CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2677|Reply: 4

[Tempatan] AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2, 7 April ini

[Copy link]
Post time 7-3-2025 11:30 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, ia bertujuan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi berikutan meningkatnya permintaan terhadap perjalanan dan mempertingkatkan lagi pengalaman penerbangan secara keseluruhan.

"Walaupun Lapangan Terbang Subang adalah mudah, terutamanya kepada penduduk bandar, pembangunan semulanya untuk menyokong pertumbuhan masa depan akan mengambil masa.

"Dalam pada itu, AirAsia akan menggabungkan operasinya di KLIA T2 bagi mengoptimumkan kecekapan operasi dan meningkatkan pengalaman tetamu secara keseluruhan," katanya.

AirAsia juga berkata, dengan jumlah penumpang antara Kuala Lumpur dan destinasi-destinasi utama seperti Kota Kinabalu dan Kuching meningkat secara ketara melebihi 16 peratus dari tahun ke tahun, penggabungan operasi domestik di KLIA T2 akan membolehkan syarikat penerbangan itu menampung penambahan trafik dengan lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata, infrastruktur di KLIA T2 lebih sesuai untuk memenuhi keperluan penerbangan sambungan berskala besar, terutamanya pada waktu puncak perjalanan.

"Ia juga menyediakan kapasiti yang diperlukan untuk pertumbuhan berterusan apabila kami menambah lebih banyak penerbangan bagi memenuhi permintaan tinggi ke Sabah dan Sarawak," katanya.

Bagi memastikan peralihan yang lancar, beliau berkata, syarikat penerbangan itu akan terus beroperasi dari Lapangan Terbang Subang sepanjang minggu sambutan Hari Raya untuk memenuhi permintaan sedia ada.

Ini membolehkan majoriti tetamu yang melakukan perjalanan sempena musim perayaan itu menikmati kemudahan berkenaan sebelum peralihan sepenuhnya ke KLIA T2.

"Sesi perundingan positif dengan konsortium Gateway Development Alliance (GDA) juga memastikan peralihan ini sejajar dengan pembangunan infrastruktur yang lebih baik serta matlamat ketersambungan jangka panjang," katanya.

AirAsia memulakan operasinya di Lapangan Terbang Subang pada 30 Ogos, 2024 dengan memperkenalkan dua laluan iaitu Kuching dan Kota Kinabalu.


Sumber: Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2025 12:05 PM | Show all posts
laaaaa.......so.....tak jadi pindah sepenuhnya ke subang ke??
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Gatal pindah ke Subang dulu ada orang letak pistol ka? Nak pindah, pindah ja lah. Alasan tu yang tak boleh belah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu sibuk nk operate dari SZB, pastu dah bg peluang xnak pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2025 08:09 AM | Show all posts
merajuk2 manja je hari tu khenz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.326771 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list