CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1870|Reply: 0

[Johor] Pemandu kereta mewah pandu melulu sudah ditahan

[Copy link]
Post time 11-3-2025 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 11-3-2025 11:31 AM



LAPORAN Harian Metro terdahulu

Batu Pahat: Pemandu kereta mewah yang memandu melulu dan berbahaya di Jalan Sri Bengkal-Parit Yaani di sini, ditahan kurang 24 jam selepas polis menguar-uarkan sedang mengesannya, hari ini.

Lelaki warga emas berusia 65 tahun itu ditahan di Taman Cemerlang di sini pada 4.10 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek ditahan bersabit video tular yang dilapor berlaku pada 8.19 pagi semalam.

"Siasatan awal, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Parit Yaani menghala ke Sri Medan.

"Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu bebas dadah, selain tiada rekod kesalahan lampau," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun, jika disabitkan.

Terdahulu, polis mengeluarkan kenyataan mengesan pemandu kereta Mercedes Benz selepas video memandu secara melulu tular di media sosial.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.131632 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list