CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pinky_pink

TercipTa UntuKKu...-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 11-5-2011 03:53 PM | Show all posts
Reply 96# cmf_blingblings


    Oh... oke2... ni sy tros copy paste dr word masuk sini... akan di adjust ya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2011 04:06 PM | Show all posts
*******
ANUM menghempas badan di atas katil. Menjerit sekuat-kuatnya untuk melepaskan rasa di hati. Danny melampau! Danny tak kenang budi!
     Danny ingat apa yang aku buat ni saja-saja sebab nak tunjuk hebat? Aku buat ni semuanya demi untuk syarikat! Untuk kebaikan syarikat! Selama ini apa dilakukan semuanya semata-mata dicurahkan pada syarikat. Siang malam bekerja menabur khidmat hanya untuk majukan syarikat. Daripada kosong tak ada apa-apa, hingga sekarang ni dah semakin membesar dan maju. Dia tak tahu ke yang aku ni rela tak makan, tak tidur, tak cukup masa nak buat benda lain, semuanya demi untuk syarikat pengiklanan tu. Syarikat dia, bukan aku punya pun!
     “Danny jahat! Bencinya… benci! Benci! Benci!” Bantal peluk diambil dan dicampakkan mengenai pintu almari baju. Tak cukup dengan bantal peluk, dibaling pula segala patung dan kain selimut yang ada. Dicampak dan dibaling ke merata tempat. Sambil-sambil itu dia menjerit-jerit tak tentu arah. Seperti orang yang sedang mengamuk dirasuk makhluk halus. Habis bersepah dan tunggang-langgang bilik tidurnya. Dengan segala macam benda yang ada di depan mata, semuanya habis dicampakkan ke dinding dan almari. Hinggakan botol-botol perfume yang terhias cantik di atas meja solek pun habis pecah dibalingnya.
      Anum betul-betul rasa geram dan sakit hati. Tak sangka kepulangan Danny dari luar negara kali ini disambut dengan perdebatan antara mereka. Dia tidak mengerti mengapa  Danny mesti menyalahkan dia di dalam segala hal. Tahukah lelaki itu bahawa pertelingkahannya dengan Melinda adalah disebabkan salah-faham yang hanya sedikit.  Mengapa mesti Danny menyebelahi gadis cina itu dan bukannya dia? Pasal ayah, pasal abang Iqram… Danny tak faham-faham lagi ke yang hubungannya memang keruh dengan mereka selama ini. Ya, keruh dengan ayah sebenarnya tetapi disebabkan abang Iqram seringkali berpihak pada ayah, maka kerana itulah perasaan marah pada ayah tercalit pada abang Iqram sekali. Jadi kenapa Danny nak ungkit pula tentang hal hubungannya dengan mereka berdua?
      Mengenai Shamsul, mengapa Danny lebih memihak pada lelaki itu berbanding dengannya? Hei... Shamsul itu lelaki yang patut diajar! Lelaki yang patut dikenakan hukuman di atas kelancangan mulutnya dan juga di atas kritikannya terhadap segala syarat yang mahu dilakukan semata-mata demi kebaikan syarikat! Dan hukuman pemecatan itu adalah yang sewajarnya. Biar menjadi pengajaran pada yang lain. Tidak nampakkah Danny semua itu? Butakah mata Danny untuk mempersoalkan tindakannya itu?
       Bodoh! Danny lelaki bodoh yang tak tahu nak menilai. Benci Danny! Benci Melinda! Benci ayah dan benci semua orang!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 04:10 PM | Show all posts
*******
DIA termenung di jendela. Fikirannya benar-benar kusut. Ah! Persetankan itu semua. Untuk apa aku harus terus menderita memikirkan itu semua lagi? Keputusan telah pun diambil, dan seharusnya keputusan itu harus dipertahankan dengan nekad. Biarlah mereka tu semua dengan dunia mereka sendiri dan aku akan teruskan kehidupan dalam duniaku sendiri.
      Anum berjalan menghampiri meja solek. Dia merenung wajahnya di dalam cermin. Pantulan susuk tubuhnya jelas menunjukkan matanya yang membengkak kesan tangisan yang terlalu lama. Sudah dua hari dia duduk terkurung di dalam bilik. Badannya juga sudah mulai susut. Muka pucat. Akibat terlalu runsing, geram dan sakit hati, langsung dia tidak dapat menguruskan diri dengan sempurna. Makan pun tidak.
       Bila melihat diri di cermin, ada satu perasaan pula yang datang menghambat. Terasa bodoh dengan tindakan duduk berkurung sendirian begini. Seolah-olah melambangkan bahawa dia seorang yang lemah. Sedangkan selama ini dia berusaha keras untuk menjadi wanita yang kuat, tabah dan tahan lasak. Baru berhenti kerja aja dah duduk menangis macam orang bodoh? Ini yang dikatakan iron lady? Lembik!
       Anum berjalan perlahan-lahan menghampiri katil. Dia terus menghempaskan tubuh kecilnya ke tilam empuk. Perlahan dia memejam mata. Kedinginan dan keheningan malam membelai kulitnya lembut. Bunyi telefon bimbit kedengaran memecah kesunyian. Dicapai lalu mengeluh apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon.
     “Hello!” jawabnya kasar.
     “Hello… baby?”
     Berderau darah Anum. Panggilan baby dari hujung talian membuatkan dia terasa bagaikan hendak naik angin semula. Baby kunun!
     “Buat apa you telefon I lagi?”
     “Ad, dengar dulu apa I nak cakap. Dah dua hari I nak bercakap dengan you tapi…”
     “Cut the crap, Danny! I tak nak dengar apa-apa dari you lagi. I dah berhenti kerja. I got nothing to do with you anymore!”
     Terdengar keluhan berat daripada mulut Danny.
