View: 4785|Reply: 30
|
[Tempatan]
Berkumpul Tunggu Azan Maghrib, Non Muslim Sama-Sama Bukak Puasa Dekat Dataran Putrajaya!
[Copy link]
|
|

Lain daripada negara lain, Malaysia mempunyai kelebihannya tersendiri apabila penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa, kaum dan agama yang berbeza.
Kepelbagaian diversiti ini membuatkan masyarakat boleh mempelajari benda baharu dan budaya sesuatu bangsa tersebut. Sebagai contoh pada bulan Ramadan ini, umat Islam dilihat sedang menunaikan ibadah puasa mereka.
Bukan sahaja para Muslim, malah ramai juga individu beragama lain mahu menyahut cabaran dan cuba untuk berpuasa dan menahan diri daripada dahaga, lapar dan berkata kesat.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kira_4nine) menyaksikan suasana yang meriah di Dataran Putrajaya.
Menerusi video perkongsian, kelihatan orang ramai sedang berkumpul dan duduk di kawasan padang untuk berbuka puasa bersama-sama.
Dalam klip sama, kelihatan mereka semua sedang menyediakan juadah makanan dan minuman yang dibawa serta dibeli dari bazar Ramadan. Malah, pengunjung juga tidak lupa membawa tikar masing-masing untuk duduk dalam keadaan lebih selesa di sana.
Pun begitu, perkara yang mencuri perhatian adalah sesi iftar tersebut bukan sahaja diimarahkan oleh umat Islam di negara ini, bahkan juga golongan bukan Muslim.
Lebih mengharukan apabila mereka tidak terus makan tetapi menunggu azan Maghrib seperti yang lain bagi menghormati bulan barakah ini.
Dalam video sama, kelihatan seorang wanita berbangsa Cina sedang merakam momen berbuka puasa itu seolah-olah teruja dapat berkumpul bersama untuk menjamu selera.
Menurut pengendali akaun TikTok dikenali sebagai Kira, dia mengajak kenalan non-Muslimnya bagi berbuka puasa sekali bagi memupuk perpaduan yang harmoni di kalangan rakyat Malaysia.
“Saya cipta momen ni sebab saya sayang Malaysia. Tolong jangan membenci, sayanglah antara satu sama lain,” ujar Kira di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sebak melihat rakyat Malaysia yang begitu harmoni kerana berbuka puasa bersama tidak kira bangsa.
“Seronok bila tengok semua bangsa bersatu dan saling meraikan Ramadan bulan yang baik ni,” kata seorang lelaki.
Malah, ramai juga memberi nasihat kepada masyarakat supaya tidak sesekali melakukan provokasi yang boleh memecahkan perpaduan rakyat.
“Kita rakyat biasa boleh je hidup dalam keadaan majmuk. Tapi ada segelintir yang asyik nak timbulkan isu. Semoga kita semua belajar sesuatu perkara baik dari bangsa lain,” luah seorang individu.
Sementara itu, ada juga warganet yang lain berkongsi pengalaman mereka berbuka puasa dengan umat Islam lain sebelum ini.
“Kami ada sesi iftar dengan kawan-kawan Muslim pada setiap tahun. Kita bersiap (pakai baju bersesuaian) sehabis yang boleh,” kata seorang wanita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memeriahkan suasana
Tak salah pun |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 11-3-2025 08:27 AM
Mmm kat hotel2 ramadan buffett dah buat sejak tahun 90an walaupun some of them tak puasa.
Kalau ikut org x posa kena duduk tempat lain makan kan mcm kita kecik2 dulu nenek ckp mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 11-3-2025 08:39 AM
bagus bila suasana harmoni
tapi
ini ler yg merisaukan pemimpin polotik yg korup
--
antara kaum x saling membenci..
tetapi
yg tiup api kebencian ni adalah batu api
batu api ni dapat upah dari politicians yg korup
kenapa depa nak laga- lagakan antara kaum
sbb bila suasana tak harmoni
depa akan dapat ambil alih pemerintahan Mesia
lepas tu..
rompak besar besaran lah
itu sebab..
geng2 Umngok n Pee Een (Umngok 2.0) kaya raya
Tun Diam, Bijan, Ton Eem, JJ, Adnun Manchor, Abahcow, Pak Mael
ramai lagi yg kaya raya politicians dari 2 parti ni..
bukan depa jer kaya..
