CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2762|Reply: 0

[Sabah] KUSKOP, MIDE perkukuh kerjasama selaras pembangunan usahawan Sabah

[Copy link]
Post time 12-3-2025 10:46 AM | Show all posts |Read mode


MESYUARAT: Ewon (dua kanan), Phoong (kanan) bersama mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sabah (JPPKNS).

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) terus memperkukuh kerjasama dalam menyelaraskan pembangunan keusahawanan di negeri ini.

Bagi tujuan itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick bersama Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri Sabah (JPPKNS) Bil. 1/2025 di sini semalam.

Mesyuarat itu membincangkan pelbagai isu berkaitan keusahawanan serta inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan usahawan di Sabah.

Sebanyak enam kertas dibentangkan termasuk mengenai skim-skim pembiayaan daripada SME Corp Malaysia, Program Bantuan SME-UP oleh Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah, Yayasan Hasanah, e-Lesen: Portal Lesen Perniagaan Dalam Talian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) dan taklimat mengenai cadangan rangsangan pemerkasaan penjualan dagang bagi PMKS Sabah ke Semenanjung oleh TikTok Shop.

Ewon berkata, KUSKOP komited dan akan terus sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui pelaksanaan program-program keusahawanan dan juga koperasi di bawah kementerian dan agensi.

“Pada tahun ini, KUSKOP akan bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui MIDE Sabah untuk menjayakan Program MADANI Rakyat (PMR) yang akan diadakan di Tawau pada 9 hingga 11 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tahun lepas, KUSKOP menyalurkan pembiayaan berjumlah RM813.4 juta kepada 53,395 usahawan dan koperasi di Sabah melalui agensi-agensinya.

Selain itu jelasnya, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) juga melaksanakan 41 program latihan dan bimbingan keusahawanan di negeri ini pada tahun 2024 melibatkan seramai 1,585 usahawan.

“KUSKOP juga melaksanakan pembinaan baharu dan penaiktarafan 59 tapak projek Tamu Desa di seluruh Sabah dengan peruntukan sebanyak RM11.78 juta.
"Tahun ini, KUSKOP akan melaksanakan Program Khas Ehsan@KUSKOP untuk membantu menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.

“Bagi tujuan ini, usaha turut digerakkan melalui Yayasan Bank Rakyat (YBR) untuk menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar sekolah dalam kalangan eKasih terutama di daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat,” katanya.

Mengenai Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara, Ewon berkata, dasar itu adalah dasar yang beliau perkenalkan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan keusahawanan dan koperasi Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, KUSKOP menggariskan fokus tambahan kepada Malaysia Timur terutamanya dalam konteks pembangunan keusahawanan tanpa menjejaskan fokus sedia ada kementerian di seluruh negara.

"Antara inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh KUSKOP khususnya untuk usahawan PMKS di Sabah ialah Projek Premis Tamu Desa, Skim Pembiayaan Usahawan Tamu dan Geran Usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak di bawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) PLUS, Biasiswa Kerajaan Sabah untuk Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

"KUSKOP turut melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN2030) pada 8 Februari lepas bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara," jelasnya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy; Setiausaha Tetap MIDE Datuk Thomas Logijin; Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP Azizul Alias.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.396477 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list