     “Baby, please… let me explain everything to you first. I tak ada niat pun nak sakitkan hati you, apa lagi nak buat you marah sampai macam ni sekali,”
     “I don’t give a damn about that and please, stop calling me baby! I hate it so much!”
     Pap! Talian diputuskan. Dicampak kasar telefon bimbit di atas katil. Menyampah! Buat apa nak telefon bercakap dengan aku lagi? Pergilah enjoy dengan Melinda tu. Dah tentu kau orang berdua suka aku tak ada dekat pejabat tu lagi. Tak adalah nak sakit hati tengok dan dengar suara aku lagi!
     Anum menghempaskan tubuh semula ke katil. Rasa bosan dan sunyi menyelinap di sanubarinya. Kalau dulu, Danny ada untuk menemaninya setiap kali ruang hatinya kosong. Melinda sentiasa setia mengisi masa-masa lapangnya hingga dia lupa apa itu kebosanan. Tapi kini…
     Matanya yang mulai berkaca ditala ke siling. Di luar, gerimis malam mula membasahi bumi seolah-olah turut sama menyatakan kepiluan hatinya saat itu.  Bosannya duduk bersedih berhari-hari macam ni…
     Ah, tak boleh jadi ni!
     Anum melompat bangun. Diseka air mata yang bertakung di kelopak mata lalu dia menuju ke almari baju. Dikeluarkan sepasang gaun putih bertali halus paras peha lalu dia tersenyum. Tak tunggu lama lagi, lantas gaun seksi itu disarung. Anum menayang tubuh di cermin. Sekali lagi dia tersenyum. Kali ini lebih lebar berbanding tadi. Rasa puas dengan keterampilan diri yang anggun dan menawan apatah lagi setelah mencolet sedikit solekan di wajah. Rambut pendek ala-ala Meg Ryan dalam cerita You’ve got mail disikat kemas. Selesai, Anum mencapai kunci kereta dan sepantas kilat meninggalkan bangunan kondominium sepuluh tingkat tersebut.
     Setelah berlegar-legar tanpa haluan, akhirnya kereta Anum berhenti di sebuah disko.  Dia melangkah masuk dan memilih untuk duduk di suatu sudut.
     Setelah memesan minuman, Anum menumpukan perhatiannya ke lantai tari. Dia leka menonton gelagat anak muda yang melonjakkan badan mengikut rentak muzik rancak yang menjadi penghias kepada suasana hangat ketika ini. Segala masalah dan kemarahan hidupnya dilupa seketika.
     “Hai! Sorang saja?” sapa seorang jejaka yang tidak dikenali.
     “Mmmm…” balas Anum tanpa memandang.
     “Boleh I ajak you menari?”
     “Sorry, I tak minat!” Anum menolak kasar.
     “Come on, buat apa datang disko kalau setakat nak duduk tengok saja!” lelaki itu masih tidak mahu mengalah.
     “Hello brother… kau pergi kacau minah lain boleh tak? Aku cakap not interested, not interested la!” balas Anum semakin kasar. Rasa geram dengan sikap lelaki yang tidak faham bahasa itu. Sudahlah datang dengan muka miang, mengganggu ketenteraman awam betullah!
     “Gadis secantik you ni tak layak duduk sini seorang diri… jom, temankan I menari,” lelaki itu terus menarik lengan Anum.
     “Let go of me!” bentak Anum, marah.
     Malangnya lelaki yang tak reti bahasa itu tak juga mahu melepaskan tangan Anum.     “Come on, girl... Let’s have fun!” katanya sambil menggengam kuat lengan Anum. Lelaki ini sudah mabuk barangkali.
     “Aku cakap tak nak, tak naklah! Lepaskan akulah… Tak faham bahasa ke?!” Anum cuba melawan tapi dia tidak mampu menentang genggaman jejaka itu yang ternyata lebih kuat. Walaupun berada di bawah pengaruh minuman keras, namun tenaganya ternyata lebih kuat berbanding dengan Anum. Apatahlagi dengan perbezaan fizikal di antara mereka. Lelaki itu fizikalnya tinggi, jauh dibandingkan dengan badan kecil molek Anum yang saiznya lebih kurang sama dengan Sheila Majid ni. Langsung tak terlawan.
     “Lepaskan tangan dia!” tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki yang datang menjerkah.
     “Kalau nak ajak menari pun tengok-tengok dulu la brother, takkan awek orang lain pun lu nak kebas!” suara itu kedengaran lagi.
      Anum menoleh ke arah lelaki yang bersuara itu. Dia lega kerana masih ada lagi insan yang sudi membantunya di saat-saat genting seperti ini.
Lelaki itu menghampiri mereka dengan wajah bengis. Lelaki yang sedang memegang pergelangan tangan Anum, dengan segera melepaskan Anum.
     “Sorry brother! Sorry! Gua ingatkan awek solo tadi,” kedengaran sedikit getaran pada nada suara lelaki biadap itu memohon maaf. Terasa cuak agaknya bila ada yang datang menyergah begitu.
     “Lain kali tengok oranglah dulu. Lu ingat awek cun macam ni tak ada orang jaga ke?!” masih dengan nada tinggi lelaki itu menempik kuat. Membuatkan beberapa pasang mata yang ada di dalam disko itu menoleh ke arah mereka bertiga.
     “Okey… Okey! Sorry!” lelaki itu angkat kedua-dua belah tangan dan cepat-cepat berlalu.
      Anum terketar-ketar. Badannya terasa seram sejuk. Benar, ini bukan pertama kali dia menjejakkan kaki ke disko. Tetapi sebelum ini tidak pernah pula perkara sebegini terjadi. Belum pernah lagi dia berhadapan dengan keadaan ditarik sesuka hati oleh lelaki asing yang tidak dikenali.
     “Miss, are you okey?” tegur lelaki itu sebaik saja kelibat lelaki biadap itu hilang dari pandangan.
      Anum tidak menjawab. Hanya terkebil-kebil memandang ke arah lelaki yang baru sahaja membantunya sebentar tadi. Lelaki ni… macam pernah tengok!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 04:12 PM | Show all posts
