CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3421|Reply: 33

[Tempatan] Seramai 383,637 peminjam PTPTN tidak pernah bayar pinjaman. adakah korang salah seorang? Dewan Negara: Pertimbang kembali sekat perjalanan peminjam

[Copy link]
Post time 11-3-2025 04:11 PM | Show all posts |Read mode

Dewan Negara: Pertimbang kembali sekat perjalanan peminjam PTPTN ingkar bayar



KUALA LUMPUR, 10 Mac: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal melunaskan bayaran.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan peminjam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Jelas beliau, sekatan itu telah dimansuhkan sejak tujuh tahun lalu.

“Ada beberapa cadangan lain yang turut dipertimbangkan, termasuk kaedah pembayaran alternatif tanpa perlu mengenakan sekatan perjalanan.

“Bagaimanapun, perkara ini masih dalam kajian dan kerajaan belum membuat keputusan sama ada akan melaksanakan sekatan ini atau tidak,” katanya pada Sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Mustapha menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead yang meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jumlah peminjam PTPTN sehingga 2024 serta statistik peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan juga peminjam yang masih mempunyai tunggakan.

Mengulas lanjut beliau berkata setakat 31 Disember tahun lalu, seramai 383,637 peminjam iaitu kira-kira 13.55 peratus tidak pernah membuat sebarang bayaran balik pinjaman.

“Daripada 4.1 juta permohonan pinjaman PTPTN yang telah diluluskan, seramai 2.8 juta peminjam telah sepatutnya mula membayar balik pinjaman mereka.

“Seramai 1,044,595 peminjam telah selesai membayar balik pinjaman, 585,638 peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten dan tiada tunggakan bayaran manakala 817,872 peminjam membuat bayaran balik secara tidak konsisten dan mempunyai tunggakan bayaran balik.

“Secara keseluruhannya, seramai 86.45 peratus peminjam telah pun mula membayar balik pinjaman mereka (walaupun dengan tunggakan) dan hanya 13.55 peratus peminjam sahaja yang belum pernah membayar balik pinjaman mereka,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa peminjam yang menghadapi kesukaran untuk melunaskan pinjaman agar berbincang dengan PTPTN bagi mencari penyelesaian terbaik.  

Sumber : TVS.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 04:32 PM | Show all posts
aik ritu geng mana ke kata nak hapus ptptn?

tp adat la.. udah berutang, kena la bayo

sokong je kena sekatan mcm pihak lembaga buat tu

sbb nanti duit tu rolling kasik students baru pulak
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekat je la, nk g travel ada pulak duit. Even klu ofis buat nk hantar utk work purpose g oversea pun, maksudnya kerja ko tu bkn kaleng2, gaji setakat rm1500 pulak . So kpd 300 ribu+ org tu byr jela. Karang nk g hatyai jln darat pun x boleh. Tp klu ada yg meninggal tu jgn la sekat perjalanan guarantor arwah , kesian pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 05:39 PM | Show all posts
bukan saya
yang gagal bayar ni
cuba tahan kat airport sana
tiba2 ada duit ko sedebuk nk bayar
semata2 nk berjalan..sayang burn flight ticket and dah booked accommodation bagai kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayar je la sikit2.. nanti habis la hutang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik ipar aku salah sorg. Celaka lah kau sb kan kau laki aku kena byr kesemua hutang kau sb laki aku penjamin. Kalau tak byr passport laki aku kena tahan.
Sial betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2025 08:39 PM | Show all posts
Sungguh tak bertanggungjawab. Aku sokong ja, buatlah sesuatu agar peminjam ni bayar balik. Yg peliknya, dah la tak malu tak bayar hutang, yg Islam tu tak takut ka mati nanti. Kata para ulama, kalau hutang di dunia tak selesai, walaupun kau mati shahid, tak masuk syurga tau. Hutang ni perkara serious.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ic no Ade kan..gaji msk deduct trs dr gaji...spesis berhutang x nak bayo...lps tu sibuk tuko kete baru,rim kete baru, semua kedai viral p mencekik...blm lg baju raya x pakai yg 20-30hinggit nye...bl ratus2 br nampak class...muka perangai org mcm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 11:41 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 11-3-2025 04:32 PM
aik ritu geng mana ke kata nak hapus ptptn?

tp adat la.. udah berutang, kena la bayo

ada ka yang percaya?

