CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7103|Reply: 0

[Dunia] Diperintah bayar pampasan kerana arah pekerja datang awal 5 minit

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:20 PM | Show all posts |Read mode

TOKYO: Sebuah bandar di Jepun yang mengenakan peraturan datang kerja lima minit lebih awal setiap hari untuk menghadiri mesyuarat diperintahkan membayar pampasan lebih 10 juta yen (RM299,267) buat semua kakitangan terbabit kerana kerja lebih masa.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, bayaran tunai untuk kakitangan itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Ia bermula pada 26 Februari 2021 apabila 146 kakitangan kerajaan di bandar Ginan, wilayah Gifu, dekat pulau utama Jepun iaitu Honshu, dikehendaki datang kerja pada 8.25 pagi iaitu lima minit lebih awal daripada sepatutnya.

Dasar itu dilaksanakan oleh bekas Datuk Bandar, Hideo Kojima, yang mewajibkan 146 kakitangannya mematuhi peraturan itu mulai 1 Mac 2021.

Walaupun tidak memberikan alasan jelas untuk perubahan itu, Kojima terkenal dengan gaya pengurusannya yang keras.

Sebagai contoh, Kojima akan marah kepada orang bawahan, berulang kali mengancam mereka dengan penurunan pangkat atau pemecatan, jika tidak mengikut arahan.

Kojima menafikan tuduhan itu, namun meletak jawatan pada Februari lalu, menyebabkan polisi itu ditamatkan pada Mac lalu.

Bagaimanapun, kakitangan masih percaya bahawa bekerja tambahan lima minit setiap hari harus dipertimbangkan sebagai kerja lebih masa.

Mereka memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Adil Jepun pada Disember 2023, memohon untuk menuntut bayaran lebih masa selama tiga tahun lalu.

November lalu, suruhanjaya itu memutuskan memihak kepada kakitangan dan mengarahkan bandar itu membayar pampasan kepada mereka, membabitkan lebih daripada 10.9 juta yen (RM326,201).

Pada 28 Februari, cadangan belanjawan tambahan dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menangani isu pampasan berkenaan, namun elaun itu masih belum dibayar setakat ini.

Menurut Forum Ekonomi Dunia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, kira-kira satu daripada 10 kakitangan Jepun menghabiskan lebih 80 jam kerja lebih masa setiap bulan.


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.060212 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list