“Miss, you okey ke tak ni?” soalnya sekali lagi apabila melihat Anum hanya berdiri kaku.
     Anum mengangguk kecil. Perlahan-lahan dia berjalan dan duduk di tempatnya semula. Diikuti dengan lelaki itu.
     “Are you sure you ok?”
     “I’m fine!” jawab Anum sedikit menengking. Rasa rimas pula apabila berkali-kali disoal begitu. Dia menarik nafas dalam untuk mententeramkan sedikit hati.
     “Maafkan saya. Saya harap awak tak marah kalau saya cakap sesuatu,” lelaki itu bersuara perlahan sambil memandang tenang ke arah Anum.
     “Apa dia?”
     “Saya rasa tak elok gadis seperti awak masuk tempat-tempat macam ni. Lagipun, cara awak berpakaian lebih menggalakkan lelaki mengganggu awak,”
      Mendengarkan ayat lelaki itu terus saja membuatkan Anum rasa tercabar. Tiba-tiba kemarahannya meluap-luap. Eh.. eh… suka-suka hati dia ni aja nak cakap macam tu dekat aku?
     “Hei… excuse me? What I do in my life is got nothing to do with you. Siapa you nak nasihatkan I ni?”
     “Tak adalah… saya cuma ambil-berat aja –”
     “Look young man! You tak payah nak susah-susah ambil berat pasal I. Kita bukannya kenal pun. I dah besar, dah boleh jaga diri sendiri. Mind of your business!”
Lelaki itu terus terdiam mendengarkan bicara Anum yang semakin kasar.
     “Kalau you rasa diri tu baik sangat macam malaikat, buat apa you pun masuk dalam disko ni jugak? Nak nasihatkan orang, dia pun sama…” sindir Anum, tajam.
     Terus saja dia mencapai tas tangan lalu beredar dari situ tanpa mengucapkan terima kasih. Langsung tidak menunjukkan penghargaan pada orang yang telah membantunya tadi.
     “Baru tolong sekali, dah nak tunjuk alim. Ingat baik sangat?” Anum mencebik. Dikeluarkan kunci kereta lalu dia memboloskan diri ke dalam perut kereta. Dihempas kuat daun pintu, seakan melepaskan geram. Dipecut kereta selaju yang mungkin.
     Sakit hati betul! Duduk rumah bosan, keluar pun sama. Boringnya! Sudahlah dua hari terkurung dekat dalam rumah macam orang bodoh, bila keluar pula jumpa dengan orang yang berlagak pandai pulak. Entah ustaz mana yang tersesat masuk disko entah…
     Menyampahnya gila! Berlagak! Nak tunjuk alim macamlah dia tu baik sangat! Nak nasihat-nasihat orang kunun… boleh jalanlah!
     Semakin kuat Anum menyumpah-seranah lelaki tadi, semakin kuat pula dia menekan pedal minyak. Dia menyelit ke kiri kanan jalan, memotong mana-mana kenderaan yang berada di hadapan. Semakin laju, semakin sedap minyak kereta ditekan dan semakin hilang kawalan terhadap pemanduannya hingga tak sempat hendak menekan pedal break di saat lampu isyarat bertukar merah. Terus saja dia melintasi simpang yang sepatutnya dia memberhentikan kenderaan. Serentak dengan laluan kereta di persimpangan bertentangan.
      Streeeeeeeeeeeeeetttt….
      Anum menekan break kereta sekuat-kuat hati. Terhuyung-hayang keretanya apabila cuba untuk mengelak dari bertembung dengan sebuah pick up 4x4 Hilux dari arah hadapan. Terus saja dia membelok ke tepi dan keretanya berpusing 360 darjah sebelum berhenti betul-betul di bahu jalan.
     Pinnnn!!!!
     Terdengar bunyi hon yang kuat dari kereta tersebut. Kelihatan seorang lelaki cina mengangkat tangan dan terkumat-kamit mulutnya berkata sesuatu.
     “Hoi! Mau mati ka?!”
      Dengan wajah bengis lelaki itu melepaskan rasa marah. Walaupun tingkap kereta Anum ditutup rapat, namun masih lagi jelas kedengaran kata-kata tersebut dilaungkan kepadanya. Kuat betul orang tu menjerit melepaskan rasa tidak puas hati di atas kelalaiannya memandu. Berkerut-kerut dan bengis sekali wajah lelaki itu kelihatan.  Tengok muka pun dah tahu tengah marah gila. Mahu tak marah, kalau bertembung tadi, boleh jadi arwah malam ni jugak!
      Anum hanya mampu mengangkat tangang tanda memohon maaf. Tak boleh langsung nak bersuara kerana masih lagi dikuasai dengan perasaan terkejut. Lantas pick up Hilux putih tersebut meluncur berlalu pergi. Meninggalkan Anum yang tercungap-cungap menahan nafas.
      Astaghfirullah  Al- Azim...
      Anum beristighfar. Berulang-ulang kali dengan degupan jantung seratus kali berdegup lebih kuat. Serta-merta dia diselubungi dengan rasa takut. Menggigil-gigil tangannya memegang stering kereta. Dipejamkan mata lalu menarik nafas sedalam-dalamnya. Nasib baik… nasib baik tak bertembung dengan kereta tadi. Jika tidak, nescaya boleh melambung keretanya ni. Dan jika itu berlaku, silap-silap haribulan boleh melayang terus nyawanya.
     Sekali lagi dia beristighfar. Memanjatkan doa kerana masih dipanjangkan usia. Terus saja dia mengucap kalimah dua syahadah. Memikirkan tentang usianya yang masih lagi dipanjangkan. Kalaulah keretanya bertembung sebentar tadi, kalaulah dia mati tadi, kalaulah…
      Astaghfirullah Al-Azim…
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:32 AM | Show all posts
wah Anum....... ikut kata hati... mati lah jawabnya... bilalah Anum nk sedar nie????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 11:38 AM | Show all posts
wah Anum....... ikut kata hati... mati lah jawabnya... bilalah Anum nk sedar nie????
naufal2705 Post at 12-5-2011 10:32



