CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7984|Reply: 0

[Tempatan] Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu tanam bawang di kediaman rasmi

[Copy link]
Post time 13-3-2025 08:09 AM | Show all posts |Read mode



PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memanfaatkan kawasan di kediaman rasmi dengan menyemai kira-kira 1,000 benih Bawang Rose Ehsan.

Beliau berkata, inisiatif itu selaras dengan komitmen bersama dalam memastikan keterjaminan makanan negara.

Katanya, inisiatif itu turut dilakukan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Datuk Dr. Mohamad Khairil.

“Kaedah yang Bang Mat (Mohmad) guna ialah ‘raised garden box’ (kotak tanaman berbingkai) supaya tanaman lebih teratur dan mudah untuk diuruskan.

“Sebelum ini, Bang Mat berkunjung ke Selangor Fruit Valley untuk melihat penanaman bawang rose Ehsan di kawasan seluas 10 hektar,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

November lalu media melaporkan, Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan oleh PKPS di Selangor Fruit Valley berjaya mengeluarkan sebanyak 28 tan bawang merah kecil bagi fasa pertama tuaian membabitkan tanah seluas 3.2 hektar.

Dr Mohamad Khairil memberitahu, projek itu yang membabitkan keseluruhan tanah seluas 10 hektar dibahagikan kepada tiga fasa masing-masing 3.2 hektar bagi fasa pertama serta masing-masing 3.6 hektar untuk fasa kedua dan ketiga.

Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 1.979820 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list