View: 11586|Reply: 18
|
[Dunia]
Suami tak bagi isteri bersalin, kena masak sahur dulu-akhirnya bayi mati dalam kandungan
[Copy link]
|
|
Seorang wanita hamil kehilangan bayi dalam kandungan gara-gara sikap suami terlalu mementingkan diri sendiri.
Kisah menyayat hati ini diceritakan oleh seorang pegawai perubatan di laman sosial, melibatkan wanita tersebut ketika usia kandungannya 32 minggu.
Mengimbas kembali kejadian dipercayai berlaku di Indonesia itu, doktor berkenaan berkata, wanita tersebut hadir ke klinik membuat pemeriksaan kesihatan.
Dia didapati mengalami komplikasi kesihatan dan tekanan darahnya yang tinggi boleh menyebabkan sawan.
Dalam keadaan cemas itu, wanita tersebut perlu segera melahirkan bayi dalam kandungan walaupun dan khidmat bidan diperlukan untuk mengendalikannya.
Namun, pihak hospital perlu mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu untuk kes kehamilan, sebelum pasukan perubatan menjalankan proses bersalin.
Malangnya, si suami yang dihubungi melalui telefon memaklumkan bahawa dia sibuk selain memberikan bermacam alasan.
Malah ketika berita cemas mengenai isteri dikhabarkan kepadanya, dia mengatakan hanya boleh ke pusat kesihatan dalam masa kira-kira dua jam.
Tiba di klinik, lelaki itu tetap dengan pendirian untuk membawa pulang isterinya dengan alasan wanita itu nampak baik-baik sahaja selain perlu memasak untuk sahur pertama.
"Malam nanti adalah puasa pertama. Saya tak mahu lepaskan momen istimewa ini. Isteri saya sepatutnya pulang malam ini.
"Isteri saya kena masak untuk puasa. Ada anak kami yang lain kena jaga juga.
"Kalau kami pergi hospital sekarang, macam mana dengan sahur kami nanti? Harap maklum doktor. Isteri saya sihat," kata lelaki itu tanpa memikirkan nyawa isterinya dan anak dalam kandungan.
Mahu pihak doktor memahami keadaannya, si suami dengan yakin menjelaskan dia akan bertanggungjawab terhadap isterinya dan anak yang bakal lahir.
"Dia isteri saya, yang dalam perutnya juga anak saya," tegasnya.
Keesokan hari, doktor dan bidan di pusat kesihatan menunggu kedatangan wanita hamil itu.
"Dah bertukar syif tapi masih tak datang. Ibu berkenaan disangka dibawa ke tempat lain untuk bersalin," kata doktor itu.
Namun alangkah terkejutnya apabila wanita itu muncul di pusat kesihatan tiga hari kemudian dengan keadaan perutnya semakin membesar tetapi masih belum bersalin.
"Setelah diperiksa, tekanan darah masih tinggi. Denyutan jantung janin juga tidak dapat dikesan. Ini bermakna janinnya mati dalam kandungan," katanya.
Menurut pegawai itu, disebabkan sikap si suami yang pentingkan diri sendiri, nyawa isteri dan anak terancam sehingga akhirnya mengorbankan bayi dalam kandungan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menyampah iolss baca...mcm la x leh bl je lauk kat kedai,atau balik rumah mak mertua atau mak sendiri....anak dah meninggal kuat ayat anak tunggu di syurga...buat anak lg...kalo isteri meninggal kawin baru tambah lg anak... Spesis kn campak ke sungai bg buaya makan |
|
|
|
|
|
|
|
Namun alangkah terkejutnya apabila wanita itu muncul di pusat kesihatan tiga hari kemudian
Nampak seperti di sini kesilapan nya tapi masak sahur puasa pertama yang disalahkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam x biasa wanita dikahwini utk jadi tukang2 masak beranak basuh baju jaga budak kau hanya pi kerja balik kerja semua dah siap |
|
|
|
|
|
|
|
Moral of the story jangan kawen lelaki yang buat perempuan macam bibik. Kalau tak pandai masak, pergila beli. Ngade2 betul nak jugak bini masak |
|
|
|
|
|
|
|
konoha iq 78  |
|
|
|
|
|
|
|
lepas 3hari baru mai blk...sempat sahur+berbuka 2hari nohhh.
payah kawen dgn lelaki kedekut/miskin neh...takde bini terus kebulur org2 dlm umah |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak dia la dah dia kata tu bini dia, dlm perut tu pun ank dia
Bininya pun ngikut je |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita dari indon acik2 judge guna kayu ukur seperti pasangan ni t20 nak makan ayam percik sila ke param berdekatan. Tah2 orang tu nak beli beras pun terkial2. Wartawan cari punya cerdik cari konten dari seberang tu memang dah tak boleh bincang. |
|
|
|
|
|
|
|
wartawan zaman nau suka kutip cerita dari yindon tak pun yindia. apakah wartawan pun leluhur dari yindon yindia juga? begitu amik berat kejadian kat negara tanah tompah darah leluhurnya jua
sakit plak hati aku |
|
|
|
|
|
|
|
Meolls despise berita dari yondon |
|
|
|
|
|
|
|
puncanye laki lahanat tu xberduit tu jer..klu ade duit ko beli jerlh lauk2 tu..buat bini jd hamba plk tu |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la anak tu mati...klu lahir pun terpaksa mengadap mak bapak yg bodoh mcm gini |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat Malaysia, sebab iolls penah melalui tekanan darah naik tinggi masa tengah check up, terus doktor panggil ambulan utk bwk ke hospital sbb boleh kena sawan, walaupon pada luaran nya ok. Tapi dok spital utk dptkan rawatan je la, takde pon suruh beranak time tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis reti buat anak je kot
Benda lain x reti |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki bodoh masih wujud dah tahun 2025 ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|