heh...heh..heh... ilek2... baru bab bape... takkan cpt sgt dia nk berubah kut? x kick ar cam2... kasi oang sakit hati gila2 dulu, kasi menyampah, meluat, menyakitkan hati dan segala macam me dulu.... ahaks!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2011 02:24 PM | Show all posts
Reply 106# pinky_pink

Pink... mmg dah sakit hati nie.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 03:00 PM | Show all posts
Reply 107# naufal2705


Sakit hati ngn Anum xpe, jgn sakit hati ngn pencipta watak Anum ni ya ... jap g sy upload bab seterusnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2011 03:07 PM | Show all posts
Reply 108# pinky_pink


    Mana boleh sakit hati ngan pencipta watak Anum... nanti tak de n3........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 03:12 PM | Show all posts
Reply  pinky_pink


    Mana boleh sakit hati ngan pencipta watak Anum... nanti tak de n3....... ...
naufal2705 Post at 12-5-2011 15:07


Huhuhuuu.... tau xpe, ok ni sy sumbat n3 baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 03:13 PM | Show all posts
Bab 11
HUJAN yang berat gugur menimpa bumi. Di tengah malam yang begitu sunyi. Tingkap yang terletak di tepi katilnya tidak ditutup. Tempias menembusi masuk, menyapa pipi Anum yang sedang terlena. Dia terjaga. Matanya memerhati sekeliling bilik yang gelap gelita dan titisan-titisan hujan yang jatuh ke tepi tingkap kedengaran begitu riuh. Tiba-tiba dia berasa gementar, dadanya berdebar-debar. Dia terjaga di tengah malam, tika hujan lebat sedang mencurah-curah dan di dalam kamar itu dia keseorangan. Dipandangnya setiap objek kaku di sekeliling. Almari bajunya kelihatan hitam dan bertambah besar serta tinggi kerana dilindungi bayang-bayang bagaikan gergasi yang mahu menghempapnya. Macam hantu galah pun ada!
        Entah sudah berapa lama agaknya dia tertidur. Seingatnya, waktu dia meletakkan kepala di bantal tadi cuaca di luar masih lagi cerah. Azan maghrib belum lagi berkumandang. Tahu-tahu saja tersedar sudah gelap-gelita. Nasib baik hujan, kalau tak agaknya sampai esok pagi pun dia masih tak bangun tidur lagi. Hanyut di alam tidur dengan badan masih lagi dilengkapi pakaian siang tadi. Dari pagi tak mandi.
        Anum memaksa dirinya bangun menutup tingkap. Namun sempat juga dia memerhati ke luar seketika. Lampu di tepian jalan kelihatan malap akibat hujan lebat. Kedinginan mencengkam membuatkan dia kembali berbaring dan menarik selimut. Dia cuba untuk tidur kembali tetapi matanya gagal untuk dilelapkan semula. Dah diganggu dengan tempias hujan sebentar tadi, langsung tak boleh nak tidur balik.
     Lalu Anum menolak semula kain selimut. Duduk dihujung katil dengan menongkat dagu. Sesekali dia menggosok-gosok kaki dan tengkuk. Meregangkan urat saraf yang terasa lenguh. Satu keluhan panjang dilepaskan. Penatnya badan… rasa letih sungguh setelah seharian tadi keluar mencari kerja. Sudah dua minggu dia ke sana sini dengan membawa fail berisi resume berjalan mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur. Sudah lima enam syarikat yang dia masuk bagi ditemuduga. Pagi keluar, dinihari baru balik. Setiap hari. Mana tak letih? Bukan setakat badan saja yang letih. Mulut dengan telinga ni pun letih. Hari-hari duk dengar dan cakap benda yang sama saja. Pengalaman kerja, biodata diri, kenapa berhenti kerja tempat lama, bosannya! Naik lenguh urat mulut ni nak kena terangkan benda-benda tu. Skrip yang sama berulang-ulang kali setiap hari. Rasa macam dah malas nak pergi interview kerja dah!
     Anum menggaru kepala. Rupa-rupanya susah juga nak cari kerja sekarang ni ya? Barulah kini dia mengetahuinya. Percaya atau tidak, inilah kali pertama dia mengalami pengalaman mencari kerja. Tak pernah pun merasa suasana kena interview. Selalu dia yang interview orang. Mana taknya… keluar dari kolej saja, terus Danny tawarkan kerja dengan dia. Tak perlu sesi temuduga, tak perlu sesi temubual. Habis saja konvo, terus masuk kerja. Senang gila! Tak sangka bila dah tujuh tahun berlalu, barulah sekarang ni nak merasa susah isi borang itu, borang ini, nak telefon syarikat tu, syarikat ni. Sampaikan segala macam agen mencari kerja yang ada dekat dalam internet tu semuanya dia dah daftarkan diri. Jobstreet lah, jobsDB lah, segala macam jobs lah yang ada…
     Sepanjang tempoh dia bergelar penganggur terhormat ni, ada juga sekali dua tu rasa rindu dengan tempat kerja lama. Rindu nak duduk dekat kerusi empuk yang baru saja beberapa bulan dia merasa, rindu nak duduk dalam bilik yang sememangnya mempunyai pemandangan yang indah dan rindu juga nak merasa kesibukan menandatangai segala macam dokumen yang selama ini dia merungut. Rindu nak kutuk dan komen hasil kerja yang dibuat oleh budak-budak dekat pejabat tu pun ada juga. Pendek kata memang rindu nak kerja balik dekat situ. Tapi apakan daya…
