CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1917|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kes 2 remaja maut dilanggar: Polis minta pemilik rakaman 'dashcam' tampil

[Copy link]
Post time 11-3-2025 11:10 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro sebelum ini

Seremban: Polis meminta orang ramai yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berkaitan kemalangan mengakibatkan dua remaja maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di sini Khamis lepas, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata setakat ini dua saksi kejadian telah tampil memberi keterangan.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini, bagi mereka yang ada rakaman kamera papan pemuka boleh tampil untuk bantu siasatan kerana semua mangsa masih di hospital dan belum dapat diambil keterangan.

"Berdasarkan siasatan, pemandu kereta jenis Honda Jazz berusia 18 tahun yang terlibat dalam kejadian itu didapati tidak mempunyai lesen memandu. Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau turut meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu kerana boleh mengganggu proses siasatan.

Semalam, media melaporkan dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta jenis Honda Jazz dalam kejadian di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu remaja lelaki itu bersama seorang penumpang dari arah Senawang menuju ke Paroi gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah dan melanggar motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki kedua-dua mangsa serta sebuah lagi motosikal jenis Honda Vario.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.039315 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list