View: 3280|Reply: 34
|
Puteri Balqis tertekan hingga rambut beruban
[Copy link]
|
|
Edited by tatod at 11-3-2025 04:28 PM
PUTRAJAYA: Pelakon, Puteri Balqis mendedahkan watak Dhamiah dilakonkan dalam drama rantaian Keluarga Itu memberi tekanan kepadanya hingga rambutnya beruban.
Mengulas lanjut perkara itu, Puteri Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi, 18, keadaan itu berlaku kerana drama yang skripnya ditulis oleh Erma Fatima itu memerlukan dia bermain dengan emosi.
"Ini adalah drama pertama saya selepas tamat penggambaran, rambut saya tumbuh uban. Ini berlaku kerana saya mengalami tekanan sebab temanya terlalu berat.
"Kalau berlakon kena menangis sekejap pun sudah penat, bagaimana pula kalau perlu menangis seharian.
"Sepanjang tiga bulan 'shooting' boleh dikatakan hari-hari saya menangis," katanya ditemui pada majlis pelancaran single Zapin Malam Raya - Ara Johari menampilkan Trio Latah di sebuah premis acara di sini, baru-baru ini.
Bukan setakat bermandikan air mata, malah drama arahan Nur Ain Sharif, Ejump Mohd dan Amor Rizan itu turut menyaksikan aktres berkaliber itu mengalami kecederaan ringan ketika di set penggambaran.
"Kalau tengok episod tiga iaitu babak Dhamiah kali pertama jumpa Aman (Amir Ahnaf), episod itu sahaja tubuh saya sudah lebam-lebam.
"Sepanjang tiga bulan penggambaran, tak pernah saya balik rumah tubuh dalam keadaan 'bersih'. Mesti ada lebam sana-sini.
"Bahagian buku lima saya pernah luka disebabkan babak tumbuk dinding. Memang ramai yang menggelabah pada masa itu," kongsi Puteri Balqis.
Drama terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd itu turut dibintangi perlakon handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Izara Aishah, Fattah Amin, Melissa Campbell dan ramai lagi.
Ia berkisar kehidupan keluarga Iman (Rosyam) dan Chempaka (Umie Aida) dipenuhi dengan konflik dan perjuangan yang menguji kekuatan mereka.
Iman, seorang tokoh Tahfiz yang dihormati, mempunyai empat anak Ansara (Fattah Amin), Anwari (Muaz Zabir), Dhamiah (Puteri Balqis) dan Dhini (Duerra Miltilda).
Meskipun Iman terkenal dengan sifat dermawan dan keteguhan imannya, ada rahsia yang tersembunyi dalam keluarganya.
Drama rantaian itu mengisi Slot Lestary, TV3 bermula 28 Februari lalu.
Sumber: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Over nau aih.
NI menghayati sgt2 la kononnye sampai beruban? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dinafikan drama keluarga itu memang best. Realiti hidup Dan sisi gelap sebuah keluarga yang zahirnya beragama tapi sebaliknya. I jadi geli tengok Tok Danish dalam cerita ni.. Cuma rasa tak sesuai tayang kat tv3, tak sesuai Utk tontonan budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Method actors mmg begitu. Diorang jadi watak tu, bukan melafazkan skrip semata-mata.
Kalau depressed/emo/pemarah mmg kena bawak emosi tu ke mana-mana selagi tak habis shoot. Kalau drop, hilang momentum.
Korang ni, berlakon cam kayu kena kecam
Menghayati pun kena kecam juga.