     Dia sudah pun terlajak. Surat berhenti kerja sudah pun dilayangkan pada Danny tiga minggu yang lalu. Takkan semata-mata baru rasa susah sikit nak cari kerja, baru rasa rindu sikit dekat syarikat tu, dia dah nak cepat sangat mengalah dan berpaling semula dengan keputusan yang sudah dibuat ni? Ish… Tak mungkin! Itu ibarat dah ludah, jilat semula. Gila nak malukan diri sendiri dan tebalkan muka balik semula dekat situ? Tidak sekali-kali! Dia sendiri yang bermati-matian memaksa Danny untuk menerima surat perletakan jawatannya sedangkan Danny memang tak mahu menerimanya. Jadi takkan sekarang ni tiba-tiba nak ubah fikiran pula? Tak malu ke?
     Tapi, tak sayang ke cik Anum oii…
     Dah bertahun-tahun kerja dekat situ, dah sebati dan serasi dengan jiwa. Gaji pun besar. Dulu masa baru masuk, Danny tawarkan dua ribu tiap-tiap bulan. Masuk tahun kedua naik tiga ribu. Tahun kelima naik lima ribu. Dan baru-baru ni bila dinaikkan pangkat jadi naib pengerusi syarikat, secara automatik gaji pun tambah lagi dua ribu jadi tujuh ribu. Itu belum campur dengan bonus hujung tahun yang kadang-kadang jejak sampai empat bulan. Kalau syarikat dapat projek besar dan untung banyak, dibawa pula berjalan secara percuma. Company trip ke Bandung dah dua kali, Langkawi dua kali dan yang paling terbaru tahun lepas ke Australia pula. Semuanya ditanggung seratus-peratus oleh pihak syarikat. Lenggang-kangkung bawak badan dengan duit nak shopping je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 03:14 PM | Show all posts
Mana nak dapat tempat kerja macam tu lagi, sekarang ni? Sudahlah beribu-ribu mahasiswa dekat luar sana yang tengah merungut susah nak dapat kerja sekarang ni. Belajar tinggi-tinggi pun belum tentu dapat kerja bagus. Ekonomi Malaysia pun bukannya stabil sangat sekarang. Nak ke syarikat-syarikat lain tu tawarkan gaji yang lebih besar ataupun setaraf dengan apa yang Danny bagi? Silap-silap haribulan, nak mulakan kerjaya tempat lain, kena mula semula dari bawah. Jadi balik designer cabuk macam dulu. Gaji pun terima sajalah kalau orang nak bagi setakat dua tiga ribu. Jangan mimpi nak demand tinggi-tinggi, itupun dah kira banyak! Aduh… Rindunya nak masuk ke pejabat tu semula…
     Ah… biasalah! Benda ni baru tiga minggu. Mestilah rasa rindu sikit. Nanti dah lama-lama, hilanglah perasaan tu. Bila dah dapat kerja baru, tak adalah asyik fikir pasal syarikat lama lagi. Walaupun Danny berpuluh-puluh kali memujuk, walaupun Danny beratus-ratus kali meminta agar dia kembali semula ke sana, tapi tak mungkin. Tak mungkin dia akan malukan diri sendiri nak balik semula ke tempat di mana semua orang tak pernah pun sukakannya. Tak pernah senang pun dengan kehadirannya. Lebih-lebih lagi nak kembali ke tempat di mana Melinda berada sekarang ni. Lagilah tak nak!
        Melinda tu, baru cakap sikit dah terus nak merajuk lama. Baru terlajak kata sikit, terus sampai sekarang tak nak bercakap. Entah apa-apa… sikit punya hal, takkan sampai berminggu-minggu nak lancarkan perang bisu? Mengada-ngada! Manja! Menyampah!
Kalau you yang merajuk, orang lain kena pujuk… kena minta maaf. Tapi kalau you yang dah terlepas cakap, kenapa tak boleh nak minta maaf? Don’t be too selfish, Ad… apa salahnya kalau sesekali you yang mengalah dan minta maaf pulak?
     Teringat pula kata-kata Danny hari tu. Kata-kata yang sememangnya menyakitkan hati. Sedap-sedap gigi je nak cakap yang aku ni selfish? Lepas tu nak suruh minta maaf dan pujuk Melinda pula. Eh hello… dia tak kenal ke Anum Danisha? Tak pernah walau sekali pun orang yang bernama Anum Danisha ni pergi terhegeh-hegeh nak minta maaf apa lagi nak adakan sesi pujuk-memujuk. Dah berapa lama berkawan, takkan tak faham-faham lagi? Suka-suka hati nak suruh kita pula yang pujuk minah mata sepet tu? Kirim salam! Tak salah apa-apa pun, buat apa minta maaf? Biarkan ajalah, tak rugi pun kalau tak minta maaf. Kalau Melinda tak nak berkawan selagi tak minta maaf, lantaklah! Macamlah heran sangat nak ada kawan macam dia tu? Tak mati pun lah kalau hidup ni tak ada kawan…
     Sedangkan dengan ayah pun aku tak pernah minta maaf, inikan pula dengan Melinda? Dulu masa sekolah, ayah mengamuk gila aku curi duit dia seratus ringgit semata-mata sebab nak beli kasut sukan adidas, abang Iqram yang tolong minta maaf dan pujuk ayah bagi pihak aku. Dah kena sebat sampai merah tapak tangan pun aku boleh buat bodoh lagi. Air mata aja yang keluar. Tapi perkataan maaf? Tak terdetik langsung pun!
     Dan tahun lepas bila ayah tiba-tiba saja lancarkan strategi nak kenenkan aku dengan Khalil, berbulan-bulan aku tak balik rumah ayah sebab nak tunjuk rasa protes. Abang Iqram juga yang bersungguh-sungguh suruh aku jangan marah lama-lama dan akhirnya aku balik rumah semula bila Khalil dah selamat kahwin dengan Mida, jiran lorong sebelah. Hubungan dengan ayah pun baik macam tu aja. Bercakap dengan secara tiba-tiba. Tak pernah pun cakap dekat ayah maaflah, Anum dah lama tak balik…lain kali Anum tak buat lagi. Eeee… tak teringin langsung nak cakap macam tu!