kroni2 pon kaya juga
cybertrooper pon dapat tempias duet haram
buat keje batu api kat socmed
selain keje2 batu api..
takut takutkan rekyat
yg rekyat plak ramai x cerdik
dapat berita, trus percaya
x selidik dulu
dari dulu dah kena tipu
maseh lagi biarkan diri ditipu
sekolah tinggi bertingkat-tingkat
tapi
bodo pon bertingkek tingkek
tutup mata lagi atas perbuatan resuah yg pemimpin korup buat
|
|
|
|
|
|
|
|
Meols nak kecam. Niat dah baik. Tapi lain kali pakai la proper siked. Kau pakai t shirt ngan tracksuit pun dah cukup. Ni la kebodohan Cina Malaya. Aku pun tak tau apsal bodoh common sense sangat padehal bukan main riak sombong ego bangga diri perangai keturunan masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
kitorang satu family berangan nak berbuka kat luar, open air camni
sekali tahun ni hujan berderu daaa
tahun lepas puasa panas ya amat
tahun ni puasa hujan lebat
risau je baru nak suap, mandi hujan pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Kat ofis aku, bulan pose, member2 chinese dan indian pun kadang2 aku tgk x makan sgt time lunch....aku selalu gurau2 tanya apsal x lunch, diorang gelak2 jer cakap malas nak makan...tapi, aku rasa sebenarnya diorang tu makan jer senyap2 kat dlm pantry sambil tutup pintu masa member2 melayu layan tidur kat cubicle masing2... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sikit pun tak kagum kalau bab makan makan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak zaman tiktok ni, memang benda2 gini influence betul. aku tengok makin ramai non muslim join puasa. siap gigih bersahur bagai. belum kul 5 dah bangun. terpisat2 makan bersahur. aku pun 5.45 baru terkial2 cari air.
belum lagi yg berduyun2 pegi bazar & join the crowd bukak puasa. meriah..walaupun ramai gak yg stress jem di bulan puasa selalu double tapi part makan semua takleh tinggal |
|
|
|
|
|
|
|
Hotel lain kira.ini open space lah..harap tradisi ni diteruskan sampai bila2..
|
|
|
|
|
|
|
|
seronok jer tengok
nampak harmoni |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 11-3-2025 01:14 PM
Meols nak kecam. Niat dah baik. Tapi lain kali pakai la proper siked. Kau pakai t shirt ngan tracksu ...
diorg mmg pemalas sis..cina malaya mmg pemalas nak pakai baju elok2 sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teori aku dorang tak tahan panas sebab leluhur dari wilayah sejuk. Mungkin kena tunggu evolusi sampai kulit jadi sawo matang mata tak sepet then berbungkus tengah panas pun steady kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seronok tengok je la. Picnic ni setakat makan sandwich ok la kot, kalau nak berasam pedas, gulai tempoyak bagai I need proper lighting, a proper table, at least kipas, no nyamuk and no hujan.
|
|
|
|
|
|
|
|
sesungguhnya
saya mmg tak akan la ke tempat gini
suami saya tak selesa .. anak istimewa kami pasti tak selesa
tapi seronok tengok
saya suka buka puasa ramai2 dengan anak cucu
sebulan berpuasa mmg sebulan lah kami makan beramai2 8 beranak cucu
tapi tahun ni tinggal 7 sebab my doter dah tawen ... berbuka kat rumah dia dan suami huhu
selalu saya dan anak2 saya kena marah dengan suami sebab kami riuh bergossip pasal artis
"abang tak suka bla bla bla ......"
2-3 hari kami buat lagi ..
kalau bulan takpuasa .. biasanya masing2 makan sendiri2 ikut masa masing
nota: nak mulakan balik makan bersama2 at least weekend dan dinner
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus adik2 ni, in the wake of kes dj era, kau buat content yg elok2 walau baju tu skimpy sgt..nak benci tara mana pun..toleh kiri kau nampak chinese, toleh kanan kau nampak india..just mingle dgn golongan yg baik2 sajalah regardless agama bangsa mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
Time makan2 memey la nampak harmoni..cer tengok time pegang stereng pulak?? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 11-3-2025 01:14 PM
Meols nak kecam. Niat dah baik. Tapi lain kali pakai la proper siked. Kau pakai t shirt ngan tracksu ...
Agreed...pakaian tolong lah pakai sopan skit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|