CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2750|Reply: 0

[Sabah] Tiga rumah terbakar di Skim Penempatan Telipok

[Copy link]
Post time 12-3-2025 10:49 AM | Show all posts |Read mode




OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi.

KOTA KINABALU: Empat rumah terbakar dalam kejadian di Skim Penempatan Telipok jam 11.40 pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pasukan bomba bersama jentera pemadam bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 11.42 pagi.

“Semasa ketibaan pihak bomba di lokasi, tiga rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 500 kaki, tiga pancutan dengan sumber air dari jentera bomba,” katanya.

Menurutnya, operasi dilaporkan terkawal pada jam 12.21 tengah hari dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan oleh pasukan bomba.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Siasatan berkenaan punca kejadian juga giat dijalankan di lokasi,” katanya.

Katanya, operasi dijayakan BBP Lintas dengan bantuan BBP Tuaran membabitkan keseluruhan 27 anggota.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.108415 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list