     Begitu juga bila tiba hari raya. Selalunya memang sengaja lambat-lambatkan sesi bersalam raya. Bila abang Iqram dengan kak Fazliana dah lepas salam ayah, dah selesai dia orang sesi nangis-nangis, barulah dia akan keluar dari bilik. Salam ayah, abang Iqram dan kak Fazliana sambil ucap selamat hari raya, maaf zahir batin. Sekali lafaz aja.   Mendatar dan bersahaja. Tak ada nak feeling-feeling cakap panjang lebar, halalkan makan minum ke, maafkan hujung rambut sampai hujung kaki ke, tak ada! Buat apa? Macam orang tengok cerita hindustan pula nak nangis-nangis bila minta maaf. Kelakar betul!
     Jadi bila disuruh minta maaf dengan Melinda, rasa macam nak ketawa terbahak-bahak pun ada juga. Macam mana cara nak minta maaf pun aku tak tahu. Nak kena sms ke atau nak kena cakap berdepan? Nak kena bagi hadiah sekali sebagai tanda minta maaf ke ataupun dengan tangan kosong saja dah memadai? Hisy… susah sangat! Senang-senang cerita, tak payahlah pening-pening kepala fikir macam mana nak minta maaf. Buat bodoh aja! Lagi senang. Kalau Melinda tak nak berkawan lagi, biarkan sajalah… malas nak layan! Daripada fikir nak minta maaf dengan Melinda, lebih baik fikir mana lagi tempat nak cari kerja.
     Esok bangun pagi-pagi, terus kena pergi PJ. Ada temuduga kerja dekat sana pukul sembilan setengah. Lepas tu ingat nak singgah dekat Puchong pula. Ada satu syarikat dekat situ yang tengah nak cari designer. Tadi dah hantar resume melalui email. Tak puas hati, nak hantar lagi sekali by hand pula. Biar jemu orang tu tengok resume aku, baru cepat sikit nak panggil interview. Petang pun ada interview lagi. Dekat Subang Jaya pula. Isy… nampaknya dari pagi sampai ke petang agenda mencari kerja esok. Baik sambung tidur balik, letih gila ni!
     Lalu Anum kembali ke perbaringan. Bergolek ke kiri, bergolek ke kanan. Berpusing ke atas, bertelungkup ke bawah. Semuanya demi melelapkan mata. Namun, kelopak mata tetap juga tak mahu lelap. Diambil telefon bimbit lalu melihat melalui skrin yang menyala. Aduh… baru pukul 1! Lama gila nak tunggu pagi, mata dah tak boleh nak lelap ni…
     Tak jadi sambung tidur, dia terus bangkit. Mengambil tuala lalu mandi. Terasa tak selesa pula tidur dengan baju siang tadi. Habis mandi, disarungkan seluar pendek hitam dengan spaggeti putih lalu terus ke dapur. Makan roti bakar sambil teguk susu segelas dua. Lepas tu dia kemas-kemas sikit rumah apa patut. Basuh pinggan, lap meja, lap dapur, sapu ruang tamu, habis dikemas segala apa yang patut rumah kondo yang tak berapa besar tu. Kemudian baru masuk bilik semula. Ditelek jam di dinding. Laaaa…. Biar betul! Baru pukul 2.30?  Macam-macam benda dah buat tapi baru sejam lebih berlalu?  Arghhh!!!
     Suhu kemarahan melanda diri. Sakit hati betullah. Nak tidur, mata dah tak mengantuk. Dah kemas rumah macam orang gila, masa tak juga cepat cecah pagi. Selalunya masa ni laju je bergerak macam air sungai. Tak alih-alih hari ni macam kura-kura pula dia bergerak. Nak tunggu tukar seminit ke seminit pun rasa macam lembab gila. Kalau macam ni, sampai bila nak pagi? Habis tu, nak buat apa lagi ni? Nak tengok tv pun tak boleh. Hujan lebat nak mampus, gerenti Astro tak dapat siaran. Nak tengok cd, manalah ada cd dekat rumah ni. Tak pernah ada masa nak melepak kat kedai cd tu cari cd. Habis nak buat apa lagi ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 03:17 PM | Show all posts
******
WALAUPUN tak berapa pasti dengan niat sebenar tujuan dia keluar waktu-waktu macam ni, namun digagahkan juga mengambil kunci kereta lalu dikunci pintu rumah. Menekan punat lif lalu lif bergerak dari tingkat lima menuju ke basement. Sunyinya keadaan sekarang ni. Sudahlah dengan bunyi petir sabung-menyabung, seram gila. Dekat tempat parkir kereta lagilah, malap aja keadaannya. Lampu yang menyala pun macam segan-segan nak hidup. Kalau nak buat penggambaran cerita hantu, rasanya dah sesuai dah dekat sini. Sunyi, malap dan menakutkan.
      Di suatu malam yang hening, kelihatan wanita yang berpakaian serba putih berjalan perlahan menyusuri jalan malap. Dengan rambut yang hitam dan panjang mengurai, dia berjalan tanpa kaki menjejak ke bumi. Merayau-rayau sambil bersenandung, hihihhiii….   Ok, stop! Dah meremang bulu roma, jangan cari pasal nak takutkan diri sendiri dengan cerita hantu bodoh macam tu! Cepat-cepat dia menekan punat kereta dan memboloskan diri ke dalam perut kereta.
     Nak keluar pergi kedai time-time macam ni! Tak boleh tunggu esok pagi ke? Dia memarahi diri sendiri. Enjin kereta dihidupkan lalu kereta Nissan Murano itu menyusup keluar dari bangunan kondo sepuluh tingkat tersebut. Menyelinap jalanraya yang licin dek air hujan yang turun mencurah-curah. Wiper dah buka laju macam ni pun tak boleh tengok jalan dengan clear lagi. Menyusahkan betul! Entah kenapalah tiba-tiba terlebih rajin pula nak keluar pergi 7-Eleven pukul tiga pagi ni. Kalau sambung aja tidur tadi kan bagus?
