CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6537|Reply: 0

[Sarawak] Kereta bertembung lori tunda, empat termasuk kanak-kanak cedera

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:18 PM | Show all posts |Read mode




Anggota bomba memotong kabel bateri untuk mengelak sebarang bahaya berikutan kereta itu yang remuk teruk selepas terbabit kemalangan di Jambatan Sungai Uban, Jalan Pesisir Pantai Bekenu-Miri petang semalam.

MIRI: Empat termasuk seorang kanak-kanak cedera apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tunda di Jambatan Sungai Uban, Jalan Pesisir Pantai Bekenu-Miri petang semalam.

Keempat-empat mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bekenu menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan segera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah Rary Binjie memaklumkan, sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu jam 2.54 petang, lima anggota telah diatur gerak ke lokasi yang terletak sejauh 60 kilometer dari balai.

Setibanya di lokasi jam 3.54 petang katanya, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta yang dinaiki empat orang terdiri daripada seorang lelaki dewasa (pemandu), dua wanita dewasa serta seorang kanak-kanak dan sebuah lori tunda dinaiki dua lelaki termasuk pemandu.

"Setibanya di tempat kejadian, kereta berkenaan yang datang dari arah Miri menuju ke Bekenu telah bertembung dengan lori tunda berkenaan yang datang dari arah Bekenu menuju ke Miri.

"Semasa PKO sampai, keempat-empat mangsa yang cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Bekenu bagi mendapatkan rawatan segera.


Bahagian hadapan lori tunda mengalami kerosakan akibat kemalangan itu.

"Manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan kemalangan itu, kereta terbabit remuk teruk di bahagian depan, manakala lori tersebut mengalami kerosakan di bahagian depan.

"Tiada operasi dilakukan dan PKO hanya bertindak memotong kabel bateri kereta tersebut untuk mengelakkan sebarang bahaya.

"Setelah memastikan semua keadaan selamat, PKO bertolak balik ke balai," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 06:56 PM GMT+8 , Processed in 1.114708 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list