CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2898|Reply: 1

Ibu bapa perlu awasi, didik anak kesalahan memandu tanpa lesen

[Copy link]
Post time 11-3-2025 04:44 PM | Show all posts |Read mode

KEMALANGAN jalan raya membabitkan remaja tanpa lesen memandu semakin menjadi kebimbangan di negara kita. Baru-baru ini, satu kes kemalangan maut membabitkan remaja berusia 18 tahun yang memandu tanpa lesen menyebabkan kecederaan parah dan meragut nyawa.

Kejadian ini bukan sahaja menimbulkan kesedihan kepada keluarga mangsa, tetapi membangkitkan persoalan mengenai tanggungjawab ibu bapa bagi mengelak kemalangan ini berlaku.

Lazimnya, terdapat beberapa faktor perkara ini berlaku antaranya keinginan merasai kebebasan dan mencuba perkara baharu tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa.

Tiada lesen memandu bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.

Remaja yang tidak mempunyai pengalaman pemanduan mencukupi tidak dapat mengawal kenderaan atau menjangka bahaya di jalan raya, terutama dalam keadaan kecemasan.

Di sini, peranan ibu bapa sangat penting untuk mengawal, melarang dan mencegah anak yang tiada lesen daripada memandu kenderaan.

Ibu bapa perlu memberi pemahaman risiko serta akibat pemanduan yang melanggar undang-undang terutama kesan kepada ibu bapa itu sendiri.

Dorong anak dapatkan lesen memandu sah

Nasihat, teguran dan peringatan mengenai kesalahan memandu tanpa lesen perlu diterapkan kepada anak sejak usia muda. Usah simpati kepada anak yang mahu mencuba memandu atau menunggang motosikal tanpa lesen.

Mereka perlu menjelaskan lesen memandu bukan sahaja sekadar dokumen rasmi, tetapi tanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain di jalan raya.

Dorong anak untuk mendapatkan lesen memandu sah apabila sudah cukup umur dan tetap memberi nasihat mengenai cara pemanduan selamat setiap masa.

Dalam konteks ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang terutama membabitkan remaja tanpa lesen memandu.

Kekangan bilangan anggota penguat kuasa mungkin menjadi penghalang kepada usaha menegakkan undang-undang, maka di sinilah peranan ibu bapa yang sepatutnya mengambil alih.

Melalui usaha bersama, kita dapat mengurangkan kemalangan jalan raya dan memastikan keselamatan setiap individu, terutama golongan remaja.

Riduan Omar, Senawang


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 12:39 PM | Show all posts
kisah zaman berzaman..kat kg terutamanya, walaupun bandar pun ada juga. Semua bermula dr mak bapak la..kenapa benarkan anak bawa kenderaan kalau takde lesen. pening tgk kat taman2 budak2 ni bawa motor laju2, siap wheelie, bawa adik2 lagi..haih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.039387 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list