      Sampai di 7-Eleven, tergopoh-gapah dia turun dari kereta. Lama dia berada di dalam 7-Eleven tersebut. Lebih dari setengah jam. Bukannya apa, tak tahu nak beli apa sebenarnya. Sampaikan nak pilih air botol pun asyik bertukar-tukar. Mula-mula dah pegang botol coke, lepas tu letak balik ambil pepsi pula. Nampak air soya, tukar soya pula. Lepas tu ambil air teh bunga. Ambil coklat, twisties, roti, biskut, majalah, macam-macam lagilah. Memang macam orang bodoh! Malam-malam buta memborong sakan dekat 7-Eleven, tak ke macam orang bodoh tu?
      Habis saja diangkut segala macam makanan dekat 7-Eleven, Anum berlari keluar. Ingatkan duduk lama-lama dalam tu, hujan dah teduh sikit. Ini tak, makin lebat lagi adalah. Terseksa nak berlari masuk dalam kereta dengan bawa beg plastik penuh dekat tangan. Nak pegang payung lagi. Geram betul dengan diri sendiri sebab buat keputusan tidak bijak keluar pergi 7-Eleven waktu malam buta dengan hujan yang lebat menggila macam ni.
      Dan di sebabkan dia begitu terkocoh-kocoh berlari untuk cepat sampai ke kereta, tak semena-mena plastik beg yang dijinjitnya terburai. Habis jatuh segala air tin dan coklat yang ada. Dengan rasa sakit hati Anum menjerit lalu dikutip satu persatu. Air tin yang tergolek jauh ke tepi jalan raya dikejar dan dia membongkok untuk mengutipnya. Tetapi tak semena-mena, tak sempat dia hendak bangun semula, ada sebuah kereta yang meluncur laju menuju ke arahnya. Tak nampak kelibat dia yang sedang membongkok. Apa lagi dengan keadaan hujan yang menggila, tambah mengganggu penglihatan sang pemandu.
      Gedebum!
      Anum terpelanting jauh. Kepalanya terasa berat lantaran terkena hentakan yang sangat kuat. Sepantas kilat dia mendengar kereta tersebut berlalu pergi. Anum menelan air liur. Cuba untuk bangkit tetapi ternyata kudratnya langsung tidak mampu melakukan apa-apa. Hendak digerakkan tangan dan kaki juga tidak berdaya. Dia terbaring lesu dengan kepala semakin berat dan hidung terasa panas. Mungkin ada cecair pekat yang mengalir keluar dari lubang hidungnya. Alamak… darah ni keluar ikut hidung ke ikut kepala? Ada bahagian kepala aku yang pecah ke?
      Anum memang cuba mengerahkan segala tenaga dan aura yang ada untuk bangun. Tapi jangankan kata bangun, nak gerakkan tangan dan kaki pun langsung tak boleh. Kenapa tangan dengan kaki tak boleh gerak ni? Makin lama, makin kebas satu badan. Sakitnya… sakitnya kepala ni…
     “Masya Allah, miss are you okey?!” selepas beberapa minit dia terbaring keseorangan di situ, barulah terdengar ada suara lelaki bergema di gegendang telinganya. Panik dan kelam-kabut bunyinya.
      Bila dengar suara lelaki tu, ingin saja dia menjawab soalan tersebut namun suaranya tersekat di anak tekak.
     “Miss, are you okey?!” Sekali lagi suara itu bergema. Semakin cemas lagaknya.   Mungkin disebabkan soalannya yang langsung tidak dijawab oleh Anum. Kalau dah sampai nak buka mulut pun dah tak boleh, tentunya teruk kena langgar ni.
     “Hang on… I’ll take you to hospital. Bertahan okey? Keep breathing…” Lelaki itu mengangkatnya dengan cermat. Sepenuh kudrat dia mendukung Anum lalu dibawa ke sebuah kereta. Mujur fizikalnya yang kecil tidak terlalu membebankan. Berkali-kali terdengar suara lelaki itu memanggilnya. Mengharapkan agar dia masih sedarkan diri.
     “Miss… Listen to me… Open your eyes and keep breathing. Bertahan sekuat yang mungkin! Miss… do you hear me? Anum?”
     Sayup-sayup suara itu berkumandang. Macam dengar orang tu panggil nama dia. Tapi dalam keadaan macam ni dia tak berapa pasti.
     Bila Anum langsung tak menyahut apa-apa, lelaki itu menyapu perlahan pipi Anum berulang-ulang kali. Ditepuk-tepuk dua tiga kali dengan harapan Anum akan memberi sebarang tindak-balas.
    Anum menyapu pandangan wajah lelaki itu seketika. Kalau boleh, dia memang nak menyahut dan membalas panggilan lelaki itu. Tapi dia betul-betul tak berdaya. Yang hanya mampu dia buat ialah merenung dan memerhatikan wajah hero yang sedang cuba menyelamatkan dia ini. Buat beberapa saat otaknya ligat merakam wajah lelaki itu. Wajah yang kelihatan cemas dan bersungguh-sungguh mengharapkan agar dia sedarkan diri.  Memanggil-manggil namanya diselangi dengan bunyi hujan yang mencurah-curah. Makin kuat lelaki itu bersuara, makin perlahan pula gegendang telinga Anum menangkap butir bicaranya. Degup nafas Anum terasa semakin perlahan. Semakin sukar untuk dia bertahan agar berada di dalam keadaan sedar. Dan semakin lama, semakin sayu, semakin jauh dan semakin menghilang.
      Suaranya… wajahnya… kelam… gelap…
     “Anum!” hanya itu perkataan terakhir yang didengari sebelum pandangannya benar-benar hitam…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 03:30 PM | Show all posts
erm... sblm bersmbung n3 y seterusnya, apa kata wat teka-teki sket... teka-tekinya berbunyi "Apakah y mungkin berlaku kpd Anum selepas kejadian/kemalangan ini?"