Next time rakyat Malaysia tolonglah cerdik undi pada janji yang masuk akal bukan langkah2 yang menjahanamkan negara. Janji2 manismu populis ini biasanya memang membawa binasa tak payahlah sokong.

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
bg muka sgt sbb tu la diorg x kisah x byr.. cuba agresif sikit.. tipu la ckp kalo rm10 sebln pun ko x leh byr kalo yg dh bekerja tu.. nipu sgt tau..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur 23-30 gaji abis travel kereta kawen beranak, hujung2 gaji xde baki, rumah lagi x mampu beli duduk dgn makbapak
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 08:06 AM | Show all posts
krustykrab replied at 11-3-2025 12:00 PM
Adik ipar aku salah sorg. Celaka lah kau sb kan kau laki aku kena byr kesemua hutang kau sb laki aku ...

itu PTPTN ke? zmn i ols PTPTN xda guarantor...ke MARA?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 08:50 AM | Show all posts
krustykrab replied at 11-3-2025 12:00 PM
Adik ipar aku salah sorg. Celaka lah kau sb kan kau laki aku kena byr kesemua hutang kau sb laki aku ...

raya ni pi la mintak dia bayar

kalu dak... teda maap bagi mu


yihh betui perangai species pandai utang tak reti nak bayo neh
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 08:51 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-3-2025 03:41 PM
ada ka yang percaya?

Next time rakyat Malaysia tolonglah cerdik undi pada janji yang masuk akal b ...

ada la kuttt

tp meols cikit pun tak cayo
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 09:00 AM | Show all posts
setuju sekatan perjalanan...manyak cantik, dah hutang tu bayar lah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 09:08 AM | Show all posts
sambaldurian replied at 11-3-2025 09:09 AM
Sekat je la, nk g travel ada pulak duit. Even klu ofis buat nk hantar utk work purpose g oversea pun ...

Betul sekat je. Tengok ramai kawan2 iolls tak bayar pinjaman. Imagine je la kami dah grad 15 tahun yg lepas!!! Iolls cakap tak baik la gini. Deyols dok meratib "EDUCATION IS FREE" kekdahnya.  Iolls lepas keje, terus potong gaji, pastu datang sistem buat ujrah sume, ditetapkan potongan RM103 tiap2 bulan. Bila bayar sikit, lambat la habis kan, so iolls kadang2 kalau ada duit lebih, mmg bayar double dari potongan. Hanya pikir duit tu utk budak2 lain guna sambung study plak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu masa jd pembangkang sakan ratib hapus ptptn, peminjam terdahulu auto free.
skrg dah jadi gomen sakan jugak korek suh peminjam terdahulu bayar hutang, hapus ptptn lagi la jauhhhhhhhh nak capai.

peminjam semua sila la bayar hutang selagi takde dlm undang2 msia segala yuran pengajian dari tadika smpai ke peringkat tertinggi percuma, abai je la kata2 tin kosong politaik mana2 parti pun. haprak sume
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah sangat ke nak kutip hutang? Tak blacklist ccris pulak deme ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 12-3-2025 08:50 AM
raya ni pi la mintak dia bayar

kalu dak... teda maap bagi mu

Nak bayar mcm mana, duit pun tadak katanya.
Langsung tak bayar sejak day1. Celaka sungguh punya manusia.
Semoga anak2 dia tk.menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 12-3-2025 08:06 AM
itu PTPTN ke? zmn i ols PTPTN xda guarantor...ke MARA?

Bukan ptptn...mcm ada huruf K kat belakang  kalau tak silap iols. penjamin pak depa & laki iols. Pak depa dah meninggai..mak pulak sibuk perabis pencen arwah ke sana sini, shopping..buat tak endah je. Patut si mak tu la yg bayar kan sb semua duitvarwah dia sapu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.632136 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list