CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2888|Reply: 0

[Johor] Koleksi Qalbu Lonjak Identiti Kain Benang Johor

[Copy link]
Post time 12-3-2025 10:35 AM | Show all posts |Read mode

Yayasan Warisan Johor (YWJ) melancarkan Kain Benang Johor Koleksi Qalbu edisi terhad sempena Aidilfitri yang diperagakan oleh Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS). | Foto MDJ Aisyah Mazalan

JohorBahru – Yayasan Warisan Johor (YWJ) melancarkan Kain Benang Johor edisi terhad sempena Aidilfitri dikenali Koleksi Qalbu pada harga RM262 yang boleh didapati di Galeri Tenun Johor, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) dan The Johor Collection (TJC).

Koleksi terbaharu yang menampilkan 17 reka bentuk eksklusif gabungan warna dan corak unik berkisarkan flora dan fauna di Negeri Johor seperti pohon gambir serta lada hitam itu berjaya meraih sambutan menggalakkan selepas tiga daripada koleksi berkenaan telah habis menerima tempahan.

Potongan harga daripada RM350 juga diberikan untuk menarik lebih ramai pembeli selain mengukuhkan identiti Bangsa Johor termasuk dalam kalangan penjawat awam negeri yang digalakkan memakai baju kurung dan baju Melayu Teluk Belanga bersama Kain Benang Johor setiap Jumaat.

Kain Benang Johor merupakan citra budaya negeri dihasilkan dengan ketelitian tinggi oleh penenun tempatan berkemahiran yang menjadi kebanggaan bukan sekadar sebagai tenunan busana, tetapi menterjemahkan simbol kehalusan seni warisan Johor penuh bitara.

Terdahulu, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan isteri YDH Puan Sri Datin Dr. Azizah Abd Latiff, Pengerusi TJC hadir ke Majlis Pelancaran dan Kolaborasi Produk Kain Benang Johor di Dewan Utama, KWSAB. Turut hadir, YB Tuan K. Raven Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor serta YBhg. Encik Fairuzahri Jalaluddin, Pengarah Yayasan Warisan Johor.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049435 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list