a) Dia lumpuh - x dpt terima hakikat n perangai panas baran makin menjadi-jadi&nk balas dendam pada semua orang (dia anggap kemalangan ni disebabkan semua orang sumpah dia)
b) Dia insaf dan cuba hendak memperbaiki diri
c) X ada jd pape pun sbb accident ni cuma dlm mimpi jek (bab seterusnya dia bangun dr tidur dgn nafas tercungap-cungap sbb terkejut kena langgar kereta)

heh...heh...heh....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 03:46 PM | Show all posts
Pink... Anum berubah jadi lebih baik.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 03:52 PM | Show all posts
Pink... Anum berubah jadi lebih baik.......
naufal2705 Post at 12-5-2011 15:46



huhuhuu.... semudah tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2011 03:59 PM | Show all posts
anum ni org tua2 kata perut dia ijau sebab tu tak de perasaan bersalah langsung
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 04:03 PM | Show all posts
Reply 116# pinky_pink


    Pink.... biarlah Anum berubah jadi baik.... kesian dia... hidup dlm dunianya saja... tak de kawan2 sbb ego Anum terlalu tinggi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 04:07 PM | Show all posts
anum ni org tua2 kata perut dia ijau sebab tu tak de perasaan bersalah langsung
redsentra Post at 12-5-2011 15:59



erm.... x phm la... perut ijau? maknanya apa? xplain sket ley x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2011 04:09 PM | Show all posts
Reply  pinky_pink


    Pink.... biarlah Anum berubah jadi baik.... kesian dia... hidup dlm duni ...
naufal2705 Post at 12-5-2011 16:03



2la psl... harap2 dia akan berubah menjadi baik... nk kena cari jalan mcm mana nk kasi dia berubah perangai neh... apa y boleh kita nasihatkan dia supaya jgn panas baran+ego sgt... ceh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.069594 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list