Biaq pi la actors/actresses/artistes nak express diri diorang dalam karya as they like
|
|
|
|
|
|
|
|
Berebut2 ye tv tyg cerita so called kisah benar pasal sex di bulan Ramadhan
Tv3 - Rosyam Nor rogol anak
VIU - Faizal Husin fetish dgn Vanidah
UnifiTv - Azhan Rani watak 'main belakang ' katanyer
Ewwww |
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling megan fox
Kes dia diinaya bapaknya tu ada follow up ke? Ke diam saja? |
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar pulak kisah uban.. dalam cerita ni watak rosyam nmpak miang betul... Tapi bkn nk kata la, mmg ada suami org dah la tua miang pulak mcm tu. Tepis la siap2 ye. |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 11-3-2025 01:53 PM
Berebut2 ye tv tyg cerita so called kisah benar pasal sex di bulan Ramadhan
Tv3 - Rosyam Nor rogol ...
Astaga.. kenapa semua cerita berat.
Azhan rani dgn emma tu ke? Ada satu scene tu kemain emma peluk nk cium azhan.. scary meols tgk  |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 11-3-2025 10:17 PM
Kelakar pulak kisah uban.. dalam cerita ni watak rosyam nmpak miang betul... Tapi bkn nk kata la, mm ...
Geli betul tengok rosyam dalam klip2 kt ig tu pasal cerita ni. Iols memang tak buka kt tv taknak anak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat jugak uban boleh keluar ya.
Baru tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 11-3-2025 10:25 PM
Astaga.. kenapa semua cerita berat.
Azhan rani dgn emma tu ke? Ada satu scene tu kemain emma pel ...
Bukan.. i baca fb pengarah Sharulezad tu..ada upcoming drama Azahan rani sgn Sy Sakinah...tayang kt UnifiTV |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni berlakon memang menjiwai watak, memang tak kayu. Cuma personal preferences iols tak gemar tengok lakonan dia bila dah remaja ni, dia memang sesuai dapat watak remaja rebel, mekap gothic celak lipstik hitam. Ni personal opinion, agree to disagree jah |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 11-3-2025 03:00 PM
Geli betul tengok rosyam dalam klip2 kt ig tu pasal cerita ni. Iols memang tak buka kt tv taknak a ...
Kannn.. menjadi betul muka miang dia tu sambil ketap bibir tgk setajah  |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 11-3-2025 03:24 PM
Bukan.. i baca fb pengarah Sharulezad tu..ada upcoming drama Azahan rani sgn Sy Sakinah...tayang k ...
Ooo.. cite lain.
Walaupun byk berlaku kat masyarakat, boleh tak jgn buat byk sgt cerita gini sbb budak2 naive tgk jadi corrupted otak. |
|
|
|
|
|
|
|
last 3days nampak billboard sebesar alam tayang teaser cerita bidaah...bulan puasa sebesar alam tunjuk part dorang minom air kaki dia...nk muntah i ols dlm jem tu..xpasal batal puasa nanti 
Rasanya dah dekat 3-4 tahun xda astro & xtgk drama melayu..kat rumah subsribe netflix je...cerita melayu tah apa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
red_velvet replied at 11-3-2025 07:50 PM
Tak dinafikan drama keluarga itu memang best. Realiti hidup Dan sisi gelap sebuah keluarga yang zah ...
Paling geli ustazah tu, siap bideo call lg..teringin nk tgk rambut ustazah, mesti cantik…aku ingt dak2 remaja je ckp mcm ni, tua2 pun ada ke hahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Oh tak tau plak kalau tertekan sangat boleh beruban rambut. So far laki iolls dgn kawan opis, masa deyols 30's beruban dah sbb genetik. Imagine je la mak pak kami umur sama, tapi rambut mak pak deyols bnyk giler uban. Mak pak iolls masih steady sikit2 je uban. |
|
|
|
|
|
|
|
Habis la, bila dah beruban memang tak dpt patah balik dah. Memang stress boleh buat beruban cepat ke? Macam anak aku umur 8 tahun dah beruban. Mula2 sikit lama2 banyak, mengalahkan aku yang umur 40 tahun plak ubannya. Tak tau la stress apa plak tu. Pergi jumpa doktor,doktor kata biasa je uban2 ni. Tak tau la. |
|
|
|
|
|
|
|
Emma peduli apa dia dah kena tebuk dua2 lubang serentak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|