CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5951|Reply: 5

Ridzokumura sebak anak cerita mimpi arwah ibu, hantar mesej beritahu ingin pergi selamanya

[Copy link]
Post time 12-3-2025 08:13 AM | Show all posts |Read mode



USAHAWAN dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura tidak dapat menahan sebak apabila anak tunggalnya berkongsi cerita bermimpi bertemu Allahyarham isterinya iaitu Akiko Okumura pada Isnin.

Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, anaknya iaitu Sky Taizo Okumura bermimpi ibunya menghantar mesej memberitahu ingin pergi buat selamanya.  

"Tadi sebenarnya dia baru lepas menangis dalam kereta. Sebelum dia nangis, abang nangis. Kami berdua menangis sahaja. Macam itulah, baru lagi (pemergian isteri) lama-lama insya-Allah okay.

"Dia (Sky) kata semalam mimpi emaknya. Maknya mesej dekat dia kata nak pergi selama-selamanya. Lepas tu mak dia tulis bye. Sedihlah saya dengar tadi dia cerita dekat saya," katanya.

Ridzuan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya pada malam Selasa.

Dalam perkongsian tersebut, Ridzuan turut memuat naik video memaparkan anaknya bersama pelakon Zarina Zainuddin yang juga merupakan anak saudaranya sedang menikmati coklat pemberian seorang kenalan.



Kongsi Ridzuan, dia dan Sky pergi ke kediaman Zarina selepas mereka selesai berbuka di rumah.

"Hari ini (Selasa) lepas berbuka datang rumah kakak sepupu Sky (Zarina)," ujarnya.

Pada 28 Februari lalu, Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia namun punca kematian tidak didedahkan.

Bagaimanapun pada 4 Mac, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan wanita warga Jepun yang maut di sebuah kondominium merupakan isteri kepada usahawan berkenaan.

Ridzuan menerusi  menerusi video siaran langsung di TikTok memberitahu dia langsung tidak menyedari Akiko terjatuh dari kondominium mereka kerana sudah tertidur terlebih awal pada hari kejadian.  

Jenazah wanita berusia 50-an itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya pada 1 Mac lalu.


SUMBER: mStar



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 12:06 PM | Show all posts
teruk nau filter dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin besar baru nmpk ada sikit rupa bapak. Kulit pun nk ke arah kulit bapak dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin besar baru nmpk ada sikit rupa bapak. Kulit pun nk ke arah kulit bapak dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin besar baru nmpk ada sikit rupa bapak. Kulit pun nk ke arah kulit bapak dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2025 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah sedikit sebanyak rasa lega di dada bila tengok sky ok dan boleh bergaul dgn org. Mmg akan ada masanya dia rasa kehilangan, rindu, sakit, fasa menerima tidak menerima. But semoga dia ok dan heal di dalam.... slowly. Iols letak diri sbg seorang ibu dan rasa sedih, simpati empati tu ada. Part bapak dia pun kita terima je lah dah dia jenis suka nak live maybe itu dah jadi hidup dia, iols agak dia pun kejap ok kejap x ok tu emotionally mentally. Kita pernah kehilangan org tersayang meninggal tiba2 xde sakit xde apa, sedikit sebanyak faham apa yg dorang lalui.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.780750 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list