View: 3616|Reply: 61
|
[Tempatan]
Tingkat bawah Hentian Puduraya dijangka 'hidup semula'
[Copy link]
|
|
Edited by akuMNdia at 10-3-2025 12:30 PM

Kuala Lumpur: Suasana lengang di hentian bas lama, Pudu Sentral, di sini, berpotensi meriah dengan pembukaan lebih 20 premis perniagaan makanan di tingkat bawah bangunan ikonik berkenaan.
Tinjauan Harian Metro mendapati terdapat 12 gerai dibina dari zink bertema kuning ceria serta sembilan gerai kayu yang menjual aneka makanan seperti nasi kukus ayam berempah, pencuci mulut, sate, makanan barat, makanan Thai, nasi kerabu, nasi lemak dan bubur berlauk.
Selain itu, terdapat kira-kira 80 kerusi dan meja makanan tersedia untuk keselesaan pelanggan yang mahu menjamu selera di sini.
Peniaga, Zainol Kharib Mohamad, 46, berkata, kawasan perniagaan baharu itu mula beroperasi 27 Disember tahun lalu dan menyasarkan pelanggan yang terdiri daripada pekerja bank dan pejabat kerajaan berhampiran.
Katanya, dia dan peniaga lain menerima pelawaan daripada pengendali Pudu Sentral iaitu UDA Holdings Berhad untuk 'menghidupkan semula' suasana terminal bas itu.
"Sebelum Ramadan, kami beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, manakala sepanjang Ramadan kami beroperasi dari jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan cuti pada Ahad.
"Ketika baru beroperasi dulu, jumlah pelanggan tidak begitu ramai namun selepas peniaga berusaha iklankan di media sosial, orang ramai mula beri sokongan terutama pegawai bank yang berdekatan.
"Kita harap sepanjang Ramadan dan selepas Aidilfitri nanti lebih ramai pelanggan akan berkunjung ke premis perniagaan kami," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Zainol Kharib berkata, ramai pelanggan yang datang mengimbau kenangan zaman muda mereka ketika Hentian Puduraya (nama lama Pudu Sentral) menjadi pusat pengangkutan utama di ibu kota untuk pulang ke kampung masing-masing.
"Tempat ini dahulukan terminal bas tumpuan orang yang bekerja di Kuala Lumpur.
"Sejak operator bas banyak berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang dibuka pada 2010, Hentian Puduraya sunyi walaupun sudah dinaiktaraf.
"Jadi ramai pelanggan yang datang makan di sini kata mereka teringat kenangan lama menaiki bas di sini," katanya.
Sementara itu, isterinya, Wan Azmazieta Wan Hassan, 40, berkata, sebelum berniaga di Pudu Sentral, dia dan suami berniaga makanan di kantin sekolah.
Menurutnya, mereka mahu memanfaatkan peluang berniaga di Pudu Sentral bagi membesarkan dua anak yang masih bersekolah.
"Saya dan suami menjual mi sup, mi kari, laksa, mi rebus, nasi lemak, set patin masak tempoyak dan set asam pedas.
"Istimewa pada Ramadan ini, kami sediakan menu khas daripada Negeri Sembilan iaitu daging salai, tempoyak daun, rendang ayam, patin tempoyak, keli berlada dan cencaru sambal," katanya.
Disiarkan pada: Mac 10, 2025 @ 11:27am
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah ada ke yg mencemar duli mkn kat sini?
tak berabuk ke area bawah nih? |
|
|
|
|
|
|
|
wah baru tau
nnt lps raya boleh pegi cuba
|
|
|
|
|
|
|
|
wah baru tau
nnt lps raya boleh pegi cuba
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak kemas teratur dah kat bawah tu. Tatau live camna |
|
|
|
|
|
|
|
zaman masih hidup pudu ni
bau kat tempat makan ni perghhhh....
melekat weh kat baju |
|
|
|
|
|
|
|
zaman masih hidup pudu ni
bau kat tempat makan ni perghhhh....
melekat weh kat baju
harapnya pengudaraan lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
Salah Najib lah pergi tukar nama tempat tu 
Puduraya tu dah cukup iconic kot. Orang bolayan ja masih panggil Puduraya gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat zaman beratur naik bas sks tiap weekend.
bila raya beratur sampai keluar pudu tu.
paling best aku biar org potong que.. agak2 dah sampai depan nak naik bas, bitau org sks yg bertugas ada org potong que.. x memasal org tu kena keluar barisan & beratur belakan sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah la , jem. runtuhkan aje, buat parking |
|
|
|
|
|
|
|
Parking lot is the biggest culprit menyumbang kepada kesesakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kenangan betul puduraya ni. I bet majority forumers bnyk kenangan dgn puduraya ni. tak panas ke makan kat bawah tu..? |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 beli kereta dulu aku tak tau mcm mana nk ke Jalan Duta. Kt sini la aku tggu bas. Bila lalu bas nk ke utara, aku follow ja dari belakang. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak suka betul makan dlm bangunan yg berkuwap ventilation tak bagus..lagi rela makan kt gerai tepi jalan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau mana ni. Yang stesen plaza rakyat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenangan sungguh pudu ini, sekarang selalu naik terminal bas kt klia/klia2 |
|
|
|
|
|
|
|
tahanie replied at 10-3-2025 06:31 PM
Tak tau mana ni. Yang stesen plaza rakyat ke?
Bukan. Ni puduraya yg dekat dgn area kotaraya, bus station lama dulu. Sekarang jadi pudu sentral ada utc etc. Plaza rakyat tu kat hujung jln pudu lagi satu dekat pudu jail. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 10-3-2025 08:53 PM
gekkou replied at 10-3-2025 01:10 PM
zaman masih hidup pudu ni
bau kat tempat makan ni perghhhh....
melekat weh kat baju
Kalau dulu siapa yg tunggu bawah tu, memang dapat makan, tp makan asap le hahaha paling angin kalau ambil bus yg dekat midnight tp bus lambat kita terlentuk2 mengantuk tunggu bus sampai kat atas tu. Tertido kalu selamat tinggal romeo. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu hiruk pikuk ngan bas...ngan panassss giler babi |
|
|
|
|
|
|
| |
|