CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2348|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari hadiri Majlis Berbuka Puasa di DUN Sarawak

[Copy link]
Post time 12-3-2025 11:59 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari bersama para jemaah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah. -Gambar Penerangan

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa, solat berjemaah Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih bersama pemimpin dan masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam semalam.

Abang Johari yang tiba sekitar jam 6.50 petang disambut Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Turut menyambut ketibaan Premier adalah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 350 orang pemimpin dan masyarakat serta ahli-ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ruang Atrium DUN Sarawak dipenuhi dengan tetamu jemputan yang hadir kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama-sama para pemimpin negeri.

Selesai menikmati jamuan makan malam, Abang Johari bersama para jemaah menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan-timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta dif-dif kenamaaan yang lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059156 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list