View: 8448|Reply: 9
|
Goyang punggung ke arah anggota polis ketika menunggang motosikal, Remaja ditangkap
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Perbuatan seorang remaja di Indonesia yang mengejek sekumpulan polis ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap mengundang perhatian ramai, lapor portal berita Jawa Pos semalam.
Kejadian berlaku di Lumajang, wilayah Jawa Timur baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @medsoszone memaparkan remaja itu menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
Dia kemudian berdiri lalu menggoyangkan punggungnya ke arah anggota polis yang sedang membuat rondaan sebelum melarikan diri.
Situasi ceria bertukar duka apabila dia ditangkap dan dibawa ke balai berhampiran.
Dia turut menangis teresak-esak ketika bertemu dengan ibu bapanya di balai sebelum memohon maaf atas tingkah lakunya yang buruk.
Rakaman itu mencatatkan lebih 70,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Seeloknya dipenjarakan biar jadi pengajaran,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah cover la berita sana. rakyat pun ada billion. ape nak pelik |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah cover la berita sana. rakyat pun ada billion. ape nak pelik |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain kau dek, atas bersongkok bawah bersuar katok. |
|
|
|
|
|
|
|
Eksyen lagi. Kan dah mendapat |
|
|
|
|
|
|
|
elok sesah ngan ranting cermai |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi masalah negara konoha dibawakan khas untuk perbincangan oleh wartawan cari. Anggap sahajalah sebagai hiburan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|