CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7298|Reply: 0

[Sarawak] Berjudi di tempat awam, wanita didenda RM2,000

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:25 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang wanita didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini atas kesalahan bermain judi dalam talian di tempat awam.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Ashok Linggam setelah tertuduh, Eldellisa Jali, 28, dari Pujut 4 di sini mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh ditahan pada jam 7 malam, 8 Mac lalu di sebuah lot di Jalan Sena untuk tujuan pemeriksaan kerana disyaki terlibat aktiviti perjudian jenis judi dalam talian (online).

Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan, polis mendapati telefon bimbit milik tertuduh ada memaparkan aplikasi judi dalam talian.

Berikutan itu, tertuduh ditangkap dan telefon bimbitnya dirampas untuk dijadikan barang kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.072141 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list