CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4274|Reply: 0

[Sarawak] Balai Polis Sentral Sibu lancar program ‘Talk To Us’

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:12 PM | Show all posts |Read mode


Norsita berinteraksi dengan seorang pengunjung semasa program ‘Talk To Us’ di Jalan Nyabor, Sibu.

SIBU: Balai Polis Sentral Sibu hari ini melancarkan program ‘Talk To Us’ sebagai inisiatif mendekatkan pihak polis dengan masyarakat setempat.

Program yang berlangsung di Jalan Nyabor, di sini bertujuan menyediakan platform terbuka kepada orang ramai berinteraksi secara langsung dengan pihak polis.

Diketuai Timbalan Ketua Balai Polis Sentral Sibu SI Norsita Umar, program itu juga memberi peluang kepada penduduk setempat mendapatkan nasihat keselamatan, membuat aduan jenayah serta menerima maklumat berkaitan isu penipuan dalam talian dan penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili menyifatkan program tersebut sebagai salah satu usaha pihak polis untuk merapatkan jurang komunikasi antara pihak berkuasa dan masyarakat.

“Inilah sebabnya kami melancarkan ‘Talk To Us’ sebagai platform langsung untuk bertemu orang ramai, berkongsi maklumat keselamatan penting, membincangkan strategi pencegahan jenayah, mengetengahkan trend jenayah terkini dan meningkatkan mutu perkhidmatan kami kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dalam urusan harian, terutama membabitkan transaksi dalam talian serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan pantas diambil.

Program yang berlangsung selama satu jam bermula 9.30 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat, mencerminkan keperluan interaksi lebih terbuka antara pihak polis dan orang awam.

Dengan kejayaan program ini, pihak polis berharap akan meneruskan inisiatif serupa di lokasi lain bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dan mengukuhkan kerjasama dengan komuniti dalam usaha mencegah jenayah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.411786 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list