farming Area (PFA). FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Isu 100 ekor bangkai babi yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di tanah persendirian di kawasan Pig Farming Area (PFA) dekat Bukit Pelandok sukar diterima, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Pelandok, Teng Mee Chong.

Beliau berkata, pihak terbabit perlu mengambil tindakan untuk memastikan bahawa pembuangan bangkai haiwan itu dilakukan dengan cara yang betul.

"Pembuangan bangkai babi yang tidak terurus ini menimbulkan risiko kesihatan bagi masyarakat setempat terutamanya di Bukit Pelandok.

"Paling saya tidak dapat menerimanya apabila penduduk kampung mengadu mereka tidak selesa dan secara tidak langsung ia membahayakan kesihatan penduduk khususnya di Kampung Bukit Pelandok," katanya ketika ditemui.

Katanya, bangkai babi ini dipercayai dari negeri jiran dan pihaknya menerima aduan daripada penduduk di Bukit Pelandok serta sekitarnya yang terkesan dengan isu ini.

"Penduduk Kampung Baru Site A mengharapkan isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin bukan sahaja bau busuk tetapi bimbang wabak penyakit yang tersebar membahayakan semua orang.

"Kawasan ini yang terletak berhampiran Kampung Baru Site A yang sebelum ini dilaporkan kes sama berlaku satu ketika dulu hinggakan ramai yang terkesan isu JE akibat wabak penyakit yang melanda satu ketika dahulu," ujarnya.

Teng berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan agensi penguat kuasa bagi mengekang kejadian itu berlaku berterusan.

"Saya percaya pihak berwajib khususnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Sembilan dan polis memberi perhatian insiden ini dengan penguatkuasaan dengan mengambil lebih tegas apa yang berlaku di kawasan Bukit Pelandok.

"Saya hairan bagaimana pemilik tanah boleh memberikan kebenaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab hinggakan tanah mereka dijadikan tempat pembuangan bangkai babi," katanya.


Disiarkan pada: Mac 7, 2025   sumber : hmetro


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.135509 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list