View: 13986|Reply: 5
|
[Dunia]
Bekas Presiden Filipina ditahan kerana kekejaman 'perang dadah'
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-3-2025 12:34 PM
Bekas Presiden Filipina ditahan kerana kekejaman 'perang dadah
Mac 11, 2025 @ 6:56am
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte (tengah), berada di dalam Pangkalan Udara Villamor di Pasay, Metro Manila, selepas tiba dari Hong Kong. Dia ditahan susulan waran Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan semasa ‘perang dadah’ yang dilancarkannya. - Foto AFP
MANILA: Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, ditahan hari ini di Manila oleh pihak polis susulan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berkaitan dengan operasi perang dadahnya yang membunuh puluhan ribu mangsa.
Menurut ICC, pemimpin berusia 79 tahun itu berdepan tuduhan 'jenayah terhadap kemanusiaan iaitu pembunuhan'. Ia berkaitan dengan tindakan kerasnya, yang menurut kumpulan hak asasi, meragut nyawa puluhan ribu lelaki miskin yang didakwa terbabit debngan dadah, kebanyakannya tanpa bukti jelas pembabitan mereka.
Awal pagi tadi, Interpol Manila menerima salinan rasmi waran tangkap daripada ICC, Pada masa ini, beliau berada dalam tahanan pihak berkuasa," menurut kenyataan istana presiden.
Kenyataan itu turut menyatakan bahawa 'bekas presiden dan kumpulannya berada dalam keadaan sihat dan sedang diperiksa oleh doktor kerajaan.
Bekas penasihat undang-undang utama Duterte, Salvador Panelo, menyifatkan penahanan itu sebagai 'tidak sah.
Polis Kebangsaan Filipina (PNP) tidak membenarkan Duterte bertemu peguamnya di lapangan terbang dan asas perundangan bagi penahanannya boleh dipertikaikan," katanya sambil menambah salinan fizikal waran ICC masih belum diserahkan.
Human Rights Watch pula menggesa kerajaan Presiden Ferdinand Marcos Jr 'segera menyerahkan (Duterte) kepada ICC', sambil menyifatkan penahanan itu sebagai 'langkah penting ke arah kebertanggungjawaban di Filipina.
Anggota pasukan polis Filipian berkawal di luar Pangkalan Udara Villamor, tempat bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, kini ditahan selepas ditangkap, di Pasay City, Metro Manila, Filipina. - Foto REUTERS
Duterte ditahan pada pagi Selasa di lapangan terbang antarabangsa Manila selepas pulang dari lawatan singkat ke Hong Kong.
Filipina menarik diri daripada ICC pada 2019 atas arahan Duterte, tetapi tribunal itu menegaskan bahawa ia masih mempunyai bidang kuasa terhadap pembunuhan yang berlaku sebelum penarikan diri Filipina.
Antaranya termasuk pembunuhan di bandar selatan Davao ketika Duterte menjadi datuk bandar, bertahun-tahun sebelum beliau menjadi presiden.
Sebelum ini, kerajaan Marcos Jr dalam beberapa kenyataan, menegaskan ia tidak akan bekerjasama dengan siasatan ICC.
Bagaimanapun, Timbalan Setiausaha Pejabat Komunikasi Presiden, Claire Castro, pada Ahad menyatakan bahawa jika Interpol 'meminta bantuan yang diperlukan daripada kerajaan, ia wajib dipatuhi.
Duterte masih mendapat sokongan luas dalam kalangan rakyat Filipina yang menyokong pendekatan tegasnya terhadap jenayah, dan beliau kekal sebagai kuasa politik yang berpengaruh.
Beliau kini bertanding untuk mendapatkan semula jawatan Datuk Bandar Davao, kubu kuatnya, dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Mei ini.
Tuduhan difailkan pada peringkat tempatan dalam beberapa kes berkaitan operasi dadah yang membawa kepada kematian, tetapi hanya sembilan pegawai polis telah disabitkan kesalahan kerana membunuh suspek dadah yang didakwa.
Penyokong bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mengadakan protes di luar Pangkalan Udara Villamor, tempat beliau kini ditahan selepas ditangkap, di Pasay City, Metro Manila, Filipina. - Foto REUTERS
Sebagai individu yang mengaku sendiri pernah membunuh, Duterte mengarahkan polis menembak mati suspek dadah jika nyawa mereka terancam, sambil menegaskan tindakan kerasnya menyelamatkan keluarga dan menghalang Filipina menjadi 'negara politik dadah.
Dalam pembukaan siasatan Senat Filipina mengenai perang dadah pada Oktober lalu, Duterte berkata beliau tidak akan meminta maaf atau memberi alasan atas tindakannya.
"Saya lakukan apa yang perlu saya lakukan, dan sama ada anda percaya atau tidak, saya lakukannya demi negara saya," katanya.
Walaupun Duterte menegaskan beliau tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pembunuhan yang tidak sah, polis menganggarkan seramai 6,000 orang terbunuh dalam kempen anti-dadahnya.
Namun, kumpulan hak asasi manusia mendakwa terdapat ribuan lagi pembunuhan yang belum dapat dijelaskan, dengan pendakwa raya ICC menganggarkan jumlah kematian antara 12,000 hingga 30,000 mangsa.
Pada 30 September 2016, Duterte menganggarkan terdapat tiga juta penagih dadah di Filipina, sambil menyatakan bahawa beliau mahu mereka semua dihapuskan. Setahun kemudian, beliau berkata angka itu meningkat kepada empat juta, walaupun operasi kerasnya masih berterusan. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni lah dulu main tembak2 takde bicara, undang2 rimba betul
|
|
|
|
|
|
|
|
Satanyahoo bila nak tangkap? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-3-2025 05:53 PM
Pesawat sewa khas bawa bekas Presiden Filipina Duterte ke Belanda
Mac 11, 2025 @ 11:20pm
Pesawat yang akan membawa bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte, di landasan di Pangkalan Udara Villamor di Pasay, Metro Manila pada 11 Mac 2025. - Foto AFP
MANILA: Sebuah pesawat sewa khas telah membawa bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda pada Selasa malam, kurang 12 jam selepas beliau ditahan, lapor Xinhua.
Menerusi hantaran di media sosial, seorang daripada peguamnya, Martin Delgra, menunjukkan gambar sebuah pesawat kecil yang akan membawa Duterte, 79, ke The Hague.
Turut menaiki pesawat itu ialah Salvador Medialdea, sekutu rapat Duterte.
Duterte ditahan pada pagi Selasa susulan waran tangkap yang dikeluarkan oleh ICC berhubung kempen "perang terhadap dadah" beliau, tindakan yang dipersoalkan oleh bekas Presiden itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
setidaknya kurang la kartel dadah kat Filipina tu |
|
|
|
|
|
|
|
berani tngkap ikan bilis je |
|
|
|
|
|